aku rase game2 paling best ni susah nak define la. ade yang minat grafik, ade yg kejar storyline, ade yg men gameplay (cam starcraft).
macam need for speed. aku tak boleh cakap mane paling best (shift, world online, nitro x main lagi) tapi setakat yang best aku rase:
NFS Hot Pursuit 2: ni best, panggil heli gugur tong kasik letup kat jalan raya bior kete yg kite kejor tu terbabas.
NFS Underground 2: the best free roaming, mod keter pon best (ade lampu2 neon)
NFS Most wanted: arcade style terbaek. long storyline.
RPG pon best gak. One of the best ialah oblivion. banyak mod, magic kuat nak mampos.
Pokemon!!!! Gameplay, storyline terbaik. Unparalled. Silap la korang klo cakap pokemon ni bebudak je main. setiap version ade je pembaharuan hebat.
FTG? Sebab aku kurang minat kat tekken (atau yang lebih kurang sebab realistik sangat), aku prefer KOF. All-in-one. nak main api, kyo ade, iori ade, nak main abugid
/fireball athena ade. macam2 watak sampai banyak sangat.
Strategi? banyak. ikut preference masing2. aku tetap minat tiberium war + kane's wrath sebab pada aku replay value dier tinggi. tapi itu untuk PC la.
Klo konsol, Advance wars still the best. Amat taktikal, lagi dahsyat dari red alert. Selalunyer game2 perang boleh menang dengan 1 jenis unit, tapi bukan advance wars. Mati woo klo takde variety.
Real life simulation - of kos Sims 3. nuff said. slack cume bugs dalam game tu banyak sangat.
Semua ni based on ape aku main sepanjang idup aku la.
PC, GBA(real, emulator), NDS (emulator), Neo Geo (arcade, emulator).