icepop wrote: ashid wrote:"salinan daripada original set" = tak original la kan?
itu yg aku maksudkan dengan "copy" format.
a`a bukan jual yang original..
kalau jual yang ori, saya nak guna MS 2.0 mcm mna??
any wrong with `copy format`??..sama la jugak, buyer akan dpat infu n ilmu yang sama dlm MS 2.0 tu..
maybe saya akan jual 1/4 drpd harga asal!!
Assalamualaikum...
Ada dua masalah... satu.. ilmu tu dikhuatiri tak berkat.
Sebab saudara ambil dari pembeli asal dan saudara jual salinan.
Di perumpamakan sama dengan 'pira8e'.. dalam erti kata lain
sama macam 'mencuri' hak orang lain iaitu peniaga asal produk tersebut.
Kedua.. memutuskan hak rezeki orang lain iaitu Frank Kern.. walaupun
dia memang bukan Islam.. tetapi Islam juga mengiktiraf harta dan jual
beli oleh bukan Islam. Maka bukankah dah jatuh hukum berdosa.
Bukan niat saya nak potong rezeki saudara atau menabur pasir di dalam
periuk nasi saudara.. sesiapa nak beli dari saudara dipersilakanlah..
tapi saya rasa memang menjadi tanggungjawab saya so saya cakap jugaklah.
Melainkan.. yang saudara jual itu adalah Mass Control 2.0 pack yang
sebenarnya. Itu mungkin boleh kerana saudara dah membelinya.. maka
saudara berhak untuk melakukan apa sahaja kerana ia milik saudara.
Tetapi kalau copy dan jual.. maka itu pada pandangan saya tidak
patut kerana Islam mengiktiraf harta-harta jualan seperti itu
walaupun dari orang yang bukan Islam macam Frank Kern.
Saya takkan kata apa-apa lagi.. selebihnya bergantung kepada saudara
dan sesiapa yang berminat nak beli dari saudara.
Saya minta maaf kalau menyinggung perasaan sesiapa.
==================Itu perkara pertama... perkara kedua saya tuju
kepada semua orang.
Sebab introduction niche marketing ini saya yang
bertanggungjawab memulakan didalam Tanya@Putera..
maka saya rasa saya juga bertanggungjawab sedikit
sebanyak kepada apa yang saudara-saudari lakukan.
Saya harap kalau kita nak kejar duit dan ilmu tu..
carilah yang halal. Cari keberkatan dan tinggalkan
yang tidak baik dan berdosa.
Sebagai contoh.. dulu dalam Tanya@Putera yang lama
memang rampant sangat pengagihan produk-produk IM'ers
yang dijual di internet tetapi di agihkan secara percuma
di kalangan kita.
Saya harap kita sama-sama elakkan buat perkara itu selepas ini.
Memang banyak produk boleh dapat percuma... just Google dan
kadangkala first page or second page dah ada download page produk
tersebut (kadangkala kecuaian pemilik produk yang tidak letak 'no follow'
pada page download produk mereka.. so page itu di masukkan dalam natural
listing oleh Google).
Kalau mahu sesuatu produk tu belilah. Duit tidak penting tetapi
yang penting jauhkan diri dari perkara yang membuatkan rezeki kita
hilang keberkatan. USD 145,000 sebulan tak guna kalau tidak diberkati
oleh Allah S.W.T. Bahkan RM 900 sebulan yang diberkati adalah jauh
lebih baik daripada USD 145,000 yang tidak ada keberkatan padanya.
==================Ketiga... ingat pada Allah S.W.T bila mencari rezeki.
Matlamat dan tujuan kita yang sebenar bukanlah kekayaan duniawi
tetapi negeri akhirat yang kekal abadi. Kaya macam mana pun kita..
maut akan menjelma.
Kereta RX-8 mahal-mahal.. cukup masa akan jadi besi buruk juga.
Rumah macam istana di Gelugor, Penang.. akhirnya runtuh dan lenyap juga.
Semua akan menjadi buruk.
Semuanya tidak kekal.
Semuanya tidak ada lagi nilai.
