Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+68
imam123
Hellghast
koboi_tua
sawi
MatchMaker
3vilngineer
kae
tabah
khairuddin_25
neology
smithmagge
mitutoyo
joejambul
fiza_cute
jemay
ztecon
Hiruka
putrilinz
TOYSЯUS
highlander
Razi_IBM
kindaichi_hajime
RAJA KAY
200
melor
zirbad
rusdi
belle
abg burger
daimon
fazrin
Nan
kmicaz
mastergie
need
amirul84
benchoz
deen83
♥♠♠♥
Apokalipso
gecko
zer0
DoomHammer
mattjack
xsan
hipstudenz
muraicherang
DRS
PuteriNurFarah
naqninetwo92
hampeh
szainizam
mon678
Datuk_Seri
loy_azloy
pekwan
sixx
Setsuna F. Seiei
Sir Pyan
sementara_waktu
adam78
baok
ogGy
lorfaz
PELUKIS
cisqo87
slaughters
mfaizal2008
72 posters

    PPSMI setuju atau tidak?

    Poll

    PPSMI

    [ 45 ]
    PPSMI setuju atau tidak? Bar_left41%PPSMI setuju atau tidak? Bar_right [41%] 
    [ 64 ]
    PPSMI setuju atau tidak? Bar_left59%PPSMI setuju atau tidak? Bar_right [59%] 

    Total Votes: 109
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 43
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty PPSMI. Mengapa Setelah 6 Tahun Baru Hendak Bantah?

    Post by mfaizal2008 Sun Mar 08, 2009 10:59 am

    Semalam 7 Mac 2009, Kuala Lumpur mengalami kesesakan luar biasa. Aku pelik, mengapa hari Sabtu, waktu orang ramai tidak bekerja boleh mengalami kesesakan luar biasa. Apabila memasuki Jalan Tun Sambathan melalui Pasar Seni, barulah aku tau rupanya terdapat perhimpunan.

    Aku tak tahulah apa yang diorang tak puas hati. PPSMI... Mengapa isu ini 6 tahun selepas perlaksanaannya baru hendak bantah? Mengapa di kalangan sasterawan dan ahli bahasa turut terheret ke kancah ini? Sebenarnya isu PPSMI ni terlalu diperbesar-besarkan oleh segolongan pihak tertentu dan sengaja mengapi-apikan keburukan PPSMI ini.

    Mereka yang mengaku sasterawan dan ahli bahasa ini sedaya-upaya menghalang perlaksanaan PPSMI ini dan sanggup menganjurkan perhimpunan yang pada mulanya aman bertukar menjadi ribut. Mengapa perlu perhimpunan? Tidakkah lebih mudah kalo wakil mereka datang ke Istana Negara dan menyerahkan sendiri memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong? Kan lebih mudah? Warga Kota tak perlu sakit hati apabila tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Cuba anda bayangkan kalau sorang pengguna menyumpah anda... Itu baru sorang, kalo 10 orang? Kalo 100 orang?

    Tambahan terdapat individu tertentu dari ahli politik yang cuba menangguk di air yang keruh utk menambahkan huru-hara di dalam Kuala Lumpur... Menghasut anak-anak muda supaya bertindak agresif... Kenapa perlu bertindak agresif? Sedangkan perhimpunan tersebut mendapat permit dan merupakan perhimpunan secara aman. Maka pihak polis tidak pula menghalang tetapi berkawal utk menjaga kententeraman awam. Tapi golongan-golongan lalang ini bagaikan lembu dicucuk hidung mengikut sahaja apa yang diarahkan. Aku percaya ahli politik tersebut mmg sengaja mahu menimbulkan ketegangan dan menghuru-harakan keadaan. Adakah ini contoh seorang bangsa melayu yang beragama Islam?

    Paling tidak tindakan mereka dah mencontengkan arang pada agama suci Islam ini, yang sudah sedia berpalit lumpur akibat tindakan Barat. Apa yang saya fikir ialah orang melayu Malaysia zaman millenium ini bukan semakin bijak, tetapi semakin BODOH... Orang melayu diperkudakan oleh kaum lain untuk menentang raja... Tak ke bodoh namanya tu? Raja2 itu ulul-amri... Kenapa kita perlu pertikaikan kuasa raja-raja? Itulah kebodohan orang melayu. Begitu juga PPSMI. Berapa ramaikah penganggur di kalangan org melayu? Siapa yang perlu kita salahkan jika ramai penganggur? Kerajaan? Kenapa harus salahkan kerajaan?

    Sdgkan kita memerlukan fasih bahasa asing. Maka itu kredit bagi kita untuk mendapat pekerjaan. Ramai mahasiswa yang tidak fasih berbahasa Inggeris dengan baik (fluent) yang banyak, ialah bahasa Inggeris pasar dan rojak... Di sykt swasta kita diperlukan utk berkomunikasi dengan orang atasan serta pelanggan. Adakalanya pelanggan tidak faham bahasa Melayu. Tujuan PPSMI adalah untuk menerapkan kefasihan dan kefahaman berbahasa Inggeris kepada kita sejak kanak-2 lagi.

    Sebab apa, pada masa kanak-kanak la otak mula berkembang dan menerima segala ilmu. Bila dah tua, otak dah mula berkarat... Cuba tengok anak-anak cina dan india begitu fasih berbahasa inggeris. Mereka dengan mudah mendapat pekerjaan di firma-firma swasta. Orang melayu ke mana? PPSMI sepatutnya di sokong bukan ditentang.... Kita sibuk perjuangkan bahasa melayu, sedangkan kat rumah anak-anak kita panggil kita daddy dan mummy... adakalanya diselang-seli dgn bahasa rojak... Layakkah kita? Sbnrnya perlaksanaan PPSMI sepatutnya dibaiki agar kanak-kanak lebih cepat faham... Silibus-2 PPSMI juga patut dibaiki... Tidakkah kita malu jika anak-anak org cina dan india mendapat pekerjaan di firma-2 swasta tetapi kita org melayu sekadar jadi jurujual pasaraya.

    Bila pelancong asing tanya sesuatu dalam bahasa inggeris... err.... aaa... I don't know lah... Itu sahaja yang kita dapat jawab... Kepada orang melayu sekelian, aku bukan menentang bahasa melayu, malah kita pun dalam perbualan seharian dgn rakan-2 menggunakan bahasa melayu. Semua sudah faham bahasa melayu. Kadang-2 bila tgk filem hollywood adakalanya tiada sarikata bahasa melayu, so ramai yang tak faham, sbb kita tak pelajari bahasa inggeris...

    Kita jgn pandang ke masa lampau di mana bahasa melayu menjadi lingua franca... skrg bahasa inggeris lah menjadi bahasa antarabangsa... dalam kita tak sedar sbnrnya kita semakin ketinggalan berbanding kaum-kaum lain... Jadi ingatlah suatu hari nanti pasti bangsa melayu boleh berdiri setanding dengan bangsa lain, malah lebih tinggi jika kefasihan dalam bahasa inggeris org melayu tak boleh dipertikaikan lagi. Maka tak kan ada lg bahasa-bahasa rojak di malaysia ini nanti. Bukan aku hendak korang lupakan bahasa melayu, tetapi gunakan bahasa inggeris sbg satu punca utk kita mencipta kejayaan.
    slaughters
    slaughters
    PDP Moderator
    PDP Moderator


    Gender : Male Number of posts : 213
    Location : Selangor
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by slaughters Sun Mar 08, 2009 11:40 am

    bile dah jadik macam karangan.. mula ramai malas nak baca..

    takpe, maybe key 'enter' user ni dah rosak.

    aku tolong.
    cisqo87
    cisqo87
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 174
    Location : Tasik Permaisuri
    Registration date : 14/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by cisqo87 Sun Mar 08, 2009 12:40 pm

    panjang nye...tapi aku sokong...kenapa nak berhentikan penggunaan bahasa inggeris dalam proses pembelajaran sains dan matematik...teruskan aje...sambil2 tu boleh la pelajar2 ni semua belajar bahasa inggeris secara tidak langsung..

