Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+4
ScareCreW
the_ultimatez_najman
AhmadSyazwan
tasek16
8 posters

    Kenapa Youtube video streaming slow

    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by tasek16 Sun Oct 25, 2009 3:58 pm

    salam semua

    Kali ini aku cuba terangkan kenapa sestengah video yang di streamkan di youtube slow dalam masa yang sama sestengah ok tanpa stuck untuk buffering

    Ok secara generalnya ada beberapa sebab

    1. Memang internet connection yang slow samada kita langgan package yang slow atau memang connection yang slow walaupun kita langgan package speed yang lebih tinggi.
    2. Server untuk video streaming yang slow..but dalam kes video dari youtube agak jarang sangat slow disebabkan oleh server dari youtube..kita tahu server youtube kepunyaan google yang mana server dan speed connection memang tip top.
    3. Internet provider dalam keadaan tertentu limitkan bandwidth dari video streaming site dengan alasan tertentu
    4. Internet connection kita tak dapat dan keep-up untuk stream video disebabkan bitrate video lebih tinggi dari kelajuan internet connection kita.

    Dalam kes no 4 ini lah yang sedang berlaku kepada kebanyakkan kita terutama di malaysia yang menggunakan streamyx package 1mb
    Kalau kita langgan package 1 mb (1024 kbps)secara genaral true speed yang kita dapat maximum dalam 850-950 kbps. Ini disebabkan banyak faktor cth line telefon yang kita guna, dan sebagainya. Memang ada jugak yang langgan 1 mb tapi bila test dapat lebih dari 1 mb..dalam kes ini kemungkinan besar tmnet tersilap capping speed atau sengaja capping pada speed yang lebih untuk compensate masalah line yang slow dan sebagainya. But dalam kes ini aku just ambil general speed yang kita dapat kalau kita guna 1mb iaitu 850kbps...speed ini ada speed yang biasa kita dapat kalau tak ada masalah lain.

    Now apa kaitan dengan video youtube...??? Sebenarnya kaitan dia sangat rapat . Speed yang laju dan stable membolehkan kita tengok video dari youtube smoothly tanpa tersekat-sekat. But sejak kebelakangan ini kita mungkin mengalami masalah video di youtube agak tersekat-sekat (stuck untuk buffering) walaupun speed internet connection kita ok.

    Ini yang aku discover sejak kebelakangan ini. Ada beberapa video di youtube bila aku main smooth dan sesetengah video tersekat.
    Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku terangkan dulu format video yang digunakan oleh youtube.

    Pad peringkat awal youtube menggunakan format flash video (.flv) BTW flv hanya container tetapi di dalam container .flv ada dua format satu video dan satu lagi audio. untuk video format yang digunakan h.263 (Sorenson Video codec) dan audio boleh jadi dalam mp3 atau flaac . Pada masa ini jumlah bitrate (video + audio )untuk normal quality sekitar 400-700 kbps. Jadi kalau kalau line internet kita stable pada 850kbps memang tak ada masalah untuk tengok video smoothly

    But sekarang youtube tetap mengunakan format flv untuk normal quality cuma di dalam flv itu sendiri format video dan audio telah ditukar kepada dari h.263 ke h.264 (avc) dan aac untuk audio. BTW format baru ini lebih baik sebab kalau dibandingkan quality video, h.264 (avc) lebih baik jika pada bitrate yang sama dengan h.263). BTW ia tak memberikan kesan kepada kelancaran video malahan kita boleh tengok quality video yang lebih pada pada bitrate yang sama.

    Apa yang menjadi masalah sekarang bukan semua video yang diuploadkan di youtube akan diencode atau di compressed pada bitrate dan video size (resolution) yang sama. Ia bergantung pada quality dan format asal video yang diupload. Sekiranya video tersebut asalnya video pada resolution dan bitrate yang rendah youtube akan encode pada sekitar 350-500 kbps pada resolution 340x240 dan jika video terbut pada asalnya dalam HD youtube akan encode pada bitrate dab resolution yag lebih tinggi. Ini yang berlaku sekarang kenapa sesteah video smmoth dan sestengah video tak smooth. Bagi pengguna internet di malaysia yang rata-rata menggunakan 1 mbps memang mengalami masalah ini. Bagi negara maju seperti US, France , japan, korea even jiran disebelah selatan internet speed memang tinggi paling kurang pun dalam 4mbps jadi masalah tersekat mungkin kurang berlaku dan pengalaman menonton video di youtube dalam HD agak smooth.

