REGIME KHMER ROUGE / POL POT1. Khmer Rouge berasal dari perkataan perancis yang membawa maksud
Red Khmer
2. The event took place in cambodia between
1975 to 19793. Khmer Rouge kemudiannya digelar
Democratic Kampuchea4. Antara pemimpin tertinggi regime adalah pol pot atau nama sebenarnya
Saloth Sar- Spoiler:
5. Regime ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang di perancis pada akhir 40-an sehingga awal 50-an
6. Sumber menerima bahawa Pol Pot dam kumpulannya dipengaruhi fahaman komunis radikal
Marx7. Pol Pot bukanlah seorang pelajar yang hebat. dia cuma bernasib baik kerana mempunyai talian secara tak langsung dengan kerabat diraja memandangkan kakaknya adalah gundik kepada raja pada ketika itu
8. Pol Pot melanjutkan pelajarannya ke perancis dalam jurusan
radio electronic namun pulang dgn tangan kosong setelah beberapa kali gagal
9. Di antara 1962 hingga 1968, Pol Pot mula menyusun tapak dalam awal sejarah pemberontakannya
10. Pada julai 1962, setiausaha gerakan parti komunis bawah tanah,
Tou Samouth ditahan dan kemudian dibunuh sewaktu dlm tahanan
11. Apabila Samouth dibunuh, Pol Pot naik menjadi pemimpin gerakan parti komunis tersebut
Era kuasa regime1. Dari 1969 hingga 1975 menyaksikan pemerintahan baru di bawah pimpinan pol pot
2. Mereka menentang secara besar-besaran pemerintahan kerajaan Cambodia
3. Lewat 1973, Pol Pot mengeluarkan arahan pertamanya iaitu memutuskan semua hubungan bandar utamanya dengan bekalan dari luar lantas melumpuhkan bandar tersebut
4. Pemerintahan Khmer Rouge megarahkan
semua banda dikosongkan dan mengerah semua penduduk bandar untuk berhijrah ke kawasan luar bandar
5. Semua laluan dan perhubungan disekat
6. Pengusiran tersebut menyebabkan banyak nyawa terkorban. keadaan bergantung kepada unit tentera yang mengawal operasi tertentu
7. Pemerintahan Khmer Rouge mula 'membersihkan' tahanan mereka bermula dengan golongan-golongan elite. ini termasuk guru, ahli politik, ahli perniagaan, pengamal agama (buddha terutamanya) dan golongan-golongan intelektual lain
8. Ini bagi mengelakkan oerhubungan dan pertalian dengan mana2 kuasa luar, juga bagi mengurangkan risiko rakyat yang memberontak
9. Sesetengah dari kanak-kanak dipisahkan dari keluarga dan mula ditanamkan sifat dan perasaan acuan dari pemerintahan khmer rouge. Mereka dilatih bermula dengan penderaan binatang
- Spoiler:
10. Ada antaranya dibunuh dengan kejam
- Spoiler:
11. Khidmat perubatan meruncing dan pengamal perubatan samada dibunuh atau dilarang dari terus berkhidmat
TUOL SLENG1. Tuol Sleng merupakan salah satu pusat tahanan zaman pemerintaha Khmer Rouge yang menyimpan sejuta kenangan pahit buat mereka yang menjejakkn kaki kesana
2. Bangunan asal merupakan sebuah
sekolah menengah tapi telah diubah suai bagi menempatkan tahanan yang menunggu maut dan dinamakaan Security Prison 21 (s-21)
3. Tuol Sleng membawa maksud
'hill of the poisonous trees'4. Penstrukturan semula bangunan ini dlakukan bagi menempatkan banduan. Sekeliling bangunan dilingkari pagar duri bervoltan. Bilik darjah diuahsuai menjadi bilik tahanan dan bilik penderaan. Semua tingkap diliputi pagar besi dan dawai berduri utk mengelakkan banduan terlepas lari
5. Kebanyakan ruang ditingkat bawah dibahagikan kepada sel banduan secara individu manakala ruang di tingkat atas menempatkan banduan secara beramai-ramai
- Spoiler:
6. Setiap data banduan diambil terlebih dahulu untuk disimpan sebagai rekod. Salah satunya adalah dalam bentuk
gambar7. Banduan diperintahkan untuk mematuhi arahan, seandainya gagal, mereka akan didera dan kemudian dibunuh
8. Ada diantara banduan yang membunuh diri
9. Penderaan dilakukan dalam pelbagai cara dan dibentuk khusus bagi memaksa banduan mengaku salah
- Spoiler:
10. Banduan kerap
dipukul, didera dengan renjatan elektrik, dicucuh besi panas, digantung, dilemaskan dalam beg plastik, dikelar dan sebagainya.
- Spoiler:
******************************************************************************************
1. Mayat banduan dtanam dalam kubur yang digali secara besar besaran untuk menempatkan banduan dalam kuantiti yang banyak
- Spoiler:
2. Daripada anggaran 17,000 banduan yang dihantar ke tuol sleng, hanya
7 orang yang hidup.
. Pada lewat 1979, cambodia tewas kepada kerajaan vietnam, dan pemerintahan khmer rouge berakhir selepas beberapa rentetan peristiwa dari itu.
4. Pada 1981, pol pot membuat kenyataan terbuka menyatakan tidak mengaku bersalah di atas kekejaman yang menimpa rakyat Cambodia.
5. Dia megaku melakukan kesilapan kerana mempercayai orang lain untuk membantu kepimpinannya dan tidak menyangka mereka yang diberi kepercayaan itu bertindak diluar batasan.
6. Pol Pot mati dalam tidur pada
april 1998, tanpa menerima hukuman di atas perbuatannya.
- Spoiler: