Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+6
bob76
muraicherang
lampusuluh
benchoz
slaughters
szainizam
10 posters

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Mon Feb 16, 2009 10:22 am

    Ini merupakan panduan atau maklumat secara ringkas berkenaan cara berurusan di Mahkamah khasnya di Mahkamah Syariah di Malaysia. Saya terpanggil untuk membuat panduan ini kerana melalui pengalaman saya yang serba kekurangan ini, terdapat ramai orang termasuk saya sendiri yang ada keperluan di Mahkamah dan ingin berurusan di Mahkamah buat PERTAMA KALI pasti merasa bimbang, takut dan fobia mendengar Mahkamah. Pendek kata, bila dengar perkataan Mahkamah saja, dah rasa kecut perut, bimbang dan sebagainya.

    Selain rasa ingin berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan, masyarakat dapat mengetahui hak, keperluan dan apa yang perlu disediakan sebelum membuat urusan di Mahkamah. Banyak yang kita dengar dan saya lihat sendiri, mereka yang datang dari jauh dan ambil cuti bekerja datang ke Mahkamah dengan tujuan untuk membuat tuntutan tetapi pulang hampa apabila mengetahui Mahkamah yang mereka pergi tidak ada berbidangkuasa, dokumen yang tidak lengkap dan sebagainya kerana mereka pergi ke Mahkamah dengan tidak atau tanpa maklumat.

    Kadang kala terdapat pelanggan yang datang mahukan kes mereka diselesaikan dengan segera. Dalam fikiran mereka, sekiranya kes mereka difailkan pada hari ini, hari ini jugalah mereka akan mendapat keputusannya. Hari ini juga mereka boleh bercerai, hari ini juga mereka boleh mendapat hak jagaan anak dan hari ini juga mereka boleh mendapat harta sepencarian.

    Biasanya jangkamasa atau tempoh sesuatu kes adalah bergantung kepada banyak faktor. Ada kes dalam satu bulan boleh selesai dan ada juga kes yang mengambil masa 6 bulan hingga setahun, malah ada juga kes yang diselesaikan setelah beberapa tahun. Antara faktor yang mempengaruhi cepat atau lambatnya sesuatu kes itu dapat diselesaikan ialah bergantung pihak-pihak itu sendiri, pihak mahkamah, peguam (sekiranya anda menggunakan khidmat peguam) dan berdasarkan kes itu sendiri

    Sebab pertama ialah datangnya dari pihak-pihak iaitu pihak penuntut dan pihak yang kena tuntut. Kehadiran pihak-pihak di Mahkamah pada masa yang ditetapkan adalah penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sesuatu kes. Sekiranya antara kedua pihak tidak hadir pada masa yang ditetapkan, Mahkamah terpaksa menangguh kes tersebut ke suatu tarikh yang akan datang dan ini pasti melewatkan kes tersebut. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes, Mahkamah boleh dengan budibicara dan dengan kuasa yang ada, menjalankan terus prosiding walaupun tanpa kehadiran pihak-pihak. Terdapat juga kes yang mana Mahkamah terpaksa menutup kes tersebut kerana kegagalan pihak yang menuntut hadir ke mahkamah.

    Sebab kedua melalui pengalaman saya datangnya dari pihak Mahkamah. Biasanya dalam hal ini, ia berlaku disebabkan antara lain ialah para hakim berkursus, ada persidangan dan lain-lain lagi perkara yang tidak dapat dielakkan yang mana tarikh tersebut bertindih dengan tarikh di mana kes-kes yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Jadi, mahu atau tidak, kes-kes yang ditetapkan terpaksa ditangguh atau hanya diberi tarikh sebutan yang akan datang oleh pihak yang bertugas. Ada satu kes yang dilaporkan, setiap kali tarikh sebutan kes tersebut telah ditetapkan, bila tiba harinya terpaksa ditangguh oleh Mahkamah dan perkara ini berlanjutan sehingga beberapa kali. Jadi, hakim perlu dan patut bertindak bijak dengan menetapkan dua atau tiga tarikh sekali gus mengelakkan dari berlakunya pertangguhan kes dalam jangka masa yang lama.

