by @mirul1991 Mon Dec 21, 2009 12:07 pm
Assalamualaikum
Begitulah kehidupan kite seharian, mulakanlah bicara dengan salam, karena sesungguhnya salam itu adalah satu doa yang saling mendoakan antara umat Muhammad. Inilah yang perlu dibudayakan dalan kehidupan termasuk ketika berforum. Mengapa..? Kerana niat kita berforum itu adalah untuk menuntut ilmu.
Perbuatan yang dilakukan oleh budak dalam video itu sememangnye boleh diumpamakan seperti "Bom Jangka". Hal ini disebabkan setelah sekian lama kita hidup dalam keadaan aman tanpa perbalahan kaum boleh boleh musnah sekelip mata hanya gara-gara beberapa orang kanak-kanak tersebut. Terus terang saya katakan, perlu kita panggilnya kanak-kanak kerana kanak-kanak kurang didikan moral, kesempurnaan akal, kebolehupayaan untuk berfikir secara rasional dan lemah daya pemikiran.(Sentiasa Negatif)
Pada pendapat saya, perbuatan kanak-kanak tersebut bukan sahaja memalukan, bhkan mencalarkan keluarga,Ibu bapa yang melahirkan serta agamanya kerana perbuatan terkutuk tersebut dilakukan di dalam rumah ibadatnya sendiri. Umpama menconteng Arang Ke Muke Sendiri. Cukup memalukan. Bukankah kita tidak kia apa agama sekalipun dilarang mengutuk dan mencerca agama lain sekali pun. Perbuatan kanak-kanak ini juga umpama Nila Setitik Yang Merosakkan Susu Sebelanga.
Kita sebagai umat Islam harus sedar, di zaman globalisasi ini telah banyak berlakunya perkara yang menyindir idoelogi atau pemiiran Islam. Cuma kita tidak tahu sahaja kerana kita adalah manusia. Sentiasa Alpa dan leka dek pembangunan yang akhirnya menenggelamkan diri kita sendiri. Oleh yang demikian sedarlah siapa sebenarnya kita. Pada masa yang sama juga, video yang dipaparkan itu hanyalah "KANAK-KANAK HINGUSAN". Cuba bayangkan, kalau mereka yang "Sebegitu" berani melakukan sedemikian apatah lagi mereka yang dewasa. Fikirkan lah.............