Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+6
afizsxp
szainizam
SouthSider
Putera Al-Farid
TJ-Ariff
BasicCX
10 posters

    Maulidur Rasul

    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Maulidur Rasul

    Post by BasicCX Thu Mar 05, 2009 7:40 am

    Assalamualaikum w.b.r.

    Maulidur Rasul


    Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


    Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.


    Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.


    Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


    Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.


    Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.


    Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

    Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal1426H/maulud.htm


    Maulidur Rasul Salammaulid


    Last edited by BasicCX on Fri Mar 06, 2009 10:55 am; edited 1 time in total
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor


    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by TJ-Ariff Thu Mar 05, 2009 4:37 pm

    no comment just to say Alhamdulillah..
    avatar
    Putera Al-Farid
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 15
    Registration date : 05/03/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by Putera Al-Farid Thu Mar 05, 2009 7:18 pm

    Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

    Menyebut tentang Maulid nabi ni,ada pelbagai keistimewaan dan kelaziman yang biasa dilakukan oleh umat Islam untuk meraikannya..
    Sedarkah kita bahawa,tatkala kita meraikan maulid nabi ini,baginda telah s.a.w telah tiada di sisi kita..yang ada hanya Islam yang di bawa baginda..tetapi sambutan maulid nabi ini pasti berterusan sampai akhirnya..oleh itu ayuhlah kita kenang jasa baginda dan segala pengorbanan yang telah dilakukan baginda..ayuhlah kita segarkan kembali ingatan kita dengan segala pesanan baginda.

    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
    SouthSider
    SouthSider
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 195
    Age : 38
    Location : dari Selatan nak ke Utara
    Registration date : 17/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by SouthSider Thu Mar 05, 2009 7:39 pm

    tumpang lalu
    sempena maulidur rasul nie
    apa perkara sunat yang boleh kita buat ?
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by szainizam Fri Mar 06, 2009 7:50 am

    Mari kita hidupkan kembali sunah nabi....

    sebagai umat....paling penting...BERAZAM nak jaga solat..Niat, buat dan buat berterusan...
    avatar
    Putera Al-Farid
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 15
    Registration date : 05/03/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by Putera Al-Farid Fri Mar 06, 2009 11:08 am

    Salam ukhuwwah...
    Andainya teringat di hati kita bila tibanya mauli nabi sudah tercatit pahala untuk kita...
    Jadi antara yang dpt dilakukan ialah berselawat lah sebanyak mgkin ke atas nabi.
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by szainizam Fri Mar 06, 2009 11:47 am

    Bukti Cinta Kita Kepada Rasulullah S.A.W :-

    1. MENTAUHIDKAN ALLAH

    2. MEMPELAJARI AL-QURAN, MEMAHAMINYA, MENGAMALNYA DAN MENYEBARKAN AJARANNYA

    3. MENTAATI SUNNAH NABI

    4. MENYEBARKAN SUNNAH NABI

    5. SENTIASA MEMUJI DAN MENGINGATINYA

    6. MENCINTAI MEREKA YANG MENCINTAI NABI

    7. BENCI ORANG YANG MEMUSUHI NABI

    8. MEMBELA NABI DARI SERANGAN MUNAFIK
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor


    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by TJ-Ariff Fri Mar 06, 2009 3:28 pm

    Buktikan !... , Buktikan !... , Buktikan !...

    Very Happy
    avatar
    Putera Al-Farid
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 15
    Registration date : 05/03/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by Putera Al-Farid Fri Mar 06, 2009 7:50 pm

    salam..
    tetapi yang paling penting ialah,apakah usaha kita?usaha untuk ke arah amar makruf nahi mungkar?kita adalah khalifah di muka bumi ini.jadi kewajipan kita untuk memakmurkannya..tapi sekarang?di mana pesan nabi kita dahulu?adkah kita ini sekarang ibarat puing2 di lautan?

