Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+11
cyberkerisz
XCreator
MalaYneuMaya
Hiruka
Miss U.A
OngBok
hampeh
Falcon
kuro90
ayoi
ScareCreW
15 posters

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    avatar
    ScareCreW
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 357
    Registration date : 17/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by ScareCreW Mon Nov 16, 2009 8:31 am

    Code:
    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mahkamah/20091113090711/Article/index_html
    nota : pautan harian metro hanya berfungsi untuk seminggu sahaja
    Saksi tidak pasti
    Oleh Murni Wan Omar
    murni@hmetro.com.my

    PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.

    Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.

    Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.
    [Ad]

    KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?

    TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.

    KAMAR: Apa ayat itu?

    TARNUZI: Saya tidak pasti.

    KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?

    TARNUZI: Ya.

    KAMAR: (Rujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada hari kejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulis di papan putih?

    TARNUZI: Saya tidak ingat.

    KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?

    TARNUZI: Tidak ada.

    KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?

    TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.

    KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?

    TARNUZI: Saya tidak pasti.

    KAMAR: (rujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsir Surah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayat ini menerangkan sifat orang munafik?

    TARNUZI: Ya.

    KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?

    TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.

    KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?

    TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

    KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?

    TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.

    KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?

    TARNUZI: Ya.

    KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?

    TARNUZI: Tidak boleh.

    KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?

    TARNUZI: Tidak boleh.

    Sementara itu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukan bagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari dari landasan Islam.

    NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?

    TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.

    NAZRI: Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan di dalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan Jais?

    TARNUZI: Ya.

    Dalam prosiding semalam, Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untuk memberi keterangan dalam prosiding akan datang.

    Prosiding bersambung 28 Januari ini.
    ayoi
    ayoi
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1090
    Age : 94
    Registration date : 04/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by ayoi Mon Nov 16, 2009 12:54 pm

    huh tu undang-undang.. ngajar je anak2 anda bini anda suami anda di rumah yang basic.. cam solat baca al quran ...
    dan hukum halal-haram yang sahih .. lelain tu baru minta rujuk yang bertauliah....
    kuro90
    kuro90
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 30
    Age : 34
    Location : hOMETOwn : phg. Studied: gombak JUNgLe
    Job/hobbies : Student, Fighter
    Registration date : 28/08/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by kuro90 Thu Nov 26, 2009 11:16 pm

    kenapa aku rasa cam s*** je bila baca post tuh? Adakah semuanya memerlukan tauliah sehingga benda basic seperti mengajar anak solat juga memerlukan tauliah??
    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Falcon Fri Nov 27, 2009 8:09 pm

    Islam akan musnah kalau semuanya mengikut tauliah. Lebih-lebih lagi bila yang wajar x diberi tauliah tetapi yang tidak layak memperolehi tauliah dengan mudah.

    Aku lebih rela kena denda RM 3,000 tu daripada duduk diam bila seorang bukan Islam datang pada aku bertanya tentang Islam.

    Aku x nak di akhirat nanti kena soal kenapa aku x ajar orang tuh syahadah dan jawapan aku adalah sebab aku x de tauliah.



    Orang yg memperkuat-kuasakan sistem tauliah ni...kalau memberi impak negatif... ada balasannya pada mereka. Lebih-lebih lagi bila mereka mula menghukum 'orang tidak bertauliah' yang layak. Allah SWT tu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Juga Maha Pengampun tapi ramai lupa bahawa seksa Dia juga amatlah keras!



    PS: Aku honest la disini... kes Dr. Asri aku x nak cakap apa. Tapi kalau sampai nak explain pasal Islam pada anak bini dan ajar muqaddam pun x boleh...itu dah penyalahgunaan sistem tauliah namanya. X hairan la anak bini semua rambut perang sembahyang tak mau walaupun bapa warak. Nak ngajar pun x boleh?? Isk.. isk.. follow la sangat tauliah tu. Akhirat nanti Tuhan tanya: "Kenapa tangkap dan penjarakan si fulan?" Nak jawab apa?? Sebab si fulan mengajar anak dia surah Al-Ikhlas tapi x de tauliah???
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by hampeh Fri Nov 27, 2009 9:23 pm

    Patutnya tengok dulu kalau dia ajar tak betul baru amik tindakan .. kalau betul ajaran dia biar jela .
    OngBok
    OngBok
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by OngBok Sat Nov 28, 2009 6:48 pm

    kalau buat undang2 ikut nafsu begitu lah jadinya.
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Miss U.A Tue Dec 01, 2009 9:38 pm

    gud news utk lelaki2 yg tak 'bertauliah' utk lepas tnggungjwb drp membimbing isteri n anak2 ke jalan yg betul...

