Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


3 posters

    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana... Empty Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Post by Falcon Sat Nov 28, 2009 11:55 am

    Assalamualaikum semua...

    Dengan izin dan rahmat Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Penyayang kepada kita semua... aku dapat idea untuk buat thread ni.


    Tujuan thread ni adalah untuk kita sama-sama x kira la sapa pun, tua ke.. muda ke.. lelaki ke.. perempuan ke.. miskin ke.. kaya ke.. untuk sama-sama berkongsi apa-apa hadis atau kata-kata hikmah yang kita dengar atau baca.. mungkin dari Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri.. atau dari pakar-pakar motivasi ke.. sesiapa yang mengeluarkan kata-kata hikmah tersebut (kalau hadis tentu sekali datangnya dari Baginda S.A.W).

    Sekadar untuk dijadikan peringatan dan pengubat kepada hati kita yang sepanjang masa lalai dan merana ni...



    Aku mulakan dulu... kalau share pasal hadith.. aku mungkin sekali akan masukkan gak hadis-hadis dha'if (pada aku selagi x bertentangan dengan syara' maka aku akan share jer).

    Harap forummers lain pon boleh join sama-sama kita meriahkan thread ni.

    Kalau ada nak komen paper pon sila-sila lah... Very Happy





    Kata-Kata Hikmah
    ================


    Dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya 'Wasiat & Nasihat Kerohanian'.. telah disampaikan:

    "Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."

    Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Majlis 40 - Keimanan Hanya Tumbuh Di Dalam Hati Yang Lembut (disampaikan di Madrasah al-Ma'murah, hari Ahad, 14 Rejab 545H)
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana... Empty Re: Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Post by Jedi Sat Nov 28, 2009 1:42 pm

    Aku pernah baca satu buku himpunan kisah2 para sahabat.
    Tebal buku dia...2 inci kot.

    Best.
    Boleh jadikan panduan hidup.
    Antaranya, Nabi SAW tegur sahabat yang pakai baju warna merah.
    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana... Empty Re: Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Post by Falcon Sat Nov 28, 2009 1:52 pm

    ada satu lagi buku bagus gak kalau nak story2 camtuh... tajuk dia 'Bingkisan Mutiara'. X ingat karya siapa... tapi ada nama Imam Suyuthi disitu. Keluaran Pustaka Nasional from Singapore.


    Masyuk buku dia...
    putra179
    putra179
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 51
    Age : 42
    Location : kedah-pahang-kuching-n9
    Job/hobbies : IT Department
    Registration date : 21/06/2009

    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana... Empty Re: Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Post by putra179 Wed Feb 03, 2010 5:00 pm

    Menjauhi Tujuh Dosa Besar

    Hadith :
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

    Riwayat Muslim



    Huraian
    1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

    i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
    ii. Sihir
    iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
    iv. Memakan harta anak yatim
    v. Memakan riba
    vi. Lari dari medan pertempuran
    vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

    2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
    3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.
    Spoiler:

    Sponsored content


    Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana... Empty Re: Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan merana...

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu May 02, 2024 8:27 pm