TJ-Ariff wrote:Kita berbincang secara berhemah ok..
mula2 aku x paham gak apsal ko cakap mcm tu sbb aku rasa aku tulis dah secara berhemah
...bila aku baca balik pos aku dgn nada lain, baru aku paham...
sori kalu ko rasa macam aku pos secara x berhemah
...
Betul apa yg ko kata kan tu, pakai kerana Allah bukan kerana siapa siapa, tetapi sebelum mencapai tahap "buat sesuatu itu semata mata kerana Allah", terlebih dahulu mestilah diajar dan dipaksa untuk melakukannya dulu.
Kalau tidak masakan ada hadis yang menyatakan agar dirotan anak jika tidak mahu bersolat!. Tidakkah nanti anak itu akan solat kerana takutkan ayahnya?, bukan takutkan Allah.
ye aku setuju...lepas kita suruh tapi x buat2 jugak, elok dirotankan...suruh se-awal 7 tahun...rotan kalau umur 10 tahun pon degil jugak...dah beri masa 3 tahun untuk dia berfikir sendiri...lagipon, kanak2 mmg tidak dapat wat "reasoning" dgn diorang...
Bertudung kerana sesiapa atau kerana apa apa pun bukan soal nya, yang penting adalah pendidikan dan pengentahuan tentang Islam itu sendiri. Kalau umat Islam sendiri takut untuk menghidupkan syiar Islam, percayalah, Islam akan hancur, sekarang ini pun telah kelihatan kehancuran ajaran Islam.
Lemah lembut, budi bahasa, sopan santun, berhemah itu adalah tuntutan dan ajaran Islam, tetapi didalam lemah lembut itu mesti ada ketegasan!
Setiap yang wajib mesti dipatuhi, paksa mereka memakai tudung(menutup aurad) bukanlah sesuatu yang melampaui batas kerana itu adalah peraturan.
Didalam paksaan itu lah kita serapkan penerangan akan kewajiban dalam menutup aurad. Lama kelamaan, mereka dengan sendirinya akan menutup aurad bukan lagi kerana terpaksa tetapi kerana kecintaan mereka kepada Allah..
Allah hu alam..
ye aku setuju...
tapi apa yg aku maksudkan sebelum ni, kalau orang dah besar panjang, paksaan kurang berkesan...sebab tu akan menyebabkan dia lagi defensive...
dan kerana itu aku berpendapat, kenapa suruhan berhijab contohnya, diberi kepada orang yg terdekat(i.e: ahli keluarga, sahabat handai, ect) dan bukan kepada pemerintah misalnya, kerana org yg dekat dengan dia lebih tahu cara utk membawa dia kearah itu(ada yang kalu lagi dipaksa, lagi dia buat, pastu lari kalu terus dipaksa...ada yg dpat menerima cara tu, etc)...
jadi, secara berhikmah ditekankan oleh Islam...penerimaan seseorang berbeza2...kalau patut dipaksa dan cara itu lagi berkesan utk individu tertentu, maka elok lah dipaksa...kalau elok dinasihat secara pelan2, elok nasihat pelan2...kalau elok dinasihat secara praktikal(e.g: kita buat dan tunjukkan hikmah berhijab), elok dibuat cara tu...
sebab, IMO berdakwah bukannya satu benda yg 'rigid'...bermacam2 cara bergantung kpd individu tertentu...seelok2nya, paksaan adalah the last resort...
Wallahua'lam