by akuccputsedut Thu Dec 03, 2009 11:12 am
Tuan,
Bagi pendaftaran perniagaan baru, tuan hendaklah membuat carian nama terlebih dahulu dengan mengisi Borang PNA42. Setelah nama perniagaan tersebut diluluskan, tuan dikehendaki mengisi Borang A (Borang Pendaftaran Perniagaan). Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00 bagi perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan atau RM 70.00 bagi perniagaan milik tunggal & perkongsian menggunakan nama dagang. Bayaran tersebut adalah termasuk bayaran untuk salinan sah maklumat perniagaan baru.
Pemilik perniagaan dikehendaki datang ke pejabat cawangan SSM yang terdekat bagi mendapatkan borang pendaftaran tersebut atau layari www.ssm.com.my bagi pendaftaran secara online (e-Lodgement).
Tuan boleh menghubungi talian 03-40476111/6222 (Hotline) untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Norziha Misran
Seksyen Pengurusan Pelanggan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan,
Hanya pemilik perniagaan itu sendiri yang boleh mendaftar menggunakan e-lodgement.
Tuan boleh menghubungi talian 03-40476111/6222 (Hotline) untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Rahmawati bt Yusof
Seksyen Pengurusan Pelanggan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Perbincangan dengan pihak SSM petikan dari thread pendaftaran perniagaan @ CG Forum