    mase aku belajar dulu pon dlm bm..bile adik aku tanya dalm BI..tak tahu jawap.padahal dah belajau...kena la ckp ngan dia..dlm BM ape maksudnya ye...hahai...

    masalah akan timbul bile di peringkat tertinggi..semua sumber rujukan dalam BI..buku2 dari oversea..terkial2 nak faham....
    PELUKIS
    PELUKIS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 319
    Age : 40
    Location : jalan kaki dah sampai sunway lagoon
    Job/hobbies : melukis
    Registration date : 23/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by PELUKIS Sun Mar 08, 2009 12:57 pm

    nasib baik en slaugter tolong jarak kan..
    penat nak bace ngan tlupa paris mane...

    aku punye pendapat la ada lain sikit...
    6 tahun baru membantah tu kira peringkat awal la...
    nie kira cakap kosong la....
    dulu belajar kat sekolah guna bahasa jawi....
    jadi segala ilmiah atau bahan bacaan pun dalam jawi...

    sekarang bila dah guna rumi...
    maka segala ilmiah dan bahan bacaan juga adalah rumi...
    bahasa jawi dah pupus....

    aku kesian kat kengkawan aku kat institut mintak aku rumi
    kan surah untuk dihafal supaya takut malu kalau orang
    lain tau yang dia tak reti jawi...

    jadi pihak yang menentang ambil contoh nie la....
    takut bahasa melayu jadi bahasa sisipan dalam akhbar orang putih...
    cam utusan dulu buat sisipan jawi...
    tapi skang takde dah atas alasan tak dapat sambutan..

    jangan la sebab ego nak orang melayu menguasai bahasa inggeris bahasa sendiri dikorbankan..

    aku tengok kursus bahasa orang putih ni macam british council orang cina je...
    sebab cina jaga sangat bahasa dia itu pun ade yang hampir out gak
    sebab separuh tak reti hokean..
    ade cara lain lagi nak bagi pandai inggeris nie..

    cam aku lak target nak kasi anak pandai bahasa inggeris time kecik lagi...
    lorfaz
    lorfaz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 240
    Age : 38
    Location : 1Malaysia
    Job/hobbies : Futsal
    Registration date : 14/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by lorfaz Sun Mar 08, 2009 1:34 pm

    ala... setakat gne bahasa inggeris dalam Science n Matematik... x de korbannyer bahasa ibunde kite....

    macam aku ni ha... baru abes blaja n baru dpt keje, satu ari tu kene tegur ngan bos aku coz kurang pandai berkomunikasi dlm bahasa inggeris... so aku dinasihatkan utk improve BI aku... padahal masa kat u aku blaja dlm BI.. tu pun x improve g.. bygkan la adek2 or anak2 kite yg blaja awl2 BI... x kan ke memudahkan diorg di mase hdpn.... kite pndg ke depan ckit la....
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 43
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mfaizal2008 Sun Mar 08, 2009 3:19 pm

    aku setuju dgn pendapat lorfaz... sepatutnya pakar bahasa dan sasterawan ni menegur DBP yang hentam kromo mencedok bahasa lain menjadi bahasa melayu. Contohnya, tempat meletak kereta menjadi parkir (dicedok dari parking), saat (yang menggambarkan sesuatu keadaan) menjadi momen (mencedok dari moment)... Sbnrnya DBP yang merosakkan bahasa melayu... Bahasa melayu yang indah menjadi kuca-lana dek DBP...

    semalam 7 Mac 2009, aku ada kat Central Market, memerhatikan gelagat lalang-2 ini dari jauh. Dari maklumat aku perolehi semalam dari lalang-lalang yang turut serta perhimpunan tu, diorg sepatutnya berhimpun secara aman di masjid negara. Takdelah sampai turut berarak ke Istana Negara... Hanya wakil sahaja yang serahkan memorandum di istana Negara. Itu mengikut persetujuan yang dicapai antara pihak polis dan penganjur perhimpunan.

    Tapi entah camne ada satu kumpulan berarak ke Istana Negara dan tidak mempedulikan arahan polis. Masa tu dah la jalan raya tgh sesak... Polis terpaksa menghalang lalang-lalang ni dari menuju ke Istana Negara, tp lalang-lalang ni berdegil dan berusaha merempuh sekatan polis. So bila polis terpaksa bertindak, maka adalah pihak-2 tertentu memainkan peranan memfitnah polis dengan mengatakan polis menzalimi org yg berhimpun. Padahal mula-mula polis elok je berkawal kat area KL x ganggu sesiapa...

    Jadi hal ni mula memasuki blog-2 tertentu kepunyaan pihak yang sengaja mencetuskan fitnah dengan mengatakan polis bertindak zalim. Aku tengok dengan mata aku sendiri... Aku pun pelik kenapa diorg suka memutar belitkan fakta... Antara yg aku tgk ada terlibat, Hadi Awang dgn Mat Sabu... Antara nama yg cukup sinonim dengan perhimpunan kontreversi...

    So tepuk dada, tanya selera, aku kat situ saje nak tgk dakwaan betul ke polis ni suka main belasah je... Ye lah org dah lggar undang-2, takkan nak biar je... Itulah dia pengorbanan anggota polis yang kita perlekehkan... bayangkan jika takde polis kat malaysia ni... huru-hara negara kita... pasal kes rasuah polis, cuma segelintir sahaja yg buat mcm tu... tp sengaja diperbesarkan, padahal kat pejabat lain pun byk kes rasuah gak... pejabat tanah pun ada...

    Minta maaf kalo tetiba terkeluar dari tajuk... Apapn sorry pasal post mula-2 tu aku tak wat perenggan... He he he he he... Apapun jom la beramai-ramai turun KL sok pagi... Tapi kali ni perhimpunan yang sah... Majlis Sambutan Maulidur Rasul.... Jgn buat huru-hara sudah la... Korang menambahkan lagi sedih Rasulullah... adalah...

    Apapun kesimpulannya, PPSMI tak lah seburuk mana, cuma isu ini sengaja diperbesarkan utk tujuan politik... biasalah org politik...
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by ogGy Sun Mar 08, 2009 5:16 pm

    Aku mintaklah PPSMI ni tak dihapuskan,sangat berguna untuk para pelajar sekarang ni.Aku tak bernasib baik sebab tamat sekolah lebih awal dari tarikh program dilaksanakan,aku sememangnya lemah sedikit dalam bahasa inggeris.Jadi dengan adanya program sebegini,dapat lagi memudahkan para pelajar memahami perkataan yang adakalanya tidak dapat di terjemahkan dalam bahasa ibunda kita.Lebih2 lagi perkataan yang terdapat dalam mata pelajaran sains.

    Sekarang ni pun aku terpaksa bukak kamus semata2 nak belajr semula bahasa inggeris,nak2 aku keje farmasi dan kebanyakkan ubat2an,penerangannya di dalam bahasa inggeris.Barulah sekarang ni aku rasa betapa pentingnya BI tu.

    Kepada pembela bahasa melayu ,berapa banyakkah buku yang telah diterjemahkan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu ? sewaktu aku ke kedai buku untuk mencari buku tutorial adobe photoshop,berapa naskah sahaja yang terdapat? tak banyak...

    Sebenarnya bahasa inggeris di ajar dalam di dalam sekolah jer,di rumah masih lagi kedengaran anak2 kita menggunakan bahasa malayu.Tidak sepenuhnya kehidupan kita menggunakan bahasa inggeris sahaja.

    Jika perkara ini dibincangkan secara teliti dan semua pihak duduk semeja,semuanya akan selesai tanpa ada perhimpunan seperti yang terjadi sebelum ni.Dan adalah lebih baik diberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh Raja2 kita sekarang ni.Jika raja kita hilang kuasanya,adakah kita sebagai melayu mampu untuk mempertahankan ayat begini " takkan melayu hilang di dunia " .Fikir2kanlah...
    avatar
    baok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 169
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by baok Sun Mar 08, 2009 5:22 pm

    Aku pula berbelah bagi dengan pendapat ni..



