Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Syarat Dan Peraturan

    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Syarat Dan Peraturan Empty Syarat Dan Peraturan

    Post by ogGy Tue Nov 24, 2009 12:35 am

    Assalamualaikum wbt...

    Putera Forumotion sekarang semakin berkembang dan bilangan ahli semakin bertambah, berserta dengan ini juga saya selaku moderator di bahagian kesihatan, ingin memperjelaskan syarat dan peraturan di bahagian ini.

    1- Semasa membuka topik baru, anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan bahagian ini untuk urusan perniagaan.Sekiranya anda berminat untuk melakukan urusan tersebut,sila ke bahagian Cenderahati .Sebelum memulakan urusan perniagaan anda,pastikan barangan yang disiarkan mempunya ciri-ciri yang ditetapkan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia ( KKM ) seperti No MAL,sticker PBKD dan status pengilang.

    2- Topik yang ingin dibuka, mestilah bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua ahli di dalam forum ini.Sebarang topik yang tidak bermanfaat,tidak dibenarkan sama sekali berada diruang kesihatan.Tindakan susulan akan diambil oleh pihak moderator atau pihak pengurusan.


    3- Sebarang petua/atau sebagainya mestilah menggunakan bahan yang selamat dan diluluskan oleh KKM.Ini untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian tidak diingini pada si PENGAMAL. Pihak pengurusan forum tidak akan bertaggungjawab ke atas kejadian tersebut dan segala risiko hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh si PENGAMAL .

    4- Pihak moderator/pengurusan berhak untuk mengemaskini semula "post" anda sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya disiarkan pada ahli dan pengunjung luar forum ini.

    5- Sila lakukan pembalasan topik secara berhemah dan elakkan dari terdapat unsur perkauman,bangsa,agama,kepercayaan dan sebagainya.

    6 - Sekiranya anda mempunyai cadangan dan pendapat,sila PM moderator untuk tindakan selanjutnya...


    Sekian,

    " Majulah PUTERA untuk PUTERA.." cheers

    Moderator

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 8:36 pm