    tak pyh ajar isteri/anak2 solat, puasa, tutup aurat sbb takde pengiktirafan yg menunjukkan die org yg betauliah dlm bidang ugama...

    p/s: mkin terukla masyarakat Islam hari nih kalo sume terbaca n percayakan artikel kat atas tuh...
    huhuuuu...
    Hiruka
    Hiruka
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 887
    Age : 38
    Location : X: 9956 Y: 6544
    Job/hobbies : PC Maniac
    Registration date : 02/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Hiruka Wed Dec 02, 2009 3:34 pm

    Assalamualaikum,

    Itula kelemahan manusia, bile akal dh x terjangkau lagi pemikiran die..Dibodohkan sendiri dgn agenda atau undang² yg dibuat..
    Kita hanya merancang tuhan menentukan..Yg wajib ttp wajib, Sunat ttp sunat, harus tetap harus..Ilmu semata² tanpa pengamatan dan pemahaman yg mendalam tak guna jugak..Sedangkan menasihati atau cuba membantu saudara baru mendekati islam dipersoalkn, apetah lg hal² sosial lain..Umat akhir zaman semakin pndai ~
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by MalaYneuMaya Wed Dec 02, 2009 10:01 pm

    assalamualaikum...


    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    Bererti:
    Tidak ada sesuatu yang boleh diberi oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik dari didikan yang sempuma.

    (Riwayat al-Tirmizi)

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    Bererti:
    Ajarlah anak-anak dan keluarga kamu segala kebaikan serta didiklah mereka.

    (Riwayat Abdul Razak dan Said bin Mansur)

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    Bererti:
    Didiklah (ajarlah) anak-anak kamu tiga sifat: Pertama; kasih kepada Nabi kamu, kedua: kasih kepada keluarganya, ketiga: membaca al-Quran...

    (Riwayat al-Tabrani)
    XCreator
    XCreator
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 23
    Age : 44
    Registration date : 08/12/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by XCreator Wed Dec 09, 2009 10:08 am

    Hiruka wrote:seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah IndexphpAssalamualaikum,

    Itula kelemahan manusia, bile akal dh x terjangkau lagi pemikiran die..Dibodohkan sendiri dgn agenda atau undang² yg dibuat..
    Kita hanya merancang tuhan menentukan..Yg wajib ttp wajib, Sunat ttp sunat, harus tetap harus..Ilmu semata² tanpa pengamatan dan pemahaman yg mendalam tak guna jugak..Sedangkan menasihati atau cuba membantu saudara baru mendekati islam dipersoalkn, apetah lg hal² sosial lain..Umat akhir zaman semakin pndai ~

    Aku sokong...
    Ilmu utk diamal...
    Bila dah amal baru boleh mengajar org...
    rugi kalau kita ada ilmu tp x ajar org...
    saham lepas mati tuh...
    cyberkerisz
    cyberkerisz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 83
    Age : 38
    Location : Shah Alam
    Registration date : 24/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by cyberkerisz Wed Dec 16, 2009 4:29 pm

    Sedih aku baca post pertama tu. Tak tau mcm mana nk ckp.

    Bukan ke kita dikehendaki ingat mengingati antara satu sama lain? Walaupun ilmu kita sedikit, tapi kita saling berkongsi dan ingat mengingati, ilmu yang sedikit akan berkembang menjadi satu jaringan ilmu yang besar. Tapi, kalau dah keadaan mcm ni, aku rs dah kritikal.

    Ilmu aku tak byk mana. Cuma, isu tauliah ni, sepatutnya ada kelas2 nya. Aku rasa kalau nak ajar tentang Fiqh, Tasawwuf atau nak ajar ilmu2 yang mendalam, memang la perlu ada tauliah. Tapi kalau isu2 semasa, yang mungkin ada kaitan dengan Islam ataupun ilmu2 asas Islam, cth nak ajar orang apa tu Rukun Islam dgn Rukun Iman, perlukah ada halangan sebegitu rupa?