    Sebab lain ialah berdasarkan peguam yang dilantik. Kata orang, kejayaan sesuatu kes di Mahkamah adalah bergantung sejauh mana berpengalamannya peguam yang mewakili anda. Peguam yang bijak serta berpengalaman mampu menilai dan mengagak selama mana sesuatu kes yang dikendalikan boleh selesai. Jika pada penilaiannya sesuatu kes itu boleh diselesaikan secara baik atau secara perjanjian penyelesaian, maka kes itu akan selesai dalam tempoh masa yang singkat.
    slaughters
    slaughters
    PDP Moderator
    PDP Moderator


    Gender : Male Number of posts : 213
    Location : Selangor
    Registration date : 13/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by slaughters Mon Feb 16, 2009 2:58 pm

    series rajin gile..
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Mon Feb 16, 2009 3:41 pm

    salam bro...

    penting n series ni...

    la ni budak2 baru sebulan dua dah nak cerai berai...

    pastu tak tahu/ jahil agama...tak tahu lafaz cerai tokleh memain...

    habis tu camner... bounce
    avatar
    Match
    Guest


    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by Match Tue Feb 17, 2009 5:10 pm

    Tu tak kira yang ikut kepala lutut cerai guna SMS seperti artis malaysia kita.
    Taktau la jahil agama ka jahil apa.
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Wed Feb 18, 2009 12:17 pm

    Pertama nasihat saya kepada mereka, pastikan jenis TUNTUTAN/PERMOHONAN anda, pastikan DOKUMEN anda lengkap kalau tidak anda akan hanya membazir masa anda, pastikan MAHKAMAH yang anda pergi adalah di dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dan lain-lain lagi yang akan saya terangkan. Berikut panduan serba ringkas sebelum anda ke Mahkamah Syariah :-

    1. Kenalpasti tuntutan/permohonan yang anda tuntut/mohon di Mahkamah Syariah.

    contoh. Tuntutan pengesahan lafaz cerai
    tuntutan perceraian jenis fasakh
    Tuntutan hadhanah (hak jagaan anak)


    2. Kenalpasti Mahkamah yang berbidangkuasa dengan tuntutan/permohonan anda.

    Ia adalah berdasarkan tempat tinggal atau di mana anda bermastautin berdasarkan tempat tinggal orang yang kena tuntut (suami atau isteri).

    Contoh : anda ingin menuntut pengesahan lafaz cerai. Anda tinggal di Puchong, Selangor. Jadi, Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes anda adalah Mahkamah Syariah Bandaraya Petaling. Ini kerana Puchong adalah terletak di dalam daerah Petaling (setakat Ini). Manakala sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur, mahkamah yang berbidangkuasa dengan tuntutan/permohonan anda adalah Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

    Ok, sekiranya alamat di kad pengenalan anda di Melaka tetapi anda tinggal di Ampang, Selangor Darul Ehsan, anda perlu mengemukakan sekali borang pemastautinan anda di Ampang, Selangor Darul Ehsan. Borang tersebut boleh anda dapati di masjid-masjid, pejabat agama yang berdekatan dengan tempat anda tinggal. Ini penting! Untuk memastikan Mahkamah yang akan anda pergi adalah berbidangkuasa untuk mendengar dan membuat keputusan berkenaan tuntutan anda.

    3. Kenalpasti dokumen yang berkenaan dengan tuntutan /permohonan anda

    contoh: Anda menuntut pengesahan lafaz cerai. Jadi, dokumen yang anda perlukan untuk mendaftarkan kes anda biasanya ialah salinan kad pengenalan anda, borang pemastautinan (sekiranya alamat di dalam kad pengenalan anda bukan alamat mastautin anda), Salinan surat nikah, salinan surat beranak anak-anak (jika ada) dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

    Contoh: Surat yang menyatakan suami anda tulis berkenaan talaq.
    Surat pengesahan doktor atau repot polis bagi tuntutan cerai fasakh.

    4. Pembayaran bagi tujuan pemfailan tuntutan /permohonan.

    Terdapat beberapa jenis pembayaran sama ada bagi tujuan pendaftaran kes. Ianya termasuk bayaran bagi dokumen saman dan pernyataan tuntutan, permohonan, affidavit, kos penyampaian, perakuan segera, sepina, wakalah ( perlantikan peguam) dan sebagainya. Ianya berbeza bayaran antara Mahkamah Rendah Syariah dengan Mahkamah Tinggi Syariah. Ia juga berbeza bayaran mengikur negeri-negeri di Malaysia.

    Begitulah info lebih kurang...