    1. Kalau Sains dan Matematik dalam English tu diajar pada Sekolah Menengah dan ke atas, aku sangat setuju, kerana sepatutnya pelajar dah ada paling tidak, sedikit asas Bahasa Inggeris dari Sekolah Rendah.. Malah mereka perlu didedahkan dengan Bahasa Inggeris kerana apabila mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, mereka tidak akan jumpa lagi rujukan yang bagus dalam Bahasa Melayu.. Semua dalam bahasa Inggeris..



    2. Tapi kalau subjek Sains dan Matematik tu diajar dalam bahasa Inggeris sejak dari Sekolah Rendah, aku sangat-sangat tak bersetuju..

    Kalau setakat asas matematik mudah pada peringkat sekolah rendah tu, takde la susah mane budak-budak nak faham.. Tapi sebab bahasa Inggeris, budak tahap darjah 5 dan darjah 6 boleh jadi takut nak belajar..


    Aku bersetuju yang Bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar bertaraf antarabangsa, malah aku rasakan amat bodoh untuk tegakkan bahasa Melayu sedangkan kemampuan kita untuk menguasai bidang Sains dan Teknologi tidak sehebat mana..

    Tapi, kene juga fikir bahawa budak tetap budak.. Mereka perlu suasana belajar yang mudah untuk difahami.. Dan untuk tahap budak Sekolah Rendah (terutama di kawasan pedalaman), Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat tidak masuk akal..



    So, aku harap Kementerian Pendidikan kita ni pakai otak dan buat kajian mendalam sebelum buat satu keputusan yang bodoh.. Dr. Mahathir mencadangkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, bukan bermakna kene ajar dalam bahasa Inggeris sejak tadika.. Tapi untuk pendedahan kepada pelajar sebelum memasuki era Pengajian Tinggi..
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by ogGy Sun Mar 08, 2009 6:04 pm

    Bukan ker kanak2 berumur 7-12 mudah menerima apa yang kita ajar,tak heran kalau budak2 boleh belajar perkataan kesat walaupun tidak di ajar,tetapi dia mendenga apa yang kita cakap.

    Memang susah untuk kanak2 memahami BI pada peringkat sebegini,tetapi kalau didedahkan hari2 dengan BI,maka perkara susah pun akan jadi senang.Ni pandangan peribadilah... Smile

    p/s : sekarang ni ramai jugak ibu bapa hantar anak2 ke skolah cina untuk pljari B.Cina,tak de sape nak bangkang ker... hehe Smile
    avatar
    baok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 169
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by baok Sun Mar 08, 2009 8:12 pm

    Adalah berlainan nak bandingkan kanak-kanak di kawasan bandar dan di kawasan kampung/pedalaman.. Kanak-kanak di kawasan bandar memang cepat "tangkap" Bahasa Inggeris, kerana dalam kehidupan sehari-hari didedahkan dengan Bahasa Inggeris.. Boleh dengar di mana-mana..


    Tapi untuk kawasan ceruk kampung dan kawasan pedalaman, mereka langsung takde pendedahan bahasa Inggeris, melainkan cerita TV dan apa yang diajar di sekolah.. Mereka tidak ada/tidak mampu beli kamus untuk terjemah apa yang didengar/dipelajari.. Mereka tak ada komputer/internet nak tengok forum Putera.. Mereka tidak ada kawan nak cakap bahasa Inggeris...


    Oleh itu, kalau nak buat sebarang kajian serta pandangan, yang paling penting ambil perhatian pada masyarakat luar bandar.. Aku bercakap dari pengalaman mengajar di sekolah Rendah di ceruk kampung..
    avatar
    adam78
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 17
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by adam78 Sun Mar 08, 2009 10:14 pm

    askm,bagi aku kewujudan PPSMI ni banyak manfaatnya kepada semua pelajar baik di peringkat rendah dan menengah,cuma ada sesetengah pihak yang suka bermain politik dengan menghasut kumpulan,persatuan untuk menentang kewujudan PPSMI,mereka sepatutnya bertanya dengan pelajar atau murid sekolah,bukannya pendapat sebilangan orang yang mempunyai agenda politik ini.Kalau nak buat bantahan buatlah daripada dari hari pertama perlaksanaan,baru kita respek ini dah pergi jauh baru beriya-ya,apa ke hal,fikirkanlah berapa student yang dah mula serasi selama 6 tahun dengan 2 subjek ini dalam B.I,tolonglah jangan hentikan minat mereka ni,tgk saja budak2 kita pegi U senang sikit tak perlu struggle nak buka kamus balik2,sebab dah terbiasa dengan istilah yang telah dijar peringkat menengah.
    Sekarang tak nakcakap banyak kalau nak hentikan ,tutup sekali tak payah belajar science dgn math lagi senang,jadi tak risau nak guna bahasa apa,masukkan saja 2 subjek itu jadi alam dan manusia macam dulu senang,senang guru mengajar ,senang murid belajar.
    avatar
    sementara_waktu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 61
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sementara_waktu Sun Mar 08, 2009 11:17 pm

    ni sebuah cerita utk renungan...

    pada thn lepas, anak saudara saya yg berumo 10 thn dapat A dalam byk mata pelajaran termasuk sains ngan math.... tapi, masalahnya dier fail Bahasa Malaysia...

    kakak ipar ngan abang saya bising2 la tanya budak tuh kenapa bleh fail.... sedangkan subjek lain dah best dah.... tau aper dier jwb? " abg nak jadi doktor, kenapa abg kena belajar BM?"

    you see.... kids say the darnest thing..... and u can't be angry at them....bcoz most of the time they don't even know what they were saying..... but kids picked up just about anything that's happening around them.

    saya tak tahu kisah nih bleh jadik pengajaran ke tidak.... tp, ia buat saya berhenti dan berfikir sejenak..... apa yg kita dah lakukan sebenarnyer?
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Mon Mar 09, 2009 7:57 am

    Ada sekali tu aku borak dengan member aku, dia ni Cina. Dia ni pendidikan sekolah Cina, tapi tau jugak cakap omputeh walaupun tak fasih macam omputeh. Borak punya borak, dia cerita ler pengalaman dia masa sekolah dulu. Habis je sekolah rendah, dia masuk sekolah Cina, member dia ramai masuk sekolah lain. Lama lepas tu dia pun tulis surat kat memember dia tanya khabar, dia tulis tulisan Cina. Memember dia balas balik bahasa omputeh, siap sound dia lagi jangan guna tulisan Cina sebab diorang pun tak paham. Bengang je member aku tu, punya ler baik bertanya khabar kena pulak orang layan macam tu.

    Kekadang tu bila terdengar kisah camni, kita pun terpikir jugak yang risau pasal masalah bahasa ni bukan setakat orang Melayu je, bangsa lain pun sama, dan diorang punya kerisauan pun dari pemerhatian aku ada asasnya. Sekurang-kurangnya anak Melayu walaupun masih fasih berbahasa omputeh, umumnya masih lagi kenal Alif Ba Ta. Kalau ikut member aku cerita, ramai orang Cina sendiri yang tau bercakap Cina tapi buta tulisan Cina, kekadang sesama diorang sendiri pun berbahasa omputeh. Member aku sendiri yang cakap kat aku istilah "pisang" yang diorang gunakan untuk gambarkan orang diorang sendiri yang macam ni. Tau kan maksud "pisang" tu? Kuning di luar, tapi putih di dalam, paham-paham je lah. Very Happy

    Hanya sekadar berkongsi cerita.
    Setsuna F. Seiei
    Setsuna F. Seiei
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 210
    Age : 66
    Registration date : 27/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Setsuna F. Seiei Mon Mar 09, 2009 10:03 am

    boohoo isu macam dah di politikan by anwar and da gang , conservative + opportunist = crazy angry mob .. jadi bertambah pecah belah lagi lah orang melayu ni

    moral of the story : nak bantah , bantah lah pada permulaan ini dah sekerat jalan plus benda jalan dengan baik budak pun boleh cope dengan pembelajaran dengar kata cikgu yang tak fasih sangat pun amik initiative learn how to teach in english .Jangan lah kita jadi katak bawah tempurung , menang sorak kampung tergadai dengan menafikan usaha yang diorang dah buat
    kena ingat balik yang nak blajar tu bukan korang tapi anak anak pewaris masa hadapan .