    Dibawah adalah cth video dalam "normal quality" tapi diencode/compressed pada bitrate yang lebih tinggi
    Kenapa Youtube video streaming slow Youtubebitrate

    Kalau kita lihat di image di atas video ini di "wrap" dalam container .flv tetapi video format sebenar adalah dalam format h.264 (avc) dan audio dalam format aac
    Jika kita lihat birate video dieencode pada 788kbps dan audio pada 96kbps so total birate adalah 884kbps. Ini adalah "standard/normal" quality bukan high quality atau HD.

    Seperti yang aku ada terangkan tadi speed yang diperolehi bagi pengguna internet 1 mb dalam lingkungan 800 - 900kbps ..speed ini dah kira optimum untuk package 1mbps. But kita tahu speed internet selalunya fluctuate. So dalam kes video di youtube birate untuk sesetengah video pada 884kbps so ini menyebabkan video tersekat dan tidak smooth.

    Jadi ini adalah salah satu punca mengapa sestengah video kita tengok di youtube slow dan sesetengah ok dan smooth. Jika kita ingin menonton video dengan lebih smooth terpaksa lah kita upgrade ke package internet yang lebih tinggi atau pun download video terbut menggunakan download manager cth IDM misalnya dan tonton secara offline.

    Apa yang menjadi persoalan sekarang sampai bila speed internet di malaysia pada tahap begini. Bila agaknya internet provider akan menawarkan speed yang baik tetapi pada harga per megabit yang munasabah...

    Good luck
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by AhmadSyazwan Sun Oct 25, 2009 6:36 pm

    terima kasih..penerangan yg baik
    the_ultimatez_najman
    the_ultimatez_najman
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 521
    Age : 30
    Location : Shah Alam,Selangor
    Job/hobbies : Pc,Pc,Pc
    Registration date : 19/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by the_ultimatez_najman Sun Oct 25, 2009 6:56 pm

    wah..penerangan yg bgus..
    selalu nyer klau lmbat sgt..aku refresh 2-3 kali...bru die jdi smooth..
    klau x smooth gak mmg ak download jer..lgi laju...

    tah la..smpai tenet kita nak dok bwh tempurung..
    thai pon speed diorang lgi power...
    avatar
    ScareCreW
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 357
    Registration date : 17/03/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by ScareCreW Mon Oct 26, 2009 7:16 am

    dengar cerita youtube sekarang local mirror kat datacenter malaysia atau sg. jadi conection lebih laju & lancar.
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by AhmadSyazwan Mon Oct 26, 2009 8:55 am

    persoalan yang menarik.
    kenapa keadaan ini berlaku di Malaysia.
    Malaysia kan dah sampai tahap negara maju.

    negara jiran mana yang dimaksudkan itu?
    tak silap ada negara jiran kita internet 4mb dengan bayaran bulanan rm40 camtu ja.

    berapa speed internet paling tinggi dinegara kita?4mb?8mb?

    menjawab persoalan
    mungkin kot jika tm sediakan streamyx 4mb dengan rm66 sebulan akan menyebabkan kerugian bagi pihak mereka.betul ke?ini pendapat ak ja.

    mungkin internet yang berkelajuan tertinggi kat malaysia ni mereka khas untuk PM,sistem ketenteraan dan pertahanan negara dan lain2 yg berkaitan.

    cadangan aku :
    adun mana2 perlu usul kat parlimen tentang hal ni.
    ini penting untuk kita sebagai pengguna.
    mendapat perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan.

    forum di tv1 pernah membincangkan pakej internet dinegara kita.

    bestnya kalau dapat internet 4mb rm50.

    tasek16 blh ak masukkan penulisan ko kat blog ak?
    ak akan bg kredit kat tasek16.
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by tasek16 Mon Oct 26, 2009 11:21 am

    AhmadSyazwan wrote:persoalan yang menarik.
    menjawab persoalan
    mungkin kot jika tm sediakan streamyx 4mb dengan rm66 sebulan akan menyebabkan kerugian bagi pihak mereka.betul ke?ini pendapat ak ja.
    Mungkin jugak. ini mentaliti yang biasa bagi CEO sestengah co. besar. diorang selalu memikirkan keuntungan. Of course kalau kita buat bisness kita akan fikir keuntungan. Apa yang menjadi masalah mentaliti sebegini menyebabkan tersekatnya inovatif dan keperluan semasa. Bagi sesetengah CEO mereka takut untuk menjawab kepada "pemegang saham" semasa AGM kenapa kemerosotan pendapatan dan kos perniagaan yang mungkin tinggi bila memperkenal sesuatu yang baru dan memberi manafaat yang besar kepada pelanggan. Kita tahu sesetengah "pemegang saham" ni adalah golongan berpengaruh samada dalam kerajaan atau kelompok tertentu. Jadi kemungkinan CEO tersebut kena letak jawatan atau diletakkan jawatan disebabkan perkara ini...jadi....