    Kalau tersilap, harap maaf dan leh betulkan sesama kita...

    p/s : Jangan lari dari masalah, hadapi dengan tenang dan penuh sabar...hehehe
    benchoz
    benchoz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 63
    Age : 39
    Location : Dekat Umah
    Job/hobbies : aku tgh cari membe nak duk ngn aku kat Brunsfield
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by benchoz Wed Feb 18, 2009 2:01 pm

    thanks...aku penah gak nek mahkamah ni...ala...takde pe pun yang dekat mahkamah tuh...so tak payah nak takut ke...kecut pinggang ke...aku nek mahkamah sbb nak kurangkan saman memandu terlebih laju sikit...hehehe
    avatar
    lampusuluh
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 12
    Registration date : 19/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by lampusuluh Thu Feb 19, 2009 1:20 am

    good info!
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Thu Feb 19, 2009 4:16 pm

    Jenis-jenis perceraian yang diguna/pakai di Malaysia

    Secara umum kes-kes perceraian yang biasa diguna/pakai di Malaysia adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak. Ia terdiri sebagaimana berikut :-

    1. Perceraian jenis fasakh

    Perceraian jenis ini banyak digunapakai di Malaysia. Fasakh bermaksud membubarkan perkahwinan. Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membolehkan isteri atau suami memfasakhkan perkahwinan mereka di Mahkamah antaranya

    i- Tidak tahu di mana suami atau isteri berada selama tempoh lebih dari satu tahun

    ii- Suami cuai atau tidak beri nafkah kepada isteri selama tiga bulan atau lebih

    iii- Suami atau isteri dipenjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

    iv- Suami atau isteri tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun

    v- Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

    vi- Suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.

    vii- Isteri telah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.

    viii- Suami atau isteri menganiayai isteri atau suami antara lain dengan
    i- lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita akibat aniaya
    ii- berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut Hukum Syarak
    iii- cuba memaksa isteri hidup secara lucah
    iv- melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang
    v- menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya
    vi- jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut Hukum Syarak

    ix- suami sengaja enggan menyetubuhi isteri selama empat bulan.

    x- Isteri tidak izin dengan pekahwinan atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal yang diakui oleh Hukum Syarak.

    xi- Pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin,

    xii- Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan di bawah Hukum Syarak.


    2. Perceraian jenis taklik

    Perceraian jenis ini juga biasa digunapakai di Mahkamah Syariah di Malaysia. Taklik bermaksud perceraian dengan bersyarat. Biasanya taklik dibuat semasa upacara nikah iaitu apabila selesai pengantin lelaki diakad nikah. Contoh lafaz taklik yang dibuat di Selangor seperti berikut :-

    Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya………….. selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu’..

    Terdapat juga suami yang membuat takliq selain dari takliq di atas semasa tempoh perkahwinan. Sebagai contoh lafaz …Sekiranya engkau (isteri) keluar dari rumah ini, maka jatuh talaq atas engkau…. Dalam hal ini, isteri hendaklah pergi ke Mahkamah Syariah bagi mengesahkan lafaz tersebut sama ada jatuh talaq atau tidak.

    3. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah

    Perceraian jenis ini juga antara perceraian yang biasa digunapakai di Malaysia. Kebiasaannya perceraian jenis ini dibuat oleh isteri dengan persetujuan suami untuk menceraikan isterinya di dalam Mahkamah atau suami yang menuntut untuk menceraikan isterinya dengan kebenaran Mahkamah. Mahkamah setelah menyiasat dan berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan, membenarkan suami melafazkan talaq di dalam Mahkamah.

    4. Perceraian jenis khulu’

    Khulu’ atau tebus talaq juga antara perceraian yang digunakan di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia. Perceraian jenis ini adalah sekiranya suami tidak bersetuju untuk menjatuhkan talaq, tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan. Mahkamah boleh selepas jumlah yang ditentukan dipersetujui oleh kedua pihak mengarahkan suami melafazkan perceraian dengan cara penebusan. Perceraian jenis ini adalah perceraian Bain Sughra atau tidak boleh rujuk. Sekiranya kedua pihak ingin kembali semula sebagai suami isteri maka hendaklah dengan akad nikah yang baru.

    5. Perceraian dengan li’an

    Perceraian jenis ini jarang sekali berlaku di Malaysia. Li’an bermaksud sumpah/laknat suami atau isteri. Sekiranya suami atau isteri telah bersumpah dengan cara li’an mengikut Hukum Syarak di Mahkamah. Apabila Mahkamah membuat keputusan, Hakim hendaklah memerintahkan pasangan tersebut dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

    penambaikan amat diharapkan....

    sesama kongsi info....
    avatar
    Diablo
    Guest


    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by Diablo Sat Feb 21, 2009 3:30 pm

    Hummm.... Kadang-2 ramai yang menuduh punca kes banyak tertangguh kerana mahkamah...
    Sebenarnya banyak sebab... Antaranya peguambela yang tak dapat hadir laa... Defendan tak dapat hadir laa...
    Defendan sakit laa... Kadang-2 buat-2 sakit... sbb nak lengah-lengahkan prosiding... Adakalanya dokumen peguambela tak cukup lalu mintak tangguh... Mereka inilah punca mengapa byk sgt kes-kes di mahkamah tertangguh... Kadang-2 hakim pun naik pening...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Mon Feb 23, 2009 12:33 pm

    betul2...

    so takleh la kita cakap mahkamah terutama mahkamah syariah ni lewat semuanya disebabkan oleh MAHKAMAH.. Banyak sebab...