    Ini first time disagree ngan PR ....
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 43
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mfaizal2008 Mon Mar 09, 2009 4:44 pm

    Aku setuju dgn pendapat PPSMI patut di ajar bermula sekolah menengah, tetapi sekolah menengah pun dah sarat dgn bermacam mata pelajaran... Mana yang aliran sastera dengan sasteranya... aliran sains dengan subjek sains nya... bagaimanapun, berkaitan dgn keputusan BM yg teruk berpunca dari PPSMI, sepatutnya subjek BM diubah format. Jangan disaratkan dengan subjek yang banyak membaca, tetapi banyak menulis.. Kerana apa yang kita tulis itu yang kita akan faham... dan masuk ke dalam otak...

    Berkaitan pembabitan parti pembangkang dalam perhimpunan PPSMI tempoh hari, aku harap tolong jangan seret lagi anak-anak muda malaysia ni ke kancah politik kotor dan politik jalanan... memalukan je kat kaum lain...

    Harapan aku PPSMI ni diperbaiki lagi. Jika masih ada yang mahu ianya dimansuhkan, mansuhkan aje. Jangan bila anak dah besar baru merungut susah nak dapat kerja kerana kurang fasih berbahasa inggeris... Apa yg kerajaan laksanakan bukan semata-mata syok sendiri, demi kepentingan rakyat juga. Tapi rakyat tak nampak kerana dibutakan hati dengan dakyah-dakyah politik sempit. Aku yakin satu hari nanti, tanpa PPSMI syarikat-syarikat GLC dan multinasional akan dikuasai oleh bangsa bukan melayu... Percayalah cakap aku... Dan orang melayu hanya boleh mengusai sektor perkilangan sebagai operator pengeluaran serta pengeluaran dadah...

    rakyat malaysia kebanyakan sudah muak dengan pembangunan, sepatutnya pembangunan tidak diperlukan lagi. tumupukan pembanguna di luar-luar kawasan bandar yang masih dahagakan kemajuan. Jgn tumpukan di kawasan bandar sahaja. Bandar dah terlalu sesak utk dimajukan lagi.
    avatar
    sixx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 125
    Registration date : 02/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sixx Mon Mar 09, 2009 5:22 pm

    Setsuna F. Seiei wrote:boohoo isu macam dah di politikan by anwar and da gang , conservative + opportunist = crazy angry mob .. jadi bertambah pecah belah lagi lah orang melayu ni

    Ini first time disagree ngan PR ....
    benda ni bukan isu politik. PR tu tumpang sekaki je dlm isu ni. antara diorang pun ada yg setuju ada yg tak setuju dgn ppsmi ni. sama la ngan ahli politik dlm BN, ada yg setuju ada yg tak. sekali-sekala jgn la pandang sesuatu isu tu dr sudut politik je.

    bg aku, aku setuju dgn ppsmi ni asalkan pelaksanaannya betul dan berkesan. medium apa pun yg digunakan tak apa asalkan ilmu tu sampai kpd pelajar. satu lg, pengajaran subjek Bahasa Inggeris perlu juga diambil perhatian dan dimantapkan lg. kalau masih tak berkesan, akan datang subjek2 lain pun akan senasib dgn math&sc di mana perlu diajar dlm BI juga.

    dan jgn plak lepas ni makin byk kelas sastera banding kelas sains sbb ramai yg tak dpt score subjek math&sc mereka

    p/s: kelas aku pernah tukar cikgu BI sampai 4 kali dlm setahun. pening...
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 43
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mfaizal2008 Mon Mar 09, 2009 6:39 pm

    aku tak kisah la parti pembangkang nak join, tapi jgn la hasut anak-anak muda supaya langgar arahan, dah ikut deal mula-mula dgn penganjur perhimpunan untuk berhimpun kat masjid negara jer, yang pergi ke Istana Negara cuma 7 orang wakil je dah cukup lah... Yang langgar arahan polis, x pepasal menyusahkan polis, menyusahkan pengguna jalanraya... KL jammed dari area Bangsar... Sesak sangat...

    Lagipun nak join pun ikut la arahan polis supaya bersurai, ni tak degil. Sengaja nak cipta kontraversi, pastu tuduh polis melakukan keganasan. Aku benci betul la golongan macam ni. Polis dah la berpeluh dok tengah panas dengan pakai uniform tebal... Diorang lagi bikin panas... Sengaja melanggar undang-undang... Aku nasihatkan pada mereka yang menyokong tindakan melampau mereka ni supaya pikir la betul-betul...

    Apapun guru yang mengajar PPSMI sepatutnya fasih berbahasa Inggeris, maka sebaiknya ambil guru bukan melayu seperti kaum India atau Cina yang mahir dan fasih dalam bahasa tersebut... Punca PPSMI gagal di sesetengah sekolah adalah kerana kegagalan guru itu sendiri mengajar dengan betul... Ada sesetengah guru mengajar sambil lewa dan ada rasa tanggungjawab, memadai je la ajar sikit-2, pastu dok goyang kaki tunggu gaji masuk...

    Bahasa Inggeris tak sepatutnya di ajar dalam subjek Matematik, memadai dengan Sains. Sebab kebanyakan pelajar akan bertambah kusut apabila berdepan dengan Bahasa Inggeris ditambah dengan formula matematik yang perlu dihafal... Matematik tidak memerlukan penggunaan bahasa, janji kita tahu membuat penyelesaian masalah.

    Sains perlu dalam bahasa inggeris kerana kebanyakan bahan rujukan berkaitan sains yang diimport dari negara luar berkualiti tinggi dan lebih bermaklumat. Malah ianya sentiasa dikemaskini ataupun up to date...
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Mon Mar 09, 2009 9:57 pm

    Kesimpulan daripada jawapan kalian penuh dengan kejumudan dan hanya berlandaskan pandangan peribadi semata-mata. Di mana yang ilmiahnya?

    1. Kalau dikatakan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan pelajar menguasai BI, mengapa Sains dan Matematik dijadikan sebagai alat untuk belajar dan pandai BI?

    2. Kenapa setelah 6 tahun baru hendak bantah? Sebab masa di peringkat awal, KPM cakap kita akan beri kata putus selepas 6 tahun tetapi tiada sebarang jawapan daripada Dato' Seri Hishamuddin sampai hari ini. Kita cuma perlukan jawapan Ya @ Tidak. Itu sahaja.

    Kemudian, kenapa KPM setelah 6 tahun perlaksanaan baru nak dibuatnya persidangan meja bulat? Sedangkan KBSR dan KBSM dibuat secara berperingkat-peringkat dan ada persidangan meja bulat untuk bincang baik buruk.

    3. Kenapa pejuang-pejuang bahasa bawa isu ini di jalanan? Sebab menteri cakap tak serupa bikin. Bilamana diajaknya pertemuan untuk berbincang banyak alasan untuk tidak berjumpa. Bila dibawa ke jalanan kemudian dikatakan sepatutnya dibincangkan dengan harmoni. Sedangkan isu kuota di UiTM pun berdemonstrasi juga. Jadi, macam mana?

    4. Persidangan meja bulat yang dibuat, dijemputnya orang-orang yang bukan ahli untuk membincangkan isu PPSMI sebaliknya diterangkan bahawa BI bagus untuk pembangunan negara. Mana isu PPSMI?

    5. PPSMI bercanggah sama sekali dengan Perkara 152 dalam Perlembagaan dan Penyata Razak. Boleh baca sendiri dengan carian di Google.