    Wallahualam. Semoga Allah mengampunkan aku kalau ada kesilapan dari kata2ku.
    avatar
    dvdx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 68
    Registration date : 06/12/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by dvdx Wed Dec 16, 2009 6:14 pm

    selangor saja yg sebok dgn tauliah. ust ishak baharom sendiri tak dapat tauliah utk mengajar di selangor.
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Miss U.A Wed Dec 16, 2009 7:14 pm

    ntah, aku sendiri pun tak phm knp TS takleh berpikir secara rasional...mmgle perlu tauliah...tp kalo hal asas pun tak bole nk diajar, maknanya makin ramai la umat2 Islam yg terpesong...

    better close jela topic nih...takot ramai pulak yg tak puas ati ngn topik nih pastu kutuk2 TS..
    Gunso
    Gunso
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 137
    Location : Dalam kokpit zaku...
    Job/hobbies : Smuggling & Trafficking Sayur Sawi
    Registration date : 07/05/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Gunso Wed Dec 16, 2009 10:24 pm

    aku rasa dia bukan nak kita suh ikut undang2 tauliah tuh...

    dia nak kongsi hal realiti yg dah berlaku terjadik kat m'sia hari nih...

    aku pon tak tau hal mcm nih pon bole berlaku hari... cuma harap jangan turun bala sudah...

    takut seh... tapi takde ke org pon bantah undang2 nih...

    nak ajar anak ngaji pon tak bole undang2 berdasarkan islam pe bende... haih...
    sharul
    sharul
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 121
    Location : shah alam/puchong/terengganu
    Job/hobbies : lempang lembu..hehe
    Registration date : 03/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by sharul Wed Dec 16, 2009 10:35 pm

    sape yang bagi tauliah kat Jais nih? pastu orng yang bagi tauliah kat Jais tu ada tauliah ke?pesal aku rasa cam jais ni pun cam sesat je...
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Miss U.A Thu Dec 17, 2009 1:39 am

    Gunso wrote:aku rasa dia bukan nak kita suh ikut undang2 tauliah tuh...

    dia nak kongsi hal realiti yg dah berlaku terjadik kat m'sia hari nih...


    hurmmm...bila baca blik aku pun rase die juz nk share ttg info yg die dpt ni...
    tp sepatutnye die kene mention la, yg tuh bukan dr die...pastu tny la ape pendapat kita...so takdela berlaku slh phm kpd forumer lain...

    aku tgk sume post cm nk hentam die, kesian gakla..huuuuuuu...hurmm TS pun cm tak update je die nye thread nih...senyap je...takde komen..
    avatar
    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 174
    Registration date : 02/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by awi216 Thu Dec 17, 2009 2:00 am

    Pada pendapat aku, niat JAIS tu baik, cuma mgkin perlaksaan tu tak kena gaya. Mmg la bgus ntuk kuatkuasakan sistem tauliah, tp biarlah kena pada tempatnya. Ada orang kata benda ni ada kaitan ngan politik, tapi harap2 tak la kot.

    Sebab kalu politik punya hal, yg putih pun bleh jadi hitam.
    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Falcon Thu Dec 17, 2009 9:32 am

    Niat mmg baik.. bunyinya la. Tapi kalau aku kena tangkap sbb ajar anak aku mengaji... pasti sekali akan aku doakan ke atas semua geng2 JAIS yg terlibat ni.

    Pelaksanaan geng2 agama nih sebenarnya x pernah efisyen pon. Mmg always x kena gaya. Kengkadang nk tangkap orang khalwat kat hotel.. dia ketuk pintu then dia seret lelaki perempuan tuh kuar dengan cukup riuh sampai semua orang nampak. Malu lelaki perempuan tuh. Then bila bawak pergi pejabat baru la ayah lelaki tu datang bawak surat nikah.. rupanya pasangan kena tuduh khalwat tuh baru kahwin.

    Kalau pasangan tuh doakan keburukan atas geng2 pelaksana tuh konfirm dah makbul on the spot... sbb teraniaya. Even kalau mmg bersalah pun.. tugas pelaksana adalah tangkap dan buat hudud. Rejam la sampai mati / sebat sampai 100 kali.. tapi jangan malu kan waktu menangkap tu. Ikut hukum Tuhan betul2... Tuhan x pernah cakap suruh menjerit kuat2 lepas tuh seret orang kena tangkap tuh separuh bogel.

    Malaysia ni semua yg terjadi adalah politik.. yg bagus Selangor sbb kerajaan negeri vs kerajaan pusat.. persoalan muncul seterusnya bahawa JAIS under kuasa / jurisdiction siapa yet at the same time under influence siapa?

    Kalau ajar anak mengaji perlu tauliah... then there's something horribly wrong with the current TAULIAH sistem... masalah.. dan masalah ni boleh bawa kepada semakin kurangnya orang muda yang sujud pada Allah SWT. Ini ultimately akan jadi beban yg jatuh pada pemerintah negara (Sultan dan PM) sbb membiarkan kejatuhan Islam dalam negara sendiri (though aku boleh faham kalau anyone berkuasa mmg nak avoid Islam yg hakiki naik.. sbb Islam yg hakiki dn sebenar2nya akan bawak kejatuhan dari aspek income golongan elite).