    Oleh itu, Hakim ada kuasa mengikut budi bicaranya untuk menggugurkan kes sekiranya pihak Plaintif (yang menuntut) tidak hadir.

    Ye la, dia yang menuntut/meminta agar Mahkamah keluarkan satu Perintah tapi dia tak hadir ke Mahkamah...susah la macam tu...
    avatar
    lampusuluh
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 12
    Registration date : 19/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by lampusuluh Mon Feb 23, 2009 4:27 pm

    itu kalu plaintif x hadir, kalu defendan yg x hadir camana lak?? slalunya defendan x nak/sengaja utk x hadir disebabkan utk melewat2kan/melengah2kan tuntutan. kalu kes pengesahan cerai.. lg la naya kat si isteri, tambah2 lg kalu kes cerai tanpa saksi.. so apa penyelesaian yg boleh diambil oleh pihak isteri sekiranya si suami ketegaq takmo hadir?
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Mon Feb 23, 2009 5:36 pm

    hehehe...

    yg aku tau la...

    mahkamah atas permohonan isteri tu..leh kuarkan waran...

    atau..isteri leh bersumpah...

    camner ek lampusuluh? aku rasa ko lebih ARIF...
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by muraicherang Mon Feb 23, 2009 9:05 pm

    aku dlu g court ari2(kcuali sabtu/ahad) 3 taun lak2.....
    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH CardinalstandsKALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH 3dbird
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Sat Mar 07, 2009 3:09 pm

    lampusuluh wrote:itu kalu plaintif x hadir, kalu defendan yg x hadir camana lak?? slalunya defendan x nak/sengaja utk x hadir disebabkan utk melewat2kan/melengah2kan tuntutan. kalu kes pengesahan cerai.. lg la naya kat si isteri, tambah2 lg kalu kes cerai tanpa saksi.. so apa penyelesaian yg boleh diambil oleh pihak isteri sekiranya si suami ketegaq takmo hadir?

    apa pendapat ko lampusuluh...dan semua PUTERA yang arif?
    bob76
    bob76
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 22
    Registration date : 07/04/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by bob76 Tue Apr 07, 2009 9:06 pm

    SUSAH JUGAK KALAU NAK BERCERAI PUN ERK....
    RAMAI ORG INGAT SENANG LE TU...
    LAFAZ CERAI JE, TINGGAL CAMTU JER....
    MMG BYK YG AKAN DILALUI SBLM DAPAT KEPUTUSAN PERCERAIAN NI...
    WALLAHUALAM...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Wed Apr 08, 2009 1:25 am

    salam....

    macam tu la...apa2pun hidup suami isteri kena perlu banyak tolak ansur, berkomunikasi...

    talaq bukan jalan akhir untuk sesebuah perkahwinan...
    mana janji sebelum berkahwin...fikir-fikirkan lah...
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by teri-chan Tue Apr 14, 2009 9:25 am

    hem... betul nk bercerai ni bukan senang... aku pun penah melaluinye... bukan aku mintak cerai tp pengalaman mak aku ngn arwah abh aku hehehe... tapi tak sempat nk bercerai la sbb dlm time naik mahkamah tu abh aku dipanggil Ilahi... so selamat la mak aku dr bergelar janda ke balu hehehe... pengalaman mak aku nk mintak cerai mkn ms 2 thn... n nk elak harta kene jual mak aku kaviet sume rumah n kereta kata tu harta pencarian... pandai mak aku huhuhu...
    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by BasicCX Tue Apr 14, 2009 9:36 am

    Ketahuilah bahawa talak adalah sesuatu yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah.


    Talak Paling di Benci Allah

    Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

    Syeikh al-Magahri berkata: Perbuatan ila’ merupakan kemudaratan kepada ahli jahiliah. Seorang yang tidak suka isterinya dan tidak mahu isterinya berkahwin lain nescaya akan bersumpah untuk tidak mendekatinya selamanya dan meninggalkannya dalam keadaan tergantung.