    6. Banyak perkataan diterjemah dalam bahasa Melayu bukan menunjukkan cacamarba tetapi keistimewaan melalui proses penyerapan bahasa. Garpu, almari = bahasa Portugis, iman, akhlak = bahasa Arab, raja, dosa = bahasa tamil. Sila rujuk Tatabahasa Dewan keluaran DBP dan buku-buku bahasa. Jangan tahu buat kenyataan membabi buta!

    7. Kenyataan Dato Seri Hishamuddin (Berita Mingguan, 22 Februari 2009), Brunei berjaya laksanakan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikatnya, itu pun selepas 20 tahun Brunei terpaksa korbankan generasinya. Baru 1 mata pelajaran. Malaysia ada 2, Sains dan Matematik. Berapa tahun kita nak korbankan generasi muda?

    8. PPSMI beri kesan kepada rakyat Malaysia di luar bandar. Disebabkan orang Melayu paling banyak di sana sebab itu kita perjuangkan bantahan terhadap PPSMI. Cina di kampung dan India di estet menghadapi nasib yang sama. Tak percaya, boleh tanya sendiri.

    9. Kita sering tertipu dengan dakyah Barat dan Globalisasi. Hanya BI sahaja boleh maju, BM tidak. Itu adalah pemikiran orientalis, cuba rosakkan pemikiran rakyat Malaysia.

    10. BM adalah bahasa ke-2 terbesar dalam mengembangkan agama Islam di seluruh dunia selepas bahasa Parsi. Jika BM tak dimartabat, Islam juga akan tergadai.

    11. PPSMI bukan hanya melibatkan 2 subjek, tetapi 3/5 dalam UPSR (Sains, Matematik, BI), 7/10 dalam SPM (Sains tulen - Kimia, Fizik, Biologi, Mate Moden, Mate Tamb, BI, EST). Semak sendiri.

    12. 11 tahun belajar BI dari darjah 1 sampai tingkatan 5 masih tak pandai BI sebab pendekatan salah. Tatabahasa BM pun tak kuasai, macam mana nak pandai BI. Sepatutnya ada sastera BI, masa P&P ditambah barulah pelajar pun pandai BI. Bukan ajar dengan Sains dan Matematik.

    Untuk pemahaman dengan lebih lanjut, silalah ke blog/laman sesawang yang membincangkan isu PPSMI dengan kritis. Kami Bantah!, tulisan Prof. Abdullah Hassan dalam versi PDF juga boleh dimuat turun secara percuma. Baca dengan teliti. Ini bukan isu politik tetapi isu rakyat Malaysia!
    avatar
    baok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 169
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by baok Mon Mar 09, 2009 11:12 pm

    Tiada yang ilmiah sekiranya kita bermati-matian nak perjuangkan bahasa tapi realiti masih ketinggalan jauh dalam bidang Sains dan Teknologi berbanding bangsa lain..


    Dengan Bahasa Melayu semata-mata, orang Melayu memang langsung tidak boleh maju.. Tidak akan ke mana-mana.. Bukan sebab Bahasa Melayu, tetapi pemikiran orang Melayu sendiri yang tidak mahu menerima kenyataan Bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar sesuai untuk ilmu Sains dan Teknologi...


    1. Kalau dikatakan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan pelajar menguasai BI, mengapa Sains dan Matematik dijadikan sebagai alat untuk belajar dan pandai BI?

    Bukan alat untuk pandai Bahasa Inggeris, tapi untuk menyediakan pelajar di bidang Sains supaya lebih bersedia menghadapi alam pendidikan tinggi..


    2. Kenapa setelah 6 tahun baru hendak bantah? Sebab masa di peringkat awal, KPM cakap kita akan beri kata putus selepas 6 tahun tetapi tiada sebarang jawapan daripada Dato' Seri Hishamuddin sampai hari ini. Kita cuma perlukan jawapan Ya @ Tidak. Itu sahaja.

    Kemudian, kenapa KPM setelah 6 tahun perlaksanaan baru nak dibuatnya persidangan meja bulat? Sedangkan KBSR dan KBSM dibuat secara berperingkat-peringkat dan ada persidangan meja bulat untuk bincang baik buruk.

    Clearly political issue, NOT RELEVANT..


    3. Kenapa pejuang-pejuang bahasa bawa isu ini di jalanan? Sebab menteri cakap tak serupa bikin. Bilamana diajaknya pertemuan untuk berbincang banyak alasan untuk tidak berjumpa. Bila dibawa ke jalanan kemudian dikatakan sepatutnya dibincangkan dengan harmoni. Sedangkan isu kuota di UiTM pun berdemonstrasi juga. Jadi, macam mana?

    Ini kerja orang gila.. Demonstrasi jalanan hanya menyusahkan orang lain.. Tak kira kamu orang UMNO atau PR, itu tetap kerja gila..


    4. Persidangan meja bulat yang dibuat, dijemputnya orang-orang yang bukan ahli untuk membincangkan isu PPSMI sebaliknya diterangkan bahawa BI bagus untuk pembangunan negara. Mana isu PPSMI?

    Memang itu isunya.. Pembangunan negara berdasarkan hubungan ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi.. Kita ketinggalan jauh pada kedua-dua bahagian.. Disebabkan korupsi peringkat tertinggi kerajaan, ditambah pula dengan pemikiran sempit orang Melayu sendiri.. Kemudian digunakan pula oleh bangsa lain sebagai agenda pemahaman politik mereka..

    Kemahiran berbahasa Inggeris (juga bahasa lain, bukan hanya bahasa Inggeris) amat penting untuk kemajuan negara.. Berapa ramai orang Melayu yang ada otak yang bagus tapi tak mendapat tempat di sektor swasta semata-mata sebab gagal menguasai bahasa Inggeris? Tu belum kira lagi untuk jawatan yang mewajibkan kemahiran berbahasa Mandarin..

    Dalam bidang penyelidikan pula, segala sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.. Baik dari sumber bertulis seperti jurnal, teks, ataupun dari media elektronik seperti internet atau "National Geographic".. Tak perlu cerita sumber rujukan dalam bahasa Rusia, Jerman, atau Jepun.


    5. PPSMI bercanggah sama sekali dengan Perkara 152 dalam Perlembagaan dan Penyata Razak. Boleh baca sendiri dengan carian di Google.


    Peraturan manusia boleh diubah.. Bukan peraturan Allah.. Ayat yang sama digunakapai oleh golongan PAS dan PKR...


    6. Banyak perkataan diterjemah dalam bahasa Melayu bukan menunjukkan cacamarba tetapi keistimewaan melalui proses penyerapan bahasa. Garpu, almari = bahasa Portugis, iman, akhlak = bahasa Arab, raja, dosa = bahasa tamil. Sila rujuk Tatabahasa Dewan keluaran DBP dan buku-buku bahasa. Jangan tahu buat kenyataan membabi buta!

    Dewan Bahasa dan Pustaka sudah tidak relevan.. Patut boleh dihapuskan dalam jangka masa 5 tahun lagi..


    7. Kenyataan Dato Seri Hishamuddin (Berita Mingguan, 22 Februari 2009), Brunei berjaya laksanakan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikatnya, itu pun selepas 20 tahun Brunei terpaksa korbankan generasinya. Baru 1 mata pelajaran. Malaysia ada 2, Sains dan Matematik. Berapa tahun kita nak korbankan generasi muda?

    Pemahaman kamu mengorbankan generasi muda.. Pemahaman saya, memperkasa generasi muda..


    8. PPSMI beri kesan kepada rakyat Malaysia di luar bandar. Disebabkan orang Melayu paling banyak di sana sebab itu kita perjuangkan bantahan terhadap PPSMI. Cina di kampung dan India di estet menghadapi nasib yang sama. Tak percaya, boleh tanya sendiri.

    Itu benar.. Tapi sampai bila nak biarkan katak berada di bawah tempurung?.. Sampai bila nak bergantung dengan sistem pendidikan cara lama? Dunia sekarang berubah setiap saat.. You cannot move forward if you still use yesterday's system..


    9. Kita sering tertipu dengan dakyah Barat dan Globalisasi. Hanya BI sahaja boleh maju, BM tidak. Itu adalah pemikiran orientalis, cuba rosakkan pemikiran rakyat Malaysia.