    maksiat berleluasa,terang2 di depan mata?jadi apa tindakan kita?ini yang patut kita tanya pada diri kita?ape yang kita akan jawab bila bertemu dengan Allah kelak...jadi sempena maulidur rasul kali ni,ayuhlah kita kembali kepada fitrah sebenar seorang mukmin dan mukminat sejati..tiap2 sesuatu dimulakan dengan niat dan tiap2 niat yang baik adalah pahala dan pahalanya adalah sama dengan amalan yang diniatkan...wallahu aklam

    yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk juga datang dariNya asbab diri kita.
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by szainizam Fri Mar 06, 2009 8:07 pm

    betul....mulakan dari diri sendiri dan dari rumah...
    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by BasicCX Sat Mar 07, 2009 1:50 am

    Mari kita ikuti sedikit kisah ketika detik kewafatan Rasulullah S.A.W yang kita cintai dan sayangi:


    AIR MATA RASULULLAH SAW

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

    Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

    Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

    Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

    “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
    berada di dalamnya,” kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

    Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

    Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku”

    Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..


    Anas bin Malik r.a. berkata: “Ketika roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”



    .
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by szainizam Sat Mar 07, 2009 8:40 am

    Mari sama2 kita selawat kepada nabi....

    p/s teringat masa di sana....
    afizsxp
    afizsxp
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 104
    Age : 41
    Location : Bukit Tinggi,Klang
    Job/hobbies : Stc
    Registration date : 14/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by afizsxp Sat Mar 07, 2009 9:47 am

    Sebak bile nabi berkata

    “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku"
    need
    need
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Age : 36
    Location : Sarawak
    Job/hobbies : Computer
    Registration date : 13/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by need Sun Mar 08, 2009 11:24 pm

    As'salamualikum...

    Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua...
    Mari kita banyak kan selawat ke atas nabi agar kita memperolehi keberkatan...
    Semoga kita meningkatkan ilmu serta iman kita kepada Allah S.W.T...amin
    ryna168
    ryna168
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 346
    Age : 42
    Registration date : 03/03/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by ryna168 Mon Mar 09, 2009 12:07 am

    Salam maulidur rasul wat semua..bersama2 kita berselawat ke atas Rasullullah S.A.W..
    Mr_Iz
    Mr_Iz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 85
    Location : MY
    Job/hobbies : Chargeman
    Registration date : 14/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by Mr_Iz Mon Mar 09, 2009 12:19 am

    SALLAHALAIWASSALAM..

    Salam MaulidurRasul buat semua..
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by szainizam Mon Mar 09, 2009 2:59 am

    SALAM MAULIDUL RASUL


    Sallallah A'la Muhammad ! Sallah A'laihi wa Salam!

    Fikir-fikirkanlah Firman ALLAH :

    Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai LEBIH daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)
    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by BasicCX Tue Mar 10, 2009 11:46 am

    Ya Nabi S.A.W aku cinta pada mu namun cintaku tidaklah sebesar mana
    cinta mu pada umut mu... Ya, Allah Engkau tempatkanlah &
    muliakanlah kekasihMu ini dikalangan penduduk langit dan bumi...
    streamyx
    streamyx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 82
    Location : Federal Territory of Kuala Lumpur
    Registration date : 05/03/2009

    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by streamyx Thu Mar 12, 2009 2:42 am

    Bagaimana kecintaan kita kpd baginda Rasulullah s.a.w?
    Ya Rasulullah salaamun 'Alaik.

    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا يؤمن أحدكم, حتى أكون أحب إليه من والده, ووالده, والناس أجمعين Very Happy

    Nabi s.a.w bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu,
    hingga dia mengasihi aku lebih daripada anak-anaknya,
    kedua ibu bapanya, dan juga manusia keseluruhannya".

    Wallahu A'lam.
    ً
    Alhamdulillah puteranian semuanya tidak pernah lupa kepada baginda Nabi s.a.w
    Puteranian cintakan Nabi s.a.w! Very Happy

    Sponsored content


    Maulidur Rasul Empty Re: Maulidur Rasul

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun Apr 28, 2024 1:09 am