Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+9
fiza_cute
54m4d
raidizh AR
TOYSЯUS
teri-chan
ogGy
fizzswiss2u
mitutoyo
kindaichi_hajime
13 posters

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    kindaichi_hajime
    kindaichi_hajime
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Number of posts : 1012
    Age : 40
    Location : KL
    Job/hobbies : Tengok bintang2..
    Registration date : 25/04/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by kindaichi_hajime Fri May 08, 2009 2:58 am

    Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang
    seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan
    renungan anda sekalian.

    Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak
    lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
    kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan
    masin dikongsi satu keluarga.

    Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan
    bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

    Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk
    pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

    Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

    Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.
    Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu,
    tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

    Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya
    pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

    Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

    Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

    Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan
    tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

    Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

    Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

    Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

    Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
    hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di Negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

    Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
    Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

    Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
    sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

    Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

    Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa
    bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

    "Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil".


    ===============================================

    OK EVERYONE..smpena hari ibu yg bakal tiba ni,mari kita sembang2 ape pengorbanan ibu korang yg smemangnye xkn korang lupekan smpai ble2..
    jom share..harap ia kekal dlm ingatan kita buat slame2nyer..
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Fri May 08, 2009 4:14 pm

    Ini lah sifat seorang ibu,,.hati ibu usahlah dikecilkan/menbiarkan mereka tersentuh,masyallah.,.,byk sejarah yg dh berlaku,anak-anak mengecilkan hati ibu,tgk apa jadi pada mereka lepas tuh?ada yg meninggal dlm keadaan yg amat mengaibkan.Nabi dah pesan jgnlah kamu berkata uh.,., (lebih kurang la ye)
    Pesan guru ku sehingga skrg aku igt & pegang.Sekiranya tersepit/susah,call ibu,bg tau dia,doa yg paling mustajab adalah doa ibu,doa yg dekat dgn allah,kedua pula pada ayahhormatilah beliau sebagai ketua keluarga,igt sekiranya apa yg kita minta dr dorg xdpt ditunai,usahlah menekan mereka,mereka berhempas pulas,nk memenuhi permintaan kita.

    Dulu aku seorang yang miskin,kemudian allah kurniakan rezeki yg lebih pd keluarga aku,aku dan sekeluarga jadi senang,kemudian allah ambil balik apa yg dia berikan,kami jatuh miskin semula,kami semua redha,sebab tahu,ini takdir dia,dia nk uji kita,alhamdulillah,kita kena redha,igt!!! allah maha mengetahui dari apa yg kita ketahui.
    fizzswiss2u
    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 254
    Age : 45
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by fizzswiss2u Fri May 08, 2009 7:10 pm

    betol 2 mitutoyo.. ku pernah pengalami apa yg ko rasa.. sabar dan terus berusaha.. setiap apa yg jadi ada ikhmah sebaliknya Crying or Very sad
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by ogGy Fri May 08, 2009 10:10 pm

    Erk ni cerita benar atau rekaan kindaichi_hajime ? cerita yang membuatkan air mata aku menitik keluar dah ni ..

    Aku slalu kene tipu dengan mak aku pasal nasi,mak aku kata dah makan padahal dia belum makan lagi.Bila aku dah sudah makan,baru dia bukak periuk dan korek nasi lebihan.Biasanya aku la orang yang paling akhir makan waktu malam.Rupanya mak aku tipu aku demi diri aku....

    " Mak,along sayang mak... "
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Fri May 08, 2009 11:13 pm

    fizzswiss2u wrote:betol 2 mitutoyo.. ku pernah pengalami apa yg ko rasa.. sabar dan terus berusaha.. setiap apa yg jadi ada ikhmah sebaliknya Crying or Very sad

    ye,,.tq kawan,its ok,alhamdulillah aku mmg siap sedia menempuh kesusahan,sebab time senang ayah selalu pesan,igt kita org susah ( asyik kena tipu ja dgn ayh ),syukur org yg masih igtkn lg apa yg dorg dpt time aku senang.Baru kawan kn,susah senang bersama!.Tp byk jg yg lari tambah2 keluarga terdekat,tarak guna punya ( konon air dicincang xakn putus),cittt

    Ok,balik pada tajuk,btol oggy,kita semua mmg selalu cmtu kna tipu dgn mak n ayh,alhamdulillah time aku balik kg,aku biasa mkn serentak dgn dorg,tp aku pinggan numb2 mak aku bg selepas ayh aku,then dia numb3 n seterusnya.Bila mkn ja aku akn pastikan aku selepas dorg jamah,ada sj alasan aku buat,.,.huhuhu,ye la kasi hormat skit walau x d suruh.

    Selamat Hari Ibu,walau aku jauh skrg nun d Shah Alam & tiada krt nk toup,aku cuma doa sj la yg termampu semperna hari ibu nanti
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by teri-chan Fri May 08, 2009 11:37 pm

    ish aku ingt kisah apa td... tp dlm kes ni aku slalu tipu mak aku hehehe.. nk2 bab mkn... bile mak aku msg beli mknn luar, kira mkn sendiri la sbb mak aku tak msk, n aku takde duit nk beli mknn aku balik muka rilek je.. pastu sure la mak aku tanya tak beli mknn ke... sure la aku kata oh tak lapa.. padahal perut aku mcm konsert rock dh hehehe... tp tgh mlm skit aku bukak la tudung saji... mkn la ns lebih2 adik aku hehehe... sayang membazir hehehhe...
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Fri May 08, 2009 11:52 pm

    knp le kamu xmasak teri,masuk tu kat ledies corner,apa menu harinh,kamu masak,..cm sedap ja
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by teri-chan Fri May 08, 2009 11:54 pm

    huu tak kuasa aku... nk msk mlm2.. takde sapa nk mkn.. sume dh beli mkn sindri.. aku balik keje lewat... smpai umah tdo je huhuhu...
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Sat May 09, 2009 12:10 am

    dulu aku ada simpan pic2 n story anak derhaka utk diceritakan serta motivasi budak sekolah,tp thumbdrive tu ilang.Last yg aku igt,mat rempit,mati kena gilis dgn lori lepas derhaka mak dia
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by ogGy Sat May 09, 2009 12:29 am