    No.. Itu pemikiran orang yang tidak tahu berfikir untuk berubah.. Tidak ada dakyah Barat untuk bahasa Inggeris.. Yang ada hanya kemunduran bangsa yang tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk mendapat ilmu dari orang lain, kita kena faham bahasanya..

    Bahasa Melayu memang sesuai digunapakai untuk matapelajaran Sains dan Matematik peringkat sekolah, tetapi bukan peringkat pengajian tinggi.. Masalahnya, apabila pelajar sekolah ini memasuki peringkat pengajian tinggi, mereka terkial-kial untuk memahami nota dan rujukan semata-mata semuanya dalam bahasa Inggeris.. Tak perlu lah cerita kalau nota dan rujukan dalam bahasa lain seperti Jerman atau Jepun..


    10. BM adalah bahasa ke-2 terbesar dalam mengembangkan agama Islam di seluruh dunia selepas bahasa Parsi. Jika BM tak dimartabat, Islam juga akan tergadai.

    Itu sejarah zaman Hang Jebat.. Kamu hidup zaman bila?


    11. PPSMI bukan hanya melibatkan 2 subjek, tetapi 3/5 dalam UPSR (Sains, Matematik, BI), 7/10 dalam SPM (Sains tulen - Kimia, Fizik, Biologi, Mate Moden, Mate Tamb, BI, EST). Semak sendiri.

    Kamu tentunya bukan dari aliran Sains.. Kimia, Fizik, Biologi itu bukan Sains? Matematik Moden, dan Matematik Tambahan itu bukan Matematik? Kalau kamu tidak memahami konsep Sains dan Matematik, kamu TIDAK LAYAK untuk membicarakan hal ini..


    12. 11 tahun belajar BI dari darjah 1 sampai tingkatan 5 masih tak pandai BI sebab pendekatan salah. Tatabahasa BM pun tak kuasai, macam mana nak pandai BI. Sepatutnya ada sastera BI, masa P&P ditambah barulah pelajar pun pandai BI. Bukan ajar dengan Sains dan Matematik.

    Sudah lah pendekatan salah.. Bila orang lain nak betulkan pendekatan pun dituduh salah juga.. Asas pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah semata-mata untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi.. Sebagai bonus, memahirkan lagi pelajar dalam Bahasa Inggeris...


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Kita tidak boleh pergi jauh sekiranya hanya mengharap pembelajaran dalam medium bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi... Kita sudahlah jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.. Sudahlah tidak ada atau sangat kurang sumber rujukan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut.. Lagi mahu ditentang proses pembelajaran yang sememangnya memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris..


    Adalah amat-amat pelik mendengar istilah "laman sesawang".. Cakap sahaja Lamab web..
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Tue Mar 10, 2009 1:35 am

    Kepada baok,

    Orang yang berpemikiran sebeginilah yang dikatakan oleh Prof. Awang Sariyan sebagai orang yang mengalami krisis keyakinan kepada bahasa sendiri walaupun diri sendiri adalah orang Melayu.

    Pernah baca Imbasan, Hasan Ahmad?

    Orang Melayu berbual dengan orang Melayu di luar negara pun dalam BI. Bukankah BM lebih mudah dan mudah difahami? Ataupun mementingkan status sekalipun BI yang diujarkan tidak gramatis dan cacamarba? Sebab itu dalam hal ini, saya sangat menghormati dan kagum dengan orang Kelantan yang tidak segan silu untuk berdialek Kelantan bilamana berjumpa sesama mereka. Jati diri mereka kuat. Sekadar contoh....

    Memang peraturan boleh bertukar, tetapi kalau dirangka tidak dilaksanakan apa gunanya?

    Dalam isu pendidikan, dasar baharu dibuat secara berperingkat-peringkat. Bukan secara terus tanpa perbincangan mahupun percubaan. Pendidikan Seks yang cuba diwujudkan pun dibincangkan bersama sebelum dilaksanakan. Begitu juga penubuhan Sekolah Wawasan dan Sekolah Kluster.

    Kalau nak memperkasakan generasi muda pun sampaikan lebih 20 tahun, lebih baik kembali semula dasar asal yang sudah pasti menghasilkan ribuan Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang S&T berdasarkan kajian yang dibuat. Sedangkan diajar dalam BI selama 6 tahun pun masih disediakan soalannya dalam bentuk dwibahasa? Apa guna jika dikatakan sudah belajar BI dalam PPSMI? Saudara sanggup nak tanggung dosa atas kesalahan memilih cara yang salah?

    Barangkali saudara tinggal di bandar. Bukan di tepi pantai, sawah, hutan, estet atau luar bandar. Keperitan hidup keluarga siapa nak bela kalau Matematik dan Sains yang merupakan subjek penting diajar dalam BI sepatah pun tidak difahami anak-anak mereka?

    Jangan terlalu menyanjungi cara Barat. Jerman pernah guna bahasa latin dalam sistem pendidikan, hancur. Perancis menggunakan bahasa Arab semasa kegemilangan Tamadun Islam, juga hancur. Afrika, Filipina, Somalia dan negara-negara mundur menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa Ibunda. Impaknya, rakyat gagal menguasai lapangan ilmu dan negara masih berada kelas ketiga. Namun, British, Perancis, China, Korea, Israel, Jepun dll maju sebab guna bahasa ibunda.

    Kalau saudara mengamati semula sejarah, bagaimana Islam berkembang di alam Nusantara sudah pasti akan dapat jawapannya. Islam disampaikan oleh pedagang yang datang ke Tanah Melayu dengan bahasa Melayu, barulah Sultan dan rakyat jelata faham dan boleh terima Islam. Kalau bahasa Arab yang tidak difahami sepatah haram pun diajarnya, pasti orang Melayu tidak akan menganut Islam.

    Bible juga dialih daripada BI kepada bahasa Melayu di Indonesia semasa penjajahan Belanda dengan tujuan untuk menyampaikan dakyah mereka supaya mudah difahami oleh masyarakat tempatan.

    Kita tidak menghalang sesiapa mahu belajar BI tetapi khuatir penerapan BI secara berleluasa akan meresap dan merosak pemikiran rakyat Malaysia. Dalam BI, anak-emak panggilannya I-You. Dalam konteks orang Melayu, itu kurang ajar namanya. Tetapi, dalam BM, Saya-Ibu, emak, umi. Lebih sopan, berhikmah dan beradab.

    Kalau marahnya pun masih dalam keadaan terkawal, ada pun cuma 'bodoh', 'celaka' atau 'lahabau'. BM mendidik jiwa-jiwa penuturnya menjaga perlakuan dan perbuatan. BI - ~dipadam~, ~dipadam~, f*ck. Cina - l*ncau...

    Tidak kiralah kita hidup zaman apa sekalipun, jati diri perlu dipertahankan. Globalisasi sebenar untuk membentuk satu bangsa, satu bahasa, satu agama dan satu ekonomi. Akhirnya, masing-masing sudah tidak mengenali diri dan jati diri.

    Kamu tentunya bukan dari aliran Sains.. Kimia, Fizik, Biologi itu bukan Sains? Matematik Moden, dan Matematik Tambahan itu bukan Matematik? Kalau kamu tidak memahami konsep Sains dan Matematik, kamu TIDAK LAYAK untuk membicarakan hal ini..

    Hahaha...apa yang cuba kamu perkatakan ni saudara?

    Kimia, Fizik dan Biologi itu sudah 3 mata pelajaran dalam bahasa Inggeris, begitu juga Matematik, ada 2 dalam bahasa Inggeris. Yang tinggal dalam Bm, cuma BM, Pendidikan Islam dan Sejarah. Mana yang dikatakan hanya 2 sahaja? Laughing

    Sila rujuk Kamus Dewan/Kamus Pelajar, 'Website' (BI) = diterjemah dalam BM, Laman sesawang bukan laman web (X)...