    Begitu juga perbuatan orang Islam pada permulaannya kemudian Allah menghilangkan kemudaratan daripada isteri-isteri tersebut dengan mengehadkan tempoh tertentu berdasarkan kemaslahatan untuk mereka. Kemudian Allah menceritakan tentang keazaman untuk bercerai.

    Allah berfirman: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah: 227)

    Firman Allah s.w.t: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri).

    Ibn Jauzi berkata: Keazaman talak bermaksud mentahqiqkannya dan ulama berselisih kepada dua pendapat:

    Pertama: Jika berlalu empat bulan diberi kepadanya pilihan sama ada mahu kembali atau menceraikannya. Inilah pendapat yang diriwayatkan daripada Umar, Usman, Ali, Ibn Umar, Sahl bin Sa’d, Aisyah, Tawus, Mujahid, al-Hakam dan Abi Salih.

    Abu Salih telah menghikayatkannya daripada 12 orang sahabat. Ini merupakan pendapat Malik, Syafie dan Ahmad.

    Kedua: Dia tidak boleh kembali sehingga selesai empat bulan kemudian diceraikan sekalipun dia tidak berkata tentang talak. Pendapat ini terbahagi kepada dua:

    Ia merupakan talak bain seperti riwayat daripada Usman, Ali, Ibn Umar, Zaid bin Thabit dan Qabisah bin Zuaib.

    Ia merupakan talak raj’i seperti riwayat daripada Said bin Musayyib, Abu Bakar bin Abd Rahman dan Ibn Shubrumah.

    Ibn al-Arabi sendiri berkata: Para sahabat dan tabien berselisih pendapat tentang jatuhnya talak apabila berlalunya tempoh ila’. Sedangkan mereka adalah contoh ikutan dan ahli yang mahir dalam bahasa Arab. Kalau hal ini menimbulkan kemusykilan kepada mereka, maka siapakah dalam kalangan kita yang memperoleh jawapan yang jelas daripada kepelbagaian fahaman dan alasan-alasan bahasa yang dikemukakan. Akan tetapi, jika kita campakkan sebuah timba ke dalam himpunan timba, dengan pertolongan Allah s.w.t kita akan menemui ubatnya dan kita tidak akan dihalang mendapat petunjuk apabila kita mengikut sesiapa daripada kalangan mereka.

    Para ulama kami mengatakan: Firman Allah yang bermaksud: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak, merupakan dalil bahawa apabila berlalu tempoh ila’ maka tidak perlu berlaku perpisahan suami isteri, kerana perlu diambil kira maksud dan keazaman suami.

    Abu Hanifah dan sahabatnya mengatakan: Keazaman untuk melakukan talak itu dapat diketahui apabila suami tidak melakukan fai’ (rujuk) semasa tempoh yang diberikan. Para ulama kami menjawab: Berazam untuk melakukan perkara yang telah berlalu adalah mustahil, sedangkan hukum Allah s.w.t yang diturunkan setelah berlalunya tempoh itu tidak boleh dikaitkan dengan adanya keazaman daripada kita.

    Bersumpah

    Sebagai penjelasannya, bagi kami ayat itu bermaksud: Bagi mereka yang bersumpah untuk menjauhkan isterinya diberi tempoh empat bulan. Jika mereka kembali selepas tamat tempoh itu, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka berazam hendak melakukan talak, maka Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Bagi mereka pula ayat itu bermaksud: Bagi mereka yang bersumpah untuk menjauhkan isterinya, diberikan tempoh empat bulan. Jika mereka kembali semasa tempoh itu maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika mereka berazam melakukan talak dengan tidak kembali semasa tempoh itu, maka Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Kedua-dua andaian ini hampir sama. Disebabkan kesamaannya, para sahabat bertawaquf (tidak menyatakan pendapat) tentangnya. Jika begini keadaannya, wajiblah kita mengambil penyelesaiannya selain daripada mereka. Ia merupakan persoalan bagaikan samudera yang bergelombang.

    Penulis pernah berada di Madrasah al-Tajiah dalam satu tempoh untuk menyingkapkan kemusykilan ini melalui perdebatan, kemudian berulang alik ke Madasah al-Nizamiyyah untuk tujuan yang sama.

    Kesimpulan yang diperoleh dalam kalangan para imam itu ialah para sahabat Abu Hanifah mengatakan ila’ itu adalah talak semasa jahiliah. Lantaran itu, syarak memberikan tempoh dan penangguhan, kemudian diperakuinya sebagai talak setelah tamatnya tempoh.