    Satu lagi CEO atau board director normally bisness minded bukan tech minded..bagi diorang asal ada cukup...but mereka tak fikir technology cepat berubah.. ini yang menjadi masalah sekarang...satu lagi line internet kat pejabat CEO ni lease line bukan DSL atau ambil package streamyx...line internet diorang memang laa laju so mana diorang perasan speed internet macam yang kita pakai ni... Smile

    Bila dunia bergerak ke IT kita pun nak ikut..ok memang bagus..tapi orang lain inovatif kita still sama.. Now kita tengok pasal mutimedia Super Corridor (gah satu dunia) lebih kurang 10 tahun yang lepas... berapa banyak rakyat biasa macam kita yang dapat direct benefit...tak perlu laa kita fikir benefit kepada korperat. sebab kejayaan sesuatu perkara adalah lebih diukur kepada penerimaan dan memberi benefit kepada rakyat keseluruhan..

    BTW sekarang ni ada nampak satu perkembangan yang menarik bila kerajaan dan telekom realize benda ni..so diorang cadang nak memperkenalkan HSBB (High Speed Broadband) dan sedang dalam ujian disestengah tempat..mengikut apa yang aku baca kita boleh dapat at least 10mbps...BUT berapa harga?????? RM300, RM400 RM????...kalau mahal aku rasa tak kan ke mana-mana pun

    tasek16 blh ak masukkan penulisan ko kat blog ak?
    ak akan bg kredit kat tasek16.
    boleh no prob... Smile
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by AhmadSyazwan Mon Oct 26, 2009 5:51 pm

    apa kata kita pakat ramai2 hantar emel kat TM tentang hal ini.kita buat aduan.
    supaya TM sediakan pakej internet yang laju dengan harga yang berpatutan.
    mungkin 4mb rm50.
    TM terima emel aduan ni daripada 2000 orang mahunya mereka mempertimbangkan permohonan kita.
    sekaligus kita membantu dan menyenangkan hati rakyat Malaysia yang lain.
    haz-one
    haz-one
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 305
    Age : 32
    Location : kole ganu
    Registration date : 05/03/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by haz-one Mon Oct 26, 2009 6:04 pm

    yup

    bgus explaination ko tu

    thanks
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by MalaYneuMaya Mon Oct 26, 2009 10:10 pm

    assalamualaikum...

    kadang2 kita tertgk video yg HD secara tak sengaja..(kat ujung ada &hd=1)..kalu tak penting sgt aku lagi suka tgk version biasa je..melainkan video klip atau video animation/cgi..buang je line &hd=1 tu dah jadi version biasa..

    tapi apa beza hd=1 dgn HQ ? sama je ke?
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by tasek16 Tue Oct 27, 2009 12:03 am

    MalaYneuMaya wrote:assalamualaikum...
    tapi apa beza hd=1 dgn HQ ? sama je ke?
    ada beza

    kat youtube:

    Normal quality: res dia 320x240 ..but sometime res 640x240 depend pada original source. bitrate dia rendah
    HQ= lebih kurang sama dengan normal but bitrate dia lebih tinggi
    HD= res dia 1280x720 dia punya bitrate 1500kbps - 3000kbps

    but macam aku cakap depend pada source sometime normal quality pun lebih kurang macam HQ

    so memang ada bezalaa..kalau speed internet 1 - 2 mb jangan harapla nak tengok HD smooth melainkan download play offline Smile
    avatar
    ScareCreW
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 357
    Registration date : 17/03/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by ScareCreW Tue Oct 27, 2009 10:29 am

    AhmadSyazwan wrote:apa kata kita pakat ramai2 hantar emel kat TM tentang hal ini.kita buat aduan.
    supaya TM sediakan pakej internet yang laju dengan harga yang berpatutan.
    mungkin 4mb rm50.
    TM terima emel aduan ni daripada 2000 orang mahunya mereka mempertimbangkan permohonan kita.
    sekaligus kita membantu dan menyenangkan hati rakyat Malaysia yang lain.
    setahu aku memang sudah ada screamix 4mb di kawasan tertentu.
    tapi kalau awak minta 4mb tapi bayar rm50 sebulan jangan harap la.
    sawi
    sawi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 202
    Registration date : 16/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by sawi Tue Oct 27, 2009 11:38 am

