Kay kat sini aku buka topik tentang acara2 yang besar dan unik berdekatan kita,untuk dikongsi bersama...
korang kalau ade maklumat info2 sila nyatakan kat sini kay?
Jika anda antara mereka yang ternanti-nanti peluang melihat lebih dekat belon udara panas, tunggu kemunculan 25 belon udara panas yang didatangkan khas dari seluruh dunia sempena Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 di Putrajaya, mulai Khamis ini.
Pertunjukan belon udara panas selama empat hari itu antara lain mempamerkan keunikan belon udara panas termasuk berbentuk haiwan seperti penyu dan gelas minuman yang jarang dapat dilihat berlegar di ruang udara.
Bertempat di Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya, negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Filipina, AS dan Indonesia masing-masing akan mempamerkan kehebatan belon udara pada pertunjukan terbesar ini.
Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dijangka mendapat sambutan hebat berikutan cuti persekolahan mulai semalam. Sehubungan itu, ibu bapa wajar mengambil peluang membawa anak-anak menyaksikan pertunjukan berwarna-warni itu.
Apa yang menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan proses mengisi belon dengan gas helium hingga ia dinaikkan ke udara. Jika berhasrat mempelajari lebih dekat teknik menaikkan belon udara panas, pengunjung disaran datang seawal jam 7 pagi ketika petugas melakukan proses itu
Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dibuka antara jam 7 pagi hingga 7 petang secara percuma.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-74940298 atau melayari laman web di www.myballoonfiesta.com.