Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Sila ambil perhatian: Peraturan di sub Wayang, Muzik dan Majalah

    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Sila ambil perhatian: Peraturan di sub Wayang, Muzik dan Majalah Empty Sila ambil perhatian: Peraturan di sub Wayang, Muzik dan Majalah

    Post by MalaYneuMaya Tue Nov 24, 2009 5:30 pm

    assalamualaikum WBT...

    berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di sub wayang, muzik dan majalah, sila ambil perhatian dan beri kerjasama

    bahasa

    > bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali
    > penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya
    > penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan

    hormat

    > jangan memperlekeh pendapat dari ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah
    > dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran
    > hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu anda

    membalas/membuka topik

    > sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik
    > topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan wayang, muzik dan majalah sahaja
    > tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain
    > ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja
    > elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik
    > 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan
    > artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibaca

    perkongsian media

    > 'direct link' dlm mana-mana pos yang bertujuan berkongsi media tidak sah adalah tidak dibenarkan
    > ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana media yg dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber
    > sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai media yg dikongsi
    > dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak
    media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel

    terima kasih di atas kerjasama anda

    **pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 2:38 am