Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


4 posters

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    avatar
    amri5987
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 2
    Registration date : 26/02/2009

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by amri5987 Fri Dec 18, 2009 6:18 pm

    Salam programmer2 semua..
    Tentu ramai antara kita yg ingin memiliki kemahiran menaip terutamanya sebagai seorang jurutaip kerana dengan adanya kemahiran ini, seseorang dapat menjalankan aktiviti di hadapan PC masing-masing dengan mudah seperti chatting, posting entry blog, email, typing coding dan sebagainya yang memerlukan keyboard untuk menaip.

    Tips yg akan saya berikan ini insyaAllah amat berkesan bagi meningkatkan kemahiran menaip kita.
    Tetapi, tips2 ini ditujukan bagi mereka yg pernah belajar menaip dengan cara yang betul tanpa melihat keyboard, tetapi tidak berpuas hati dengan kelajuan menaipnya. Namun bagi mereka yg masih belum mempelajarinya, bolehlah membeli atau mendapatkan software menaip seperti 'Mavis Beacon Teaches Typing'.

    Sebenarnya tahap kelajuan menaip saya ini masih belum mencapai tahap advanced, namun saya rasa tidak salah kalau saya nak kongsikan tips2 ini dan saya juga tidak sabar2 untuk kongsikannya kpd orang lain. Very Happy

    Selepas sebulan saya belajar menaip menggunakan software 'Mavis Beacon' sambil2 mengisi masa boring waktu cuti sekolah, saya telah mencapai kelajuan sebanyak 30 Word per Minutes (WPM). Kemudian setelah lebih kurang setahun, kelajuan menaip meningkat kepada 40WPM, peningkatan yg sedikit mungkin sebab jarang buat latihan. Dalam 6 bulan kemudian, walaupun sudah banyak kali buat latihan menaip, tetapi kelajuan masih tetap dalam lingkungan 40WPM jugak. Puas mencari pelbagai tips dari internet, tetapi, masih tetap sama jugak. Sambil2 buat latihan, saya berfikir, bagaimana nak tingkatkannya.. lama-lama barulah saya dapat tips tu.. Semasa menggunakan tips tu, dengan serta merta, dari 40WPM meningkat menjadi 50WPM dan menjangkau 60WPM. Alangkah gembiranya saya pada waktu tu.. huhu..

    Then lama-lama, saya terlupa akan tips tu.. hinggalah apabila saya praktis, kelajuan hanya sampai 50WPM lebih jer... selepas lebih kurang 6 bulan (iaitu dlm minggu ni) barulah saya ingat balik tips tu.. sebelum ni (waktu cuti akhir semester) dah 20 hari lebih saya praktis menaip, sejam sehari, asyik 50WPM lebih jer, susah untuk tingkatkannya.. kemudian bila saya guna tips tu, suatu yang mengejutkan saya bahawa, kelajuan menaip saya telah mencecah sehingga 80WPM, tapi takleh maintain. Sekarang saya hanya bleh maintain menaip antara 60WPM hingga 70WPM sahaja. Target 80WPM utk dlm masa 1 minggu. Misi lak 120WPM dlm masa setahun.. huhu..

    Nanti saya akan kongsikan tips tu pada lain waktu.. huhu

    Smile
    the_ultimatez_najman
    the_ultimatez_najman
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 521
    Age : 30
    Location : Shah Alam,Selangor
    Job/hobbies : Pc,Pc,Pc
    Registration date : 19/02/2009

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Re: Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by the_ultimatez_najman Fri Dec 18, 2009 7:27 pm

    dulu aku main taip je..skrg ari2 depan pc..da hafal kedeudukan huruf..
    cume x leh taip smpil pndg monitor...huhuh x pro lagi..
    betik
    betik
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 204
    Registration date : 15/03/2009

