Mengenai UniKL, Mohamed Khaled menjelaskan, kerajaan mahukan UniKL meneruskan program-program dan kursus-kursus yang sedia ada.
''UniKL akan terus bergerak sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tetapi ia berbeza berbanding IPTS lain kerana dimiliki oleh syarikat milik penuh kerajaan.
''IPTS yang lain adalah milik syarikat kepunyaan individu atau swasta. Dalam hal ini, UniKL tidak perlu mengubah kedudukan untuk menjadi sebuah IPTA,'' katanya.