Meh ler aku buat review sket pasal filem ni.
Kebanyakan pelakon merupakan pelakon "baru" kecuali pelakon macam Chow Yun Fat dan James Marsters. Siapa kaki Buffy The Vampire Slayer & Angel mesti kenal James Marsters, mamat yang pegang watak Spike, vampire berambut putih tu. Dari segi lakonan, ok ler. Ada orang kata lakonan Justin Chadwin tak berapa ok. Ada sesetengah part memang ada nampak sket kelemahan dia sebagai pelakon muda, khususnya dalam adegan sedih. Tapi dari segi mimik muka, aku rasa dia agak sesuai jugak dengan watak Goku, cuba perhati mata dia bebetul. Dari segi penyesuaian watak, walaupun ada kelemahan tapi perwatakan asal watak masih ada pengekalan. Goku masih lagi seorang yang ala bodoh-bodoh dan pelahap, Muten Roshi masih lagi ada sket kaki perempuan, Bulma masih lagi ada sket "tomboyish". Watak Yamucha tak berapa menonjol mungkin disebabkan peruntukan masa yang terlalu sedikit untuk compact semua sekali, tapi dia still seorang perompak pada asalnya. Chi-Chi masih lagi ok, sifat "queen control" dia takde, tapi dalam manga/anime pun dia jadik camtu lepas kahwin, so aku rasa no problem sangat. Pendek kata, kalau dari segi lakonan kira ok ler, a little bit above average.
Secara peribadi, aku tak nampak cacat sangat jalan cerita keseluruhan kalau dikira dari segi adaptasi dan peruntukan masa. Perlu diingatkan bahawa watak Piccolo dalam DB:E ni lebih kepada Piccolo (bapak), bukan Piccolo (anak). Disebabkan mungkin ramai yang expect Piccolo (anak) maka dari segi tu mungkin timbul pertikaian. Tetapi jika diambil kesimpulan Piccolo dalam DB:E lebih kepada Piccolo (bapak), sebenarnya takde masalah. Dalam DB:E peranan watak Raja Pilaf diganti dengan Piccolo. Oleh sebab untuk menunjukkan perkaitan, watak Mai, pembantu Raja Pilaf dikekalkan sebagai pembantu Piccolo. Elemen-elemen lain juga sedikit sebanyak cuba dikekalkan supaya tak lari terlalu jauh.
Walaupun filem ni boleh dikatakan filem low budget (takde ler rendah sangat aku rasa), tapi untuk sebuah filem ringan aku rasa ia agak menghiburkan juga. Dan perlu diingat, DB:E bukan filem Dragonball pertama yang keluar live-action. Tahun 1989 dulu, Hong Kong dah buat filem unofficial berdasarkan Dragonball, tajuk dia Dragon Ball: The Magic Begins. Aku bukan nak kata apa, siapa yang dah tengok DB:E, banding sendiri ler dengan filem pertama tu. DB:E nampak lebih matang dari segi storyline dan karekter. Of course, ada yang akan kata lebih baik filem yang pertama, tapi rasanya kalau dikira market untuk penonton yang tak tahu menahu langsung pasal Dragonball, rasanya penonton tu boleh terima tak? Ni link aku bagi, check sendiri:
Dragon Ball: The Magic Begins - http://en.wikipedia.org/wiki/Dragon_Ball:_The_Magic_Begins
Youtube part 1 - https://www.youtube.com/watch?v=jX38JOO1lTY
(part lain cari sendiri, ada 9 part)
Seperti apa yang dikatakan oleh Akira Toriyama sendiri:
As the original creator, I had a feeling of "Huh?" upon seeing the screenplay and the character designs, but the director, all the actors, the staff, and the rest are nothing but "ultra" high-caliber people. Maybe the right way for me and all the fans to appreciate it is as a New Dragonball of a different dimension. Perhaps, this might become a great masterpiece of power! Hey, I look forward to it!!
Sebab tu sebelum aku masuk panggung, aku dah expect satu suasana yang agak berlainan dari yang asal. Of course, kalau nak dikatakan ada kelemahan, memang masih ada. Tapi DB:E masih lagi satu filem yang agak menghiburkan. Untuk filem Dragonball: Evolution, aku bagi:
6/10