    Saya kira saudara bukanlah penganalisis isu yang baik.
    avatar
    baok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 169
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by baok Tue Mar 10, 2009 6:55 am

    Pekwan..


    Pernah baca Imbasan, Hasan Ahmad?

    Tak pernah.. Apa itu?.. Penting ke?.. Apa sinopsis dia?


    Orang Melayu berbual dengan orang Melayu di luar negara pun dalam BI. Bukankah BM lebih mudah dan mudah difahami? Ataupun mementingkan status sekalipun BI yang diujarkan tidak gramatis dan cacamarba?

    Not relevant.. Bahasa Melayu memang lebih mudah difahami.. Persoalannya adalah dasar pembelajaran Sains dan Matematik serta penyedian pelajar untuk ke pendidikan peringkat lebih tinggi.. Tiada rujukan Bahasa Melayu bermakna kena guna rujukan bahasa lain.. Oleh sebab di Malaysia, bahasa Inggeris digunakan secara meluas, jadi itu saja caranya..


    Memang peraturan boleh bertukar, tetapi kalau dirangka tidak dilaksanakan apa gunanya?

    True.. Soal perlaksaan adalah amat penting.. Jadi apa guna ditentang kalau perlu dilaksanakan..


    Dalam isu pendidikan, dasar baharu dibuat secara berperingkat-peringkat. Bukan secara terus tanpa perbincangan mahupun percubaan.

    True.. Perlu dibuat secara berperingkat.. Bukan perlu ditentang habis-habisan..


    Kalau nak memperkasakan generasi muda pun sampaikan lebih 20 tahun, lebih baik kembali semula dasar asal yang sudah pasti menghasilkan ribuan Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang S&T berdasarkan kajian yang dibuat. Sedangkan diajar dalam BI selama 6 tahun pun masih disediakan soalannya dalam bentuk dwibahasa?

    Apa itu dasar asal?.. Penyata Razak?.. Penyata itu perlu dikaji semula.. Kenapa soalan masih dalam dwibahasa? Kamu sendiri yang suruh buat secara berperingkat?.. Kamu juga menyatakan bukan semua pelajar sekolah menguasai bahasa Inggeris.. Itu adalah pilihan kepada pelajar untuk jawab dalam bahasa Melayu atau Inggeris.. Think before you speak..


    Apa guna jika dikatakan sudah belajar BI dalam PPSMI? Saudara sanggup nak tanggung dosa atas kesalahan memilih cara yang salah?

    Apa dosa yang dilakukan?.. Tidak ada dosa untuk mengubah dasar pelajaran semata-mata bertujuan menaikkan martabat Malaysia.. Kamu bukan TUHAN untuk menilai dosa dan pahala.. Apa ayat al-Quran atau hadis menyatakan tukar kepada bahasa Inggeris adalah satu dosa?.. Sedangkan Rasullullah pernah bersabda "Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China".. Dan tentunya jika kita hendak menuntut ilmu di negeri China, kita kena faham bahasa orang Cina..



    Barangkali saudara tinggal di bandar. Bukan di tepi pantai, sawah, hutan, estet atau luar bandar. Keperitan hidup keluarga siapa nak bela kalau Matematik dan Sains yang merupakan subjek penting diajar dalam BI sepatah pun tidak difahami anak-anak mereka?

    Saya memang orang bandar.. Saya mengaku saya orang Kuala Lumpur.. Tapi sila baca semua post saya di muka 1.. Jangan jadi "pejuang bahasa yang pemalas"


    Jangan terlalu menyanjungi cara Barat. Jerman pernah guna bahasa latin dalam sistem pendidikan, hancur. Perancis menggunakan bahasa Arab semasa kegemilangan Tamadun Islam, juga hancur. Afrika, Filipina, Somalia dan negara-negara mundur menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa Ibunda. Impaknya, rakyat gagal menguasai lapangan ilmu dan negara masih berada kelas ketiga. Namun, British, Perancis, China, Korea, Israel, Jepun dll maju sebab guna bahasa ibunda.

    Kamu belajar sejarah, tapi kamu tak pandai analisis sejarah..

    1. Perancis dan Jerman hancur? Kamu ni hidup zaman mana? Perancis mungkin ada masalah ekonomi tetapi mereka tidak hancur.. Malah jauh lebih maju dari Malaysia.. Pernah pergi Jerman?.. Itu negara yang penuh dengan teknologi.. Rakyat Jerman mungkin bersaing dengan rakyat Turki di negara sendiri, serupa macam rakyat Malaysia bersaing dengan pendatang asing di negara sendiri.. Dan Jerman menggunakan bahasa Jerman dalam sistem pendidikan mereka sekarang.. Tak tahu lah masa zaman sebelum Perang Dunia dahulu..

    Jepun, Korea Selatan contoh kamu? Mereka bukan maju sebab bahasa ibunda, tetapi sebab rakyat mereka sendiri mempunyai kesedaran terhadap pentingnya kekuatan ekonomi dan pembangunan Sains dan Teknologi.. Mereka mempunyai kepakaran yang tiada pada kebanyakan negara lain termasuk Malaysia.. Mereka ada penterjemah dan penulis rujukan dalam bahasa ibunda mereka.. Tidak di Malaysia.. Yang ada di Malaysia hanya rujukan bahasa Melayu peringkat sekolah, dan peringkat pra-Universiti.. Untuk rujukan Sains dan Teknologi peringkat tinggi, kita masih bergantung pada rujukan bahasa Inggeris..

    My point is, tahap kesedaran dan penguasaan sesuatu bangsa dalam bidang Ekonomi, Sains dan Teknologi itu jauh lebih penting dalam dunia moden ni, berbanding "perjuangan menegakkan bahasa Ibunda"..


    Kalau saudara mengamati semula sejarah, bagaimana Islam berkembang di alam Nusantara sudah pasti akan dapat jawapannya. Islam disampaikan oleh pedagang yang datang ke Tanah Melayu dengan bahasa Melayu, barulah Sultan dan rakyat jelata faham dan boleh terima Islam. Kalau bahasa Arab yang tidak difahami sepatah haram pun diajarnya, pasti orang Melayu tidak akan menganut Islam.

    Bible juga dialih daripada BI kepada bahasa Melayu di Indonesia semasa penjajahan Belanda dengan tujuan untuk menyampaikan dakyah mereka supaya mudah difahami oleh masyarakat tempatan.

    Not relevant.. Kita sedang membicarakan penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik.. Bukan sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka atau penggunaan Bible untuk masyarakat tempatan.. Itu kena tanya ahli sejarah..


    Kita tidak menghalang sesiapa mahu belajar BI tetapi khuatir penerapan BI secara berleluasa akan meresap dan merosak pemikiran rakyat Malaysia. Dalam BI, anak-emak panggilannya I-You. Dalam konteks orang Melayu, itu kurang ajar namanya. Tetapi, dalam BM, Saya-Ibu, emak, umi. Lebih sopan, berhikmah dan beradab.

    Kalau marahnya pun masih dalam keadaan terkawal, ada pun cuma 'bodoh', 'celaka' atau 'lahabau'. BM mendidik jiwa-jiwa penuturnya menjaga perlakuan dan perbuatan. BI - ~dipadam~, ~dipadam~, f*ck. Cina - l*ncau...

    I speak English with my mom, (my dad passed away long time ago) and I always use "Mama" and "Along" when I speak with her.. There's nothing wrong using English language.. At school, you can always replace the words "I" with "Cikgu".. Example.. "Ahmad, Cikgu wants to see your homework today"


    Tidak kiralah kita hidup zaman apa sekalipun, jati diri perlu dipertahankan. Globalisasi sebenar untuk membentuk satu bangsa, satu bahasa, satu agama dan satu ekonomi. Akhirnya, masing-masing sudah tidak mengenali diri dan jati diri.

    Boleh, ambil contoh terdekat, Indonesia.. Boleh sahaja kalau mahu segalanya belajar dalam bahasa Melayu.. Tidak mustahil.. Asasnya ialah sumber rujukan.. Perlu ada sumber rujukan dalam bahasa Malaysia pada peringkat tinggi (yang sekarang ini hampir tidak ada..) Universitas di Indonesia mempunyai perpustakaan yang lengkap dengan rujukan peringkat tinggi dari bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, malah ada juga dalam bahasa Belanda!