    Tapi kalau ajar anak x boleh...lama2 binasa.. mula2 kaum kita sendiri binasa... lama2 terus Tuhan turunkan gempa Bumi jer lagi kasi hapus kita semua dari muka Bumi ni sbb dah x ada yg pandai mengaji. Semua pakat pergi gig and jamming jer... majlis ilmu dah tak wujud sebab tak ada ustaz yang berilmu. Ustaz2 yg tinggal semua tengah syok cruising atas lebuh raya dengan kereta Mercedes / BMW masing2... hanya memberi ceramah agama pada fee about RM 1,000 untuk sejam. Sebab apa?? Sebab golongan ustaz baru nih belajar agama through secularism punya educational era. Where woman and man have the same right that span up to the point perempuan boleh jadi imam masjid untuk sembahyang Jumaat. Ustaz2 yg lama2 tuh semua x de dah... x boleh mengajar sbb x de tauliah. Sbb diorang dari sekolah agama pondok biasa... dan sekolah mcm tu x diiktiraf. Sesetengah yg lain pulak belajar dari tok imam2 Masjid yg alim2... pon x de tauliah. Bila semua mereka ni meninggal... dah x ada golongan pandai agama sebab dulu masa ayah ajar baca Surah Al-Ikhlas polis datang bawak ayah pergi... lepas tuh ayah kena denda RM 10,000 dan penjara. Lepas ayah keluar ayah dah x berani mengajar agama. Orang lain ambil pengajaran dari peristiwa itu.. semua dah x berani nak mengajar anak baca Bismillah sbb takut kena tangkap.



    Tapi janji Tuhan untuk zaman yang seterusnya belum tiba lagi.. iaitu zaman kegemilangan kali ke-2. Islam akan naik... yg gila2 dan x siuman sampai mengajar Quran pada anak kena ada tauliah ni akan jatuh. Kita tengok berapa lama orang2 yg mengeluarkan perintah mengajar anak mengaji / mengucap ni kena ada tauliah akan kekal atas puncak kuasa.

    Aku boleh terima kalau mengajar di masjid / surah kena ada tauliah.. tapi aku x leh terima kalau nak ajar anak baca Surah Al-Ikhlas pun kena ada tauliah.

    Terima kasih pada TS sbb share benda ni...
    cyberkerisz
    cyberkerisz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 83
    Age : 38
    Location : Shah Alam
    Registration date : 24/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by cyberkerisz Thu Dec 17, 2009 11:35 am

    Miss U.A wrote:
    Gunso wrote:aku rasa dia bukan nak kita suh ikut undang2 tauliah tuh...

    dia nak kongsi hal realiti yg dah berlaku terjadik kat m'sia hari nih...


    hurmmm...bila baca blik aku pun rase die juz nk share ttg info yg die dpt ni...
    tp sepatutnye die kene mention la, yg tuh bukan dr die...pastu tny la ape pendapat kita...so takdela berlaku slh phm kpd forumer lain...

    aku tgk sume post cm nk hentam die, kesian gakla..huuuuuuu...hurmm TS pun cm tak update je die nye thread nih...senyap je...takde komen..

    Eh, maaf la kalau ada yang tersinggung. Komen aku hanya berdasarkan kepada info tu je secara umum. Takde kaitan dgn org yg post, sebab aku tak komen atau bidas mana2 individu. Semua secara umum berasaskan kepada info pada awal topik.

    Aku rasa org yg post tu hanya sekadar nk berkongsi info. Dia tak salah apa2 pon, cuma mungkin dia terlupa nk bagi sedikit komen atau ulasan. Biasa la, manusia selalu terlupa dan tak bermakna dia sengaja.

    Sekali lagi, aku rasa orang lain pon komen berdasarkan kepada berita/ artikel tu. Sama cam aku, takde niat untuk hemtam org yang post. Maaf sekali lagi kalau ada yang terasa.
    cyberkerisz
    cyberkerisz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 83
    Age : 38
    Location : Shah Alam
    Registration date : 24/03/2009

    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by cyberkerisz Thu Dec 17, 2009 11:48 am

    Komen cukup jelas dari Falcon. Sudah sampai masa untuk para professional dan golongan agama duduk semeja, berbincang dan lakukan kajian lanjut terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Selesaikan masalah yang asas seperti isu yang kita bincangkan kat sini dan satu lagi isu Halal (tak nak komen lanjut, nnt keluar topik).

    Tapi bagi kita orang biasa ni, mungkin kita boleh mulakan seperti di sini, berbincang secara elok dan kepada yang ada ilmu dalam bidang2 berkaitan, mungkin dapat berkongsi dalil dan rujukan untuk tatapan semua.

    Smile Terima kasih.

    Sponsored content


    seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah Empty Re: seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 8:29 am