Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


2 posters

    Penyelesaian Masalah Matematik

    avatar
    hjali11
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 27
    Age : 44
    Registration date : 12/11/2009

    Penyelesaian Masalah Matematik Empty Penyelesaian Masalah Matematik

    Post by hjali11 Thu Nov 19, 2009 3:21 pm

    Masalah merupakan suatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan itu dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya.Mereka hendaklah menentukan strategi dan kadeah penyelesaian terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaian.

    Pengertian masalah boleh diperjelaskan lagi dengan membezakan istila-istilah soalan, latihan dan masalah.Soalan merupakan suatu situasi yang boleh diselesaikan dengan mengingat semula dan menghafal.Latihan pula adalah suatu situasi yang melibatkan latih-tubi yang mengukuhkan kemahiran menggunakan suatu algoritma yang telah diajar.Masalah pula ialah suatu situasi yang memerlukan analisis dan sintesis pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikannya.

    Suatu masalah harus memenuhi tiga syarat iaitu penerimaan, sekatan atau halangan dan juga penerokaan.Sesesorang individu harus menerima sesuatu masalah itu.Dia harus mempunyai motivasi untuk menyelesaikan masalah sama ada motivasi dalaman atau luaran, atau keinginan untuk mengalami keseronokan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Cubaan awal seseorang individu untuk menyelesaikan sesuatu masalah biasanya tidak berhasil kerana adanya sekatan atau halangan.Penglibatan individu dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah harus melibatkan cara baru (penerokaan).

    Berasaskan makna konsep masalah tadi, kita boleh mentakrifkan penyelesaian masalah sebagai proses yang terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam suatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi.Penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu memahami soalan masalah, merancang strategi penyelesaian , melaksanakan strategipenyelesaian dan menyemak masalah serta penyelesaiannya semula.
    iznie
    iznie
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 243
    Age : 38
    Location : BUMI ALLAH
    Job/hobbies : GIGIT KUKU
    Registration date : 07/10/2009

    Penyelesaian Masalah Matematik Empty Re: Penyelesaian Masalah Matematik

    Post by iznie Thu Nov 19, 2009 3:22 pm

    ai laik matematik =)

      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 8:33 am