Langkah-langkah memasang Windows XP ProfessionalOleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 23 February 2005
Terdapat banyak cara untuk memasang Windows XP pada stesen
kerja. Jika anda memasang dengan memformat cakera keras, kemudian boot komputer
melalui CD-ROM, cara ini dipanggil sebagai
clean install.
Anda perlu menjalankan clean install jika:
» Komputer anda menggunakan Windows 3.0, Windows 3.11, Windows 95 dan Windows
3.51
» Komputer anda tidak menggunakan produk dari Microsoft
» Komputer anda masih belum mempunyai sistem operasi
Mari saya mulakan dengan menjalankan instalasi Windows XP dari CD.
Saya akan mengganggap komputer anda belum mempunyai apa-apa sistem operasi di
dalamnya.
1. Hidupkan PC anda dan masukkan CD-ROM
Windows XP Professional ke dalam piring. Anda perlulah terlebih dahulu
mengaturkan supaya sistem anda dapat boot melalui CD-ROM.
2. Selepas komputer selesai menjalankan POST, rutin setup
untuk Windows XP akan bermula. Lihat gambarajah di bawah berikut:
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig1.gif';
britepic_keywords='';
Awalan program menunjukkan proses penyalinan fail-fail yang diperlukan oleh
Windows XP. Semasa proses ini dijalankan, program setup akan memuatkan Windows
XP (versi minima) sebelum dapat memulakan program setup. Secara spesifik, saat
ini Windows akan memuatkan pemacu (driver) bagi kegunaan perkakasan yang
tertentu.
3. Sebaik sahaja program setup selesai memuatkan kesemua fail-fail pemacu yang
diperlukan, anda kan
dapat melihat senarai jadual partition bagi sistem anda. Lihat gambarajah di
bawah:
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig2.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah di atas menunjukkan sistem anda masih belum mempunyai partition.
Untuk mencipta partition, anda boleh menggunakan utiliti ini. NOTA: Jika sistem
anda sudah mempunyai partition, anda boleh membuang partition tersebut dan
menggantikan dengan partition yang baru.
Untuk membuang partition, tekan butang D. Untuk mencipta partition, tekan
butang C.
4. Apabila anda memilih untuk mencipta partition baru, anda akan di bawa ke
paparan berikut.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig3.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah di atas menunjukkan paparan Partition. Anda diberi pilihan untuk
meletakkan saiz partition yang ingin diciptakan. Jika anda tidak memahami
maksud partition, saya mencadangkan anda menggunakan keseluruhan saiz partition
secara maksima, tekan butang
Enter untuk ke peringkat seterusnya. NOTA:
Perlu diingat Windows XP memerlukan saiz cakera keras sekurang-kurangnya 1.5GB.
5. Kemudian, anda akan ditanya bentuk format bagi partition baru anda. Terdapat
beberapa pilihan format iaitu NTFS (Quick), FAT
(Quick), NTFS, dan FAT. Pilih jenis
format yang dikehendaki dan tekan butang
Enter untuk ke peringkat
seterusnya.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig4.gif';
britepic_keywords='';
6. Setelah anda memilih jenis format, program setup akan memulakan proses
format pada partition yang diciptakan. Bergantung kepada saiz partition dan
jenis sistem fail yang dipilih, proses ini akan mengambil masa antara 1 hingga
10 minit untuk selesai.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig5.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah di atas menunjukkan proses memformat partition.
7. Kemudian Windows XP akan memulakan proses menyalin fail-fail sumber Windows
XP dari CD ke dalam partition baru. Proses ini akan
mengambil beberapa minit.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig6.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah proses menyalin fail-fail Windows ke dalam cakera keras.
8. Setelah selesai menyalin fail-fail Windows, sistem akan reboot. Setelah
komputer anda selesai reboot, program setup akan bertukar ke mod GUI,
saat ini sistem akan mengenalpasti dan memasang perkakasan yang terdapat di
dalam PC anda. Pada proses ini juga akan menyebabkan skrin
anda berkedip-kedip untuk beberapa kali kerana sistem cuba untuk mengenalpasti jenis kad
video yang sedang digunakan.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig7.gif';
britepic_keywords='';
9. Semasa dalam mod GUI, anda akan ditanya untuk memeriksa
setting Regional dan Language. Anda juga perlu memasukkan Product Key bagi
Windows XP. Nombor Product Key ini boleh didapati di label CD
Windows XP.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig8.gif';
britepic_keywords='';
10. Klik butang Next. Pada paparan berikutnya, masukkan nama komputer dan kata
laluan Administrator. Klik butang Next, dan pada paparan seterusnya, pilih Time
Zone bagi kawasan anda.
11. Pada langkah berikutnya, anda akan menetapkan konfigurasi pada Network
Settings, terdapat dua pilihan diberikan: Typical dan Custom. Jika anda memilih
Typical settings, sistem anda akan dipasangkan dengan komponen-komponen
berikut:
- Client for Microsoft Networks
- QoS Packet Scheduler
- File and Print Sharing for Microsoft Networks
- TCP/IP, configured for DHCP
Jika anda memilih
Custom settings, anda akan diberi peluang untuk
menambah dan menetapkan konfigurasi network secara manual. Anda tidak perlu
risau tentang ini, jika anda melakukan kesilapan pada konfigurasi, anda masih
boleh mengubahnya kemudian.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig9.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah di atas menunjukkan konfigurasi Network Settings.
12. Berikutnya, anda perlu menetapkan jenis network yang ingin disertai, sama
ada Workgroup atau Domain. Jika anda memilih untuk menyertai Domain, anda akan
ditanya untuk memasukkan maklumat username serta kata laluan bagi mengesahkan
identiti anda. Kemudian klik butang Next.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig10.gif';
britepic_keywords='';
Gambarajah di atas menunjukkan paparan untuk memilih Workgroup atau Domain.
13. Sekarang anda bolehlah membiarkan sistem anda menyalinkan fail-fail yang
diperlukan. Semasa proses penyalinan ini, sistem anda akan memasang
program-program ke dalam Start Menu, mendaftarkan komponen Windows dan membuang
fail-fail sementara dari Temporary folder.
britepic_id='324254';
britepic_src='http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-02-24_fig11.gif';
britepic_keywords='';
14. Apabila proses setup hampir siap, sistem anda akan melakukan kemaskini dan
reboot. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, sistem anda terus akan
memuatkan Windows XP Professional dan anda bolehlah menggunakan sistem operasi
baru anda. Lakukan pemasangan perisian-perisian pihak ketiga seperti program
utiliti, perisian pejabat, aplikasi internet sebaik sahaja anda berjaya
memasuki desktop Windows XP.
Semoga berjaya