    Kami menjawab: Itu hanya dakwaan semata-mata. Mereka mengatakan: Menolaknya juga hanya dakwaan.

    Kami mengatakan: Tentang syariat umat sebelum kita, mungkin kami bersama kamu atau bersendirian dapat menerimanya sebagai syariat kita. Tetapi hukum-hakam zaman jahiliah tidak dikira. Inilah perhentian yang sangat musykil. Atas fakta inilah timbulnya bangkangan besar yang diterangkan dalam kitab-kitab al-Masail.

    Antara bangkangan itu ialah terhadap hadis Aisyah yang menyebutkan: Perkahwinan pada masa dahulu boleh dilakukan dengan empat cara, tetapi Islam memperakui satu sahaja.

    Para ulama kami berpendapat bahawa bersumpah untuk tidak menyetubuhi isteri adalah kemudaratan yang berlaku kepada isteri. Oleh itu, hendaklah diberikan tempoh kepada suami untuk menarik balik kemudaratan itu. Kalau dia mahu berbuat demikian maka tidak dikenakan apa-apa, tetapi kalau dia enggan maka syarak telah menarik kemudaratan itu daripada isteri, iaitu dengan cara talak. Sebagaimana diputuskan hukuman pada kemudaratan yang lain seperti alat kelamin yang terputus atau mati pucuk dan selainnya. Inilah sebaik-baik penerangan yang mampu diberi dan huraian terperincinya ada disebutkan dalam kitab al-Masail.

    Firman Allah: Maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

    Maksud Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui mempunyai dua pendapat:

    Pertama: Maha Mendengar tentang talaknya dan Maha Mengetahui dengan niatnya.

    Kedua: Maha Mendengar bagi sumpahnya dan Maha Mengetahui dengannya.

    Al-Sonhaji berkata: Jika suami tidak mahu mendatanginya, maka benar-benarlah menceraikannya, jangan mempermainkannya. Sesungguhnya Allah mendengar apa yang diucapkannya dan apa yang diniatkan dalam hati.

    Al-Maghari berkata: Kesimpulannya, siapa yang bersumpah untuk meninggal daripada bersama isterinya maka ia tidak diharuskan untuk melakukannya lebih daripada empat bulan, sebaliknya jika dia bertaubat dan kembali sebelum selesai tempohnya maka tiada baginya dosa.

    Sebaliknya jika ia mencukupkan tempoh tersebut maka berlaku baginya dua perkara sama ada kembali untuk hidup suami isteri atau perceraian. Hendaklah ia sentiasa muraqabah kepada Allah apa yang dipilihnya.

    Iktibar Ayat

    * Talak dihalalkan dalam Islam walaupun ia amat dibenci.

    * Kuasa talak terletak pada tangan suami walaupun begitu tidaklah boleh digunakan sewenang-wenangnya.

    * Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Mendengar dan juga Maha Mengetahui.

    * DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
    avatar
    castlex
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 13
    Registration date : 27/04/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by castlex Mon Apr 27, 2009 11:37 pm

    slmt mlm,

    1-Jangan cari peguam lembap atau biro.
    2-Mahkamah memang lembap. Kalo female memohon nak cerai tp laki hilang ntah ke mana, tunggulah nko berjanggut nak bercerai. Mcm nko dah jadi brg. Mahkamah suroh jugak cari laki nko sampai jumpa sbb laki nko tu tuan nko. Kalo cerai laki buat rayuan bergantung tak bertali la lagi nko. Walaupun nko dah ada calon baru nak kahwin...
    3-Hakim cuti, tangguh 2 bln, peguam kursus tangguh 2 bulan, nko tak boleh hadir tangguh lagi dua bulan.. paling cepat 2 minggu. Dah bawa saksi semua hakim pula cuti mengejut,bini dia beranak. Bila saksi tak mai salahkan pemohon. Ini berlaku...
    4-Peguam silap mintak tuntutan. Kita mana tao nak minta apa. Cerai banyak jenis cerai. Cerai fasakh taklik dan cerai fasakh saja berbeza. Kalo kena pukoi dan tak tinggal bersama tanpa nafkah baik minta cerai fasakh taklik. Kalo minta fasakh saja sebab pukoi & kalah(dah tak bertali pun kalah gak)nasiblah ko tunggu lagi nak bercerai. Sebab kalo pukoi dah lama mana nampak bekas beb, saksi boleh ingatkan apa yg depa nampak?
    5-Mahkamah syariah bukan mahkamah "syariah". Sebab aku tak nampak pun sangat bertimbangrasanya. Mana ada perempuan hukum gantung tak bertali. Menganiaya tu. Tp sekarang mahkamah suroh jugak pihak yg nak bercerai mencari laki si isteri. Nak buat pe..nak sahkan cerai pun kena p mahkamah. Panjang proses tu. Camne kalo cakap cerai laki terus lari. Si perempuan kena cari saksi plak.selepas cari suami yg lari tu dah tak jumpa.Saksi pun perempuan dua org sama dgn sorang saksi lelaki. Kalo tak cukup camne..? Secara logiknyer kan panjang..aku tulih ni pun dah letih..
    6-Sori aku membebel sbb aku tulih kat atas tu betul.Tak tipu...

