Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Bersyukur kepada Allah S.W.T

    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Bersyukur kepada Allah S.W.T Empty Bersyukur kepada Allah S.W.T

    Post by BasicCX Fri Mar 27, 2009 8:43 am

    Bersyukur kepada Allah S.W.T Assalamualaikum

    Bersyukur kepada Allah S.W.T


    Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

    Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

    Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

    Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud: "Katakanlah lagi: "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah
    menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat.


    Tuhan yang manakah lagi selain Allah yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?"

    Cuba pula kita bayangkan bagaimana sekiranya sistem badan kita tidak lagi mempunyai antibodi yang berfungsi menentang serangan kuman dan
    penyakit. Sudah tentu badan kita tidak akan kekal lama dan kita tidak akan mampu hidup dengan selesa.

    Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".
    Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan mati kita.

    Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu?

    Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".

    Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.

    Ramai orang yang semakin jauh daripada Allah setelah menikmati kesenangan bahkan menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya adalah kurniaan daripada Allah.

    Manusia yang lupa untuk bersyukur ini seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun, seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa iaitu orang yang terkaya di dunia tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Maka kerana itu, Allah membinasakan beliau bersama-sama dengan segala harta kekayaannya supaya ianya menjadi peringatan kepada manusia yang akan datang.

    Namun bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah? Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan
    bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

    Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

    Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.

    Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.

    Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang
    dikurniakan-Nya kepada kita.


    Wassalam.

      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 8:18 am