    next year 2010, TM akan mula "jual" product baru, High Speed Broandband (HSBB), tp kawasan yg di'cover' sangat limited. http://www.tm.com.my/about-tm/hsbb/


    andaikata projek ni berjaya, dan kawasan coverage di tambah, maka ada can nak rasa streamyx lebih murah.
    HSBB ni tak silap 100% atas fiber optic, so kawasan2 yg still cable telekom lama tu mcm susah la nak dapat. Member aku, dapat tempias sub sub projek ni, dr maklumat awal, kediaman2 lama mmg susah nak pasang, sbb byk kos, kalau bangunan baru, yg dh fiber optic ready mmg ada harapan tinggi nk dpt service ni.

    Eventually in Malaysia, we will see basic HSBB packages offering network speeds between 20-50Mbps and up to 100 Mbps for consumers while businesses will have maximum network speeds available up to 1,000Mbps (1Gbps).

    kalau kes streamyx slow, etc, dah bertahun org komplen, tp takde tindakan serius pihak berkenaan nak atasi. Tp cuba tgk, bila org2 besar bg komen, mcm baru2 ni somebody dr luar kata susah nak melabur bisnes di malaysia sbb internet slow, susah nak send document antara cawangan etc, baru kita dgr menteri cakap psl broadband, n dlm bajet 2010 pun ada di select pasal broadband rebate Very Happy
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by tasek16 Tue Oct 27, 2009 11:51 am

    sawi wrote:next year 2010, TM akan mula "jual" product baru, High Speed Broandband (HSBB), tp kawasan yg di'cover' sangat limited. http://www.tm.com.my/about-tm/hsbb/

    andaikata projek ni berjaya, dan kawasan coverage di tambah, maka ada can nak rasa streamyx lebih murah.
    HSBB ni tak silap 100% atas fiber optic, so kawasan2 yg still cable telekom lama tu mcm susah la nak dapat. Member aku, dapat tempias sub sub projek ni, dr maklumat awal, kediaman2 lama mmg susah nak pasang, sbb byk kos, kalau bangunan baru, yg dh fiber optic ready mmg ada harapan tinggi nk dpt service ni.
    Itulah yang aku dan mungkin ramai lagi harapkan...luckily area rumah aku memang fiber optic ready...so once implementation sampai kat kawasan aku...harap tak ada masalah untuk install..btw cuma dari segi harga yang masih jadi tanda tanya
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by AhmadSyazwan Tue Oct 27, 2009 2:21 pm

    youtube under google rupanya

    tasek16..can i get ur emel?
    thanks..
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by MalaYneuMaya Tue Oct 27, 2009 2:34 pm

    assalamualaikum...

    tasek16 wrote:
    ada beza

    kat youtube:

    Normal quality: res dia 320x240 ..but sometime res 640x240 depend pada original source. bitrate dia rendah
    HQ= lebih kurang sama dengan normal but bitrate dia lebih tinggi
    HD= res dia 1280x720 dia punya bitrate 1500kbps - 3000kbps

    but macam aku cakap depend pada source sometime normal quality pun lebih kurang macam HQ

    so memang ada bezalaa..kalau speed internet 1 - 2 mb jangan harapla nak tengok HD smooth melainkan download play offline Smile

    tima kasih banyak..paham la sikit dah Very Happy
    avatar
    takberapapandai
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 49
    Registration date : 13/02/2009

    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by takberapapandai Sat Nov 07, 2009 12:35 pm

    aku memang tunggu HSBB tapi utk opis aku le.

    Kalu 10mb kat harga rm400 kira ok sbab sekarang bayar 1mb pun kat rm350.

    dulu vendor aku bagi lease line, la ni tukar ke 1mb IP value (RM150) utk 4pc. Indah khabar dari guna. Bagus lagi lease line 9.6kb, tapi tm dah stop service 9.6kb, dia kata IPvalue boleh bagi service lagi baik. Tengkorak dia.

    La ni vendor satu ni dok salah kan streamyx 1mb aku sebab app. dia sangkut (6pc), tapi bila aku google ,utube ok je. Tak tahu lak 6pc ni ada buat t0rrent, tapi setahu aku dia orang ni blind IT.

    3rd line 1mb streamyx aku ok lak sebab yg guna line ni cuma makcik2 utk tengok email,tv3,blog. Tak jalan pun diorang tak bising.

    So HSBB memang dialu-alukan. cepat sikit utk aku t0rrent movie.

    Sponsored content


    Kenapa Youtube video streaming slow Empty Re: Kenapa Youtube video streaming slow

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 6:44 pm