    Kimia, Fizik dan Biologi itu sudah 3 mata pelajaran dalam bahasa Inggeris, begitu juga Matematik, ada 2 dalam bahasa Inggeris. Yang tinggal dalam Bm, cuma BM, Pendidikan Islam dan Sejarah. Mana yang dikatakan hanya 2 sahaja?

    You ain't understand what is Science isn't it? Kamu gelakkan saya?.. Pastikan kamu faham apa itu cabang Sains dan Teknologi dahulu.. You're really don't know what is Science don't you?

    Kalau nak ajar matapelajaran Sains dalam bahasa Inggeris, memang la kena ajar Kimia, Biologi dan Fizik dalam bahasa Inggeris, sebab matapelajaran tersebut adalah asas kepada cabang Sains pada peringkat tinggi.. Apa kenyataan mengarut kamu tentang "itu sahaja sudah tiga matapelajaran".. Takkan nak jar Sains Tulen dalam bahasa Inggeris, tapi Kimia, Fizik dan Biologi dalam Bahasa Melayu.. Not relevant

    Location : IPGM Kampus Bahasa Melayu, KL
    Job/hobbies : Guru

    Oh.. patutlah.. Kamu Guru Bahasa Melayu.. No wonders..

    Laman sesawang bukan laman web

    Apa kejadahnye laman sesawang itu?..


    Aku (dan aku yakin, ramai lagi pelajar Aliran Sains peringkat tinggi sendiri) sudah muak dengan para "pejuang bahasa" yang cuba mengapi-ngapikan masyarakat tentang isu ini.. Apa yang kami mahu ialah penerapan ilmu Sains dan Teknologi secara telus dan berkesan.. Bukan perjuangan bahasa oleh golongan "sasterawan" yang kurang memahami konsep Sains dan Teknologi..
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Tue Mar 10, 2009 7:03 am

    Belajar ler guna bahasa apa pun, kalau rajin dapat ler ilmu, kalau malas tak dapat ler. cyclops

    Aku tau bahasa omputeh pun sebab rajin tengok Sesame Street masa sekolah rendah. Rolling Eyes
    avatar
    sementara_waktu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 61
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sementara_waktu Tue Mar 10, 2009 7:50 am

    baok wrote:

    Aku (dan aku yakin, ramai lagi pelajar Aliran Sains peringkat tinggi sendiri) sudah muak dengan para "pejuang bahasa" yang cuba mengapi-ngapikan masyarakat tentang isu ini.. Apa yang kami mahu ialah penerapan ilmu Sains dan Teknologi secara telus dan berkesan.. Bukan perjuangan bahasa oleh golongan "sasterawan" yang kurang memahami konsep Sains dan Teknologi..

    En. Baok....wait a sec, lets look at ur sentence in bold above...... why did u put an inverted coma for sasterawan?? are they not what they claim to be?

    I wonder.... how did u know that u have better understanding on the concept of Science and Technology compared to these "sasterawan"??

    after 6 years of PPSMI.... a study was published in April 2008. this multi-centred study involved 28 primary schools from perak, selangor, pahang, kelantan, terengganu, johor, melaka, negeri sembilan and pulau pinang.

    Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah

    study nih beratus page sbb result dier byk..... pergilah ke page kesimpulan kalau berkesempatan.......starting page 131- 136.

    salah satu kesimpulan yg diorg buat.... bahasa inggeris telah gagal untuk memudah dan meningkatkan pembelajaran matematik dan sains pelajar.

    bahasa melayu untuk sains, matematik tetap realistik
    avatar
    baok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 169
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by baok Tue Mar 10, 2009 8:28 am

    The "inverted coma" specifically targets those who think they are "Pejuang Bahasa Melayu" aka Mr/Mrs/Miss "pekwan".. Not to target the "Sasterawan" themselves.. But, yes, those "Sasterawan" also oppose the "PPSMI" implementation, so.. I include them as well..




    Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah

    That's why you have to read this topic from the very beginning.. Please read all my posts from the page 1.. Don't worry, I'll quote myself below..


    Quote 1

    Aku pula berbelah bagi dengan pendapat ni..



    1. Kalau Sains dan Matematik dalam English tu diajar pada Sekolah Menengah dan ke atas, aku sangat setuju, kerana sepatutnya pelajar dah ada paling tidak, sedikit asas Bahasa Inggeris dari Sekolah Rendah.. Malah mereka perlu didedahkan dengan Bahasa Inggeris kerana apabila mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, mereka tidak akan jumpa lagi rujukan yang bagus dalam Bahasa Melayu.. Semua dalam bahasa Inggeris..



    2. Tapi kalau subjek Sains dan Matematik tu diajar dalam bahasa Inggeris sejak dari Sekolah Rendah, aku sangat-sangat tak bersetuju..

    Kalau setakat asas matematik mudah pada peringkat sekolah rendah tu, takde la susah mane budak-budak nak faham.. Tapi sebab bahasa Inggeris, budak tahap darjah 5 dan darjah 6 boleh jadi takut nak belajar..


    Aku bersetuju yang Bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar bertaraf antarabangsa, malah aku rasakan amat bodoh untuk tegakkan bahasa Melayu sedangkan kemampuan kita untuk menguasai bidang Sains dan Teknologi tidak sehebat mana..

    Tapi, kene juga fikir bahawa budak tetap budak.. Mereka perlu suasana belajar yang mudah untuk difahami.. Dan untuk tahap budak Sekolah Rendah (terutama di kawasan pedalaman), Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat tidak masuk akal..



    So, aku harap Kementerian Pendidikan kita ni pakai otak dan buat kajian mendalam sebelum buat satu keputusan yang bodoh.. Dr. Mahathir mencadangkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, bukan bermakna kene ajar dalam bahasa Inggeris sejak tadika.. Tapi untuk pendedahan kepada pelajar sebelum memasuki era Pengajian Tinggi..


    Quote 2
    Adalah berlainan nak bandingkan kanak-kanak di kawasan bandar dan di kawasan kampung/pedalaman.. Kanak-kanak di kawasan bandar memang cepat "tangkap" Bahasa Inggeris, kerana dalam kehidupan sehari-hari didedahkan dengan Bahasa Inggeris.. Boleh dengar di mana-mana..


    Tapi untuk kawasan ceruk kampung dan kawasan pedalaman, mereka langsung takde pendedahan bahasa Inggeris, melainkan cerita TV dan apa yang diajar di sekolah.. Mereka tidak ada/tidak mampu beli kamus untuk terjemah apa yang didengar/dipelajari.. Mereka tak ada komputer/internet nak tengok forum Putera.. Mereka tidak ada kawan nak cakap bahasa Inggeris...


    Oleh itu, kalau nak buat sebarang kajian serta pandangan, yang paling penting ambil perhatian pada masyarakat luar bandar.. Aku bercakap dari pengalaman mengajar di sekolah Rendah di ceruk kampung..


    bahasa melayu untuk sains, matematik tetap realistik

    I lol'ed...
    avatar
    sementara_waktu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 61
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sementara_waktu Tue Mar 10, 2009 9:41 am

    to be honest, i've read ur post beforehand....
    u must have consider me as a "pejuang bahasa yg pemalas" as well.... (or somewhere along that line)

    look,
    i do agree on most of ur earlier post..... about teaching basic science in Bahasa Malaysia at elementary stage..... then followed by english in secondary school..... that is actually a sound idea..... but, problem is.... would they be able to compromise their believe??
    so far....it sounds like an " All or nothing" battle with these guys....

    in the end.... we will have to choose, which is the lesser evil?

    *by the way, C people are still using their own language for science and math, aren't they?? what's their excuse?? and why are they exempted from PPSMI?? r they special??

    Sponsored content


    PPSMI setuju atau tidak? Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu May 09, 2024 10:36 am