    Haha teri memang terkenal dengan sikap dia tak suka membazir,dia akan buat apa saja supaya tak de unsur pembaziran.Jimat sungguh teri ni ... Cool
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by TOYSЯUS Sat May 09, 2009 3:39 am

    Saya pernah baca artikel ni. Tak berani nak baca lah. Kalau baca lagi sekali mesti menangis ni.
    Banyak sangat buat silap dengan mak.
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Sat May 09, 2009 12:36 pm

    Belum terlambat memohon ampun dan maaf,igt hadis nabi serta pesanan nya,igt 5 perkara sblm dtg 5 perkara,
    Matinya anak adam hanya membawa 3 amalan.
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by ogGy Sat May 09, 2009 8:29 pm

    Kita masih boleh lagi merasai erti hari ibu,macam mana plak dengan anak2 yang tiada ibu akibat di buang ? dengan erti kata lain anak luar nikah.Apa perasaan dia menyambut hari ibu ni..
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by raidizh AR Sat May 09, 2009 8:40 pm

    dlu mase ak duk kolej, salu gak ak msj mak ak mlm2..

    "gud nite mak. i luv u"

    ak rase malu sgt nk ckp cm2 ngn mak ak. tp ak send gak msj 2..

    pas2 cepat2 tdo. malu nk bace ap mak ak reply

    hehehe..mengade2 tol..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by TOYSЯUS Sat May 09, 2009 9:21 pm

    Kamu memang gedik. Kamu gedik sebab berjaya buat saya cemburu. Saya belum pernah send message macam tu, tak cukup kekuatan macam kamu. Kamu gedik! Sad


    Selamat Hari Ibu
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by raidizh AR Sat May 09, 2009 9:28 pm

    adeh...hambek ak...dapat gedik skali..

    ak malu gk sbnrnye. tp hati nk cakap gk..ko buat la mlm ni.. mn tau, nnt hati ko leh gumbira..heheh..

    p/s: pas2 ko cpt2 tdo..!!
    kindaichi_hajime
    kindaichi_hajime
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Number of posts : 1012
    Age : 40
    Location : KL
    Job/hobbies : Tengok bintang2..
    Registration date : 25/04/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by kindaichi_hajime Sun May 10, 2009 2:01 am

    aku nk gak anta msg cmtu..
    tp mak aku xdpt tgk sms da..
    nk ckp dpn2...malu plak da...huhu..

    anyway,berbalik kpd topik,ape pengorbanan palinggg besar pnh mak korang lakukan ntuk korang??
    54m4d
    54m4d
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 154
    Location : Tanah Melayu
    Registration date : 14/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by 54m4d Sun May 10, 2009 3:03 am

    Beruntungnya korang yg masih mempunyai Ibu..
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Sun May 10, 2009 9:27 am

    54m4d wrote:Beruntungnya korang yg masih mempunyai Ibu..

    Erm..sabar k,ada hihmah semua tu kan,allah ini adil,kmu jgn risau,dia xbalas sekarang akhirat pulak kita akan dapat yg setimpal.Bykkan doa dan sedekaah.Itu ja yg sampai pada mereka.Doa anak yg soleh,ilmu yg bermanfaat & amal jariah semasa idup
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by teri-chan Mon May 11, 2009 8:55 am

    Pengorbanan mak aku yg terbesar ialah angkat kaki dr umah abh aku, n raised 5org ank kt bwh bumbung umah br, pas2 support 5org ank utk mkn, blaja, keje lepas tinggalkn abh aku, n... Byr duit down kete aku hehehe. Makaceh mak! 6k msuk buku! 4 mother's day smlm kami celeb ngn kek n aku bg mak aku gelang kristal huhuhu.
    fiza_cute
    fiza_cute
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 664
    Age : 39
    Location : Pagoh
    Job/hobbies : jobless
    Registration date : 21/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by fiza_cute Mon May 11, 2009 6:10 pm

    waaa..bestnye..
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by Jedi Mon May 11, 2009 6:22 pm

    Deleted....
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by ogGy Mon May 11, 2009 9:51 pm

    teri-chan wrote:Makaceh mak! 6k msuk buku!

    Haha ...sempena hari ibu,sempat jugak ko pau mak ko 6k ek,itulah pengorbanan mak ko demi anaknya Smile. Ko ada kisah sedih jugak ek...
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by mitutoyo Tue May 12, 2009 1:09 am

    Bagus teri nh,tp ok apa,dia appriciate n hadiakan gelang kristal.Kalo gelang mas lg best,batu mutiara ka
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by ogGy Tue May 12, 2009 1:48 am

    Jadi teri boleh seorang ibu yang baik satu hati nanti...untung sape dapat isteri cam nikan.. :)Insya allah.. betuk x mitutoya ?

    Mitutoya : panggil ko toya je boleh ? panjang sangatlah nick ko hehe..

    Sponsored content


    Ibuku Seorang PEMBOHONG!! Empty Re: Ibuku Seorang PEMBOHONG!!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 6:35 am