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Re: Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by betik Fri Dec 18, 2009 8:02 pm

    nak jadi programmer tak perlukan kepantasan menaip tahap halilintar...lagipun bila menaip coding, tahap kelajuan mengopy-paste(kebiasaannya variable2, object class) pakai shift+arrow, shift+end, etc (bkn right-click, copy Very Happy) diperlukan lebih dari tahap kelajuan menaip...

    dan kebanyakan programmer handal2 yang aku kenal, semua tahap menaip diorang biasa2 je...nak2 bila menaip perkataan penuh sebab diorang dah terbiasa menaip perkataan ala bukan2 Very Happy...

    dan aku rasa, silap section ni Very Happy...bahagian "hobi dan kehidupan" lagi sesuai kut...
    anyway, sila la berkongsi rahsia menaip laju...ramai jugak nak tahu...
    avatar
    amri5987
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 2
    Registration date : 26/02/2009

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Re: Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by amri5987 Fri Dec 18, 2009 10:39 pm

    Btul tu.. programmer tak perlukan kepantasan menaip dengan laju..
    tapi, kalo laju akan memberikan kita kelebihan..

    Sori kalo silap section, confius tak tau nak letak section mana.. huhu

    Ok.. ni dia tips nye..

    TIPS MENAIP LAJU

    1. Menumpukan ketepatan daripada kelajuan
    - ini adalah kerana perkataan yang ditaip dengan tepat akan membantu kelancaran.
    - manakala perkataan yg ditaip salah akan menyebabkan kelancaran terbantut
    - jadi, janganlah sesekali risau dengan kelajuan, taiplah dengan kelajuan yang termampu sahaja
    - kelajuan akan meningkat dengan sendirinya apabila membuat latihan
    - jadi, ketepatan lebih utama daripada kelajuan, kerana tidak ada gunanya kalau laju tetapi tidak tepat
    - manakala ketepatan akan membantu kelajuan

    2. Memberi arahan melalui minda
    - sebenarnya, minda kitalah yang memberi arahan kepada jari-jari kita untuk bergerak dan menekan butang tertentu
    - sekiranya kita tersalah taip, ini adalah kerana minda kita telah memberi arahan yang salah.
    - percayalah bahawa, jari-jari kita tidak pernah melakukan kesilapan dan ia selalu mengikut apa yang diarahkan
    - tetapi yang melakukan kesalahan adalah minda kita kerana kesilapan memberi arahan
    - pastikan apa yang kita hendak taip adalah jelas dan berada dalam kawalan minda kita
    - jangan memberi arahan kepada jari kita untuk menekan kecuali memberitahu apa yang perlu ditekan
    - kerana ia akan membuatkan banyak jari yang gatal menekan secara rambang
    - sekiranya jari kita terasa kaku untuk menekan butang, ini adalah kerana berlaku konflik pada arahan

    3. Latihan
    - jari kita tidak memerlukan latihan tetapi sebaliknya minda kitalah yang memerlukan latihan
    - sebenarnya kita melatih minda kita untuk memberi arahan dengan tepat
    - serta membiasakan minda kita untuk memberi arahan dengan lebih laju
    - jangan menyangka bahawa jika kita melatih tangan untuk menaip laju, kelajuan menaip kita akan meningkat
    - sesiapa pun boleh menaip dengan kepantasan maksimum dengan syarat apa yang ditaip tidak semestinya tepat
    - jangan buat latihan semasa minda kita kepenatan.

    p/s: mungkin ada kaitan dengan penggunaan minda bawah sedar
    LanoG
    LanoG
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 537
    Location : Petaling Jaya
    Job/hobbies : Basuh Pinggan
    Registration date : 04/05/2009

    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Re: Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by LanoG Sun Dec 20, 2009 12:25 am

    Aku akan pindahkan ke Bahagian Sumber Maklumat memandangkan banyak tips berguna untuk meningkatkan kelajuan menaip.

    Sponsored content


    Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip Empty Re: Tips Meningkatkan Kelajuan Menaip

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 11:12 pm