Sedangkan.. negeri akhirat adalah negeri yang kekal abadi.
Negeri yang tidak akan musnah buat selama-lamanya.
Janji Allah S.W.T. yang penuh dengan kenikmatan abadi.
Cukup hebat sampai ke tahap baju ahli syurga pun tidak akan rosak..
apatah lagi istana-istana dan mahligai-mahligai yang disediakan
untuk penghuninya (semoga kita tergolong di kalangan ahli Syurga).
Mengapa sanggup memusnahkan janji Allah S.W.T iaitu negeri abadi
yang berkekalan hanya kerana sedikit kemewahan dunia yang tidak
akan kekal lama pun tanpa izin daripada-Nya?
Tidak salah menjadi usahawan internet yang berjaya.. tetapi
carilah yang halal dan buatlah perniagaan anda semua atas dasar Islam.
Demi agama dan Allah S.W.T. Itulah yang sebaik-baiknya bagi kita umat Islam.
==================Sekadar peringatan... Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
Oleh itu berhati-hati dengan harta kekayaan. Silap langkah hidup binasa.
Dan berhati-hati juga.. jangan terlalu kejar dunia sampai lali dengan
executive lifestyle yang Internet janjikan (cuba tanya Magnolia.. dia
sendiri cukup faham perkara ini).
Semua itu memang tidak mustahil.. boleh berlaku kepada semua yang membaca
thread ini. Tetapi jangan silap langkah pada waktu itu.. kalau tidak
semuanya menjadi sia-sia.
==================This might be my last time in this thread.. sebab saya dah tak ada
minat pada IM.
Menjawab kepada soalan pirdaus.. ya.. memang saya dah quit Internet Marketing.
Mungkin saudara tertanya-tanya apa sebabnya.
Reasonnya cukup mudah.. saya menemui sesuatu yang lebih wajar dikejar
daripada harta kekayaan.
Itu sahaja.
Cukuplah sudah apa yang saya miliki.
Silap-silap semua yang saya miliki ni pun belum tentu akan selamat terlepas
dari hisab di akhirat kelak.
Untuk mereka yang join Wealthy Affiliate baru-baru ini melalui link saya..
saya mohon maaf sebab tak dapat sediakan apa-apa bonus untuk saudara-saudari
sekalian.
Cuba hubungi Magnolia melalu PM.. mungkin dia boleh sediakan sesuatu yang
bermanfaat kepada saudara semua (dia dah kata pada saya dia akan cuba tolong
anda semua sekadar termampu dia.. insya'allah boleh).
==================Akhir kata.. harta tidak akan membawa kebaikan kepada kita kecuali
harta yang disedekahkan di jalan Allah S.W.T. Yang akan membantu
hanyalah amalan kita. Oleh itu dalam mengejar kereta sport idaman
masing-masing.. jangan lupa berbuat amal di jalan Allah S.W.T.
Masalah paling common adalah melewatkan sembahyang kerana IM.
Jangan buat macam ini. Tak kira macam mana hebatnya pun flow idea kita waktu tu..
bila dengar azan berkumandang berhentilah dan selesaikan dulu tanggungjawab
kita sebagai hamba Allah S.W.T yang diciptakannya untuk beribadat..
bukan untuk makan, minum dan buat IM.
Mungkin ada yang rasa flow idea dia nak buat website, artikel
dan sebagainya bertambah-tambah hebat waktu nak azan tu. Percayalah..
itu semua hanyalah ujian Allah S.W.T. sebab nak tengok apa tindakan
kita sebagai hambanya. Setiakah kita kepada-Nya atau tidak.
Dah habis sembahyang.. nak buat apa pun buatlah.
Asalkan tidak haram dan bercanggah dari prinsip agama.
Semoga berjaya dalam quest saudara-saudari semua.
Dan ingatlah.. kalau kita semua menjaga Allah S.W.T
dengan melakukan segala suruhan dan perintahNya
dengan setia dan tak banyak soal.. Allah S.W.T juga
akan menjaga kita dengan setia.
Sekian, Assalamualaikum Warrahmatullaahiwabarakaatuh