    cadangan aku:
    1-Buat expired date utk isteri. Kiranya suami dah hilang sampai cukup setahun. Isteri minta cerai kasi saja la. Tak payah bicara panjang2 cm org salah. Suami yg bertanggungjawab pasti cuba cari isteri dlm setahun tu. Kalo tidak selamatlah anak bini nya jadi isteri org lain plak yg lebih baik.
    2-Isteri bila dah sampai mahkamah maknanya dah muktamad dah. Buat apa2 bising pada si isteri yg minta cerai selepas bertahun tunggu suami tak berubah @ hilang.
    3-Undang2 islam buat keputusan dgn cepat, nak bicara panjang2 tu buat apa. Taklik di belakang surat nikah tu akan di ambil kira kalo saksi dengar suami sebut taklik. Kalo dia tak sebut camne..?Tak boleh ke kuatkuasakan taklik itu sendiri...cukup 4 bulan kalo suami cuai, putus..itupun kalo isteri mengadu..tp selalunya isteri ni jrg mengadu...kan senang tu.
    4-Nabi pun bercerai. Nabi pun ada bercerai sebab bapa tak berkenan pd isteri.(ada cerita carik sendiri). Siti Khadijah janda. Siti Zulaikha itupun ibu angkat Nabi yusof. Lastly kan mereka kahwin.
    5-Simpan surat beranak, sijil kahwin, surat2 penting bank, insuran..etc. sebab nanti terpaksa pulak ko p print surat nikah kat pjabt agama utk proses surat permohnan ke mahkamah nanti...
    6-Baik dgn in-law. Sebab kalo dah tak boleh go on dgn suami, in law boleh backup. In case dia bawa lari anak. Tp sllunya bila suami isteri bergaduh in law akan hilang ntah ke mana... terus tegang...ko nak p rumah in law pun segan...

    Mcm2 berlaku. Don't make life so difficult..just my komen. Kalo salah minta maap.Sila betulkan.
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Mon May 04, 2009 10:58 am

    ada sesapa leh bagi pandangan...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Thu Jun 18, 2009 9:23 am

    Keputusan permohonan Norish 10 Ogos depan


    SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 10 Ogos depan untuk memberikan keputusannya terhadap tiga permohonan yang difailkan dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya.

    Sebelum memberi keputusan, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad memerintahkan peguam kedua-dua belah pihak untuk memfailkan: hujahan bertulis masing-masing pada 17 Julai depan.

    :Norish Karman atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman diwakili Peguam Syarie, Akbardin Abdul Kader sementara bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir diwakili peguam syarie Muhamad Buruk.

    Pada prosiding itu, Akbardin memberitahu Norish selaku plaintif tidak hadir kerana demam.

    Dramatis yang mula dikenali menerusi filem Sayang Salmah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah injunksi (tegahan) sementara yang diperoleh Hashimuddin bagi menghalangnya membawa anak-anak berjumpa Mohd Luqman Mohd Amin yang didakwa kekasih Norish.

    Norish juga menuntut Hashimuddin untuk membayar nafkah sementara sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga anak, bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 sebagai gaji pembantu rumah.

    Selain itu, keputusan itu juga akan melibatkan permohonan Norish untuk membekukan sebahagian harta Hashimuddin sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap tuntutan harta sepencarian.

    Norish, 34, yang mula berjinak dengan pengacaraan bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis

    -siaran akhbar SINAR-
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Thu Jun 18, 2009 9:40 am

    Kes farakh Raisuddin, isteri 8 Julai


    SHAH ALAM 17 Jun - Permohonan bapa mertua Raisuddin Hamzah supaya pernikahan anaknya dengan penyanyi dan pelakon tahun 80-an itu dibubarkan secara farakh akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 8 Julai ini.

    Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif yang mewakili Raisuddin, 52, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22, untuk memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan bapa mertuanya yang berusia 48 tahun.

    Suberi Abdullah selaku plaintif memfailkan permohonan pada 17 Mac 2007 untuk mendapatkan perintah injunksi sementara bagi menghalang pasangan itu daripada tinggal bersama dan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri sehingga rayuan berhubung pengesahan pernikahan mereka diputuskan.

    Pasangan tersebut bernikah di Songkhla, Selatan Thailand pada 2 Januari 2007

    Plaintif yang diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie juga memohon mahkamah memerintahkan supaya Siti Fatimah kembali tinggal bersamanya sehinggalah rayuan diputuskan atau pengesahan berkaitan pernikahan dibuat.
    -siaran UTUSAN-
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Wed Jun 24, 2009 12:53 pm

    SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam belum bersedia untuk membuat keputusan berhubung permohonan isteri penyanyi Jamal Abdillah bagi mengesahkan lafaz cerai yang dibuat suaminya pada Mei tahun lalu.

    Sehubungan itu, Penolong Pendaftar Mahkamah, Siti Aminah Husin menangguhkan sehingga 3 Julai ini untuk Hakim Syarie Drs. Atras Mohamed Zin membuat keputusan.

    Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, selaku defendan manakala plaintif Fatimatuzahra Samad, 26, hadir pada proisiding berkenaan.
    Fatimatuzahra ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secara baik iaitu mengikut saluran undang-undang demi kebaikan anak mereka, Ahmad Zaki Yamani, 2.

    "Saya memang berhasrat untuk berbincang untuk selesaikan masalah ini dengan baik tetapi saya tidak dapat maklum balas daripada dia (Jamal)," kata beliau yang diwakili peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin.

    Jamal yang tidak diwakili peguam bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

    -KOSMO-
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Thu Dec 24, 2009 9:09 am

    Kes tuntutan nafkah adik angkasawan tangguh


    PETALING JAYA - Kes tuntutan nafkah adik ipar angkasawan pertama negara yang sepatutnya dibicarakan semalam ditangguhkan kepada 1 Mac depan berikutan bapa mertuanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abd. Shukor sedang menjalani rawatan kanser usus di hospital.

    Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan demikian setelah membenarkan permohonan peguam syarie, Zulqarnain Lukman yang mewakili Sheikh Mustapha, 74, untuk menangguhkan kes.

    Menurut Zulqarnain, ahli perniagaan itu kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menjalani rawatan kimoterapi.

    Turut hadir di mahkamah semalam ialah plaintif, Haryati Mohd. Redza (gambar), 31, yang diwakili peguam syarie, Suriati Abd. Ghani.

    Pada 31 Mei lalu, Haryati memfailkan permohonan terhadap bapa mertuanya yang dinamakan defendan berhubung tuntutan nafkah bagi kedua-dua anaknya iaitu Sheikh Aiman Sheikh Mustapha Al Masrie, 5, dan Siti Balkish, 3.



    -KOSMO ONLINE-

    Seksyen 73 (2)Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) Tahun 2003 memperuntukkan bahawa adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah HUKUM SYARAK, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. bounce
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by szainizam Fri Dec 25, 2009 6:44 am

    Bekas suami Lydiawati Kena Notis Tunjuk Sebab

    SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan pelakon Lydiawati agar notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap bekas suaminya, Azhar Mohd. Zar yang didakwa gagal memulangkan barangan perkahwinan serta membayar nafkah idah dan mutaah yang kesemuanya berjumlah RM103,000.

    Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad.

    Dalam permohonan secara exparte (sebelah pihak), Lydiawati atau nama sebenarnya Zalina Zaimon, 44, mendakwa Azhar, 34, telah gagal menjelaskan nafkah idah serta mutaah berjumlah RM30,000 dan tunggakan nafkah sebanyak RM6,000.

    Ahli perniagaan itu juga dikatakan gagal memulangkan barangan perkahwinan yang nilai kesemuanya berjumlah RM67,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada 5 Mei lalu.

    Dakwa pelakon utama filem Suami, Isteri dan... itu lagi, kegagalan Azhar untuk mematuhi perintah tersebut menunjukkan responden telah secara berterusan menganiaya dirinya daripada mendapatkan hak di sisi hukum syarak dan undang-undang.

    Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

    Isteri yang diceraikan mesti tahu hak-hak mereka. Antaranya hak untuk mendapatkan nafkah eddah, mut'ah, harta sepencarian, nafkah tertunggak dan hak untuk penjagaan kanak-kanak.

    Sponsored content


    KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH Empty Re: KALI PERTAMA KE MAHKAMAH SYARIAH

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 5:29 am