Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Keghairahan seorang remaja perempuan melayari laman sembang bertukar tragedi apabila dia dilarikan seorang lelaki warga asing selepas terbaca kiriman e-mel misteri yang diterimanya.
Difahamkan, kandungan emel itu hanya tertera perkataan ¡cinta berahi¡¯ dengan tulisan merah, namun tulisan berkenaan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu memukau sesiapa saja yang membacanya.
Selepas terpukau, mangsa akan patuh arahan yang diberikan lelaki terbabit sebelum mengatur pertemuan dengan pengirim e-mel berkenaan.
Sebaik bertemu, mangsa sekali lagi dipukau sebelum dilarikan dan disembunyikan di lokasi tertentu.
Dalam kes terbaru, seorang remaja yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjadi mangsa ¡ahli sihir moden¡¯ itu.
Mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, melarikan diri dari rumahnya di Bandar Baru Sentul pada 20 Mei lalu, dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri dipercayai selepas dipukau lelaki terbabit.
Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai, Ampang di sini oleh bapanya Badrul Hisham Zainal Abidin, 42, kira-kira jam 4 petang, kelmarin dalam keadaan separuh sedar hasil maklumat orang awam.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 20 Mei lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.
Menurut Adilla, selama 13 hari menjadi ¡tahanan¡¯ kepada lelaki terbabit, dia tidak menyedari kejadian itu sebaliknya tersedar apabila menemui bapanya yang mencarinya di kawasan berkenaan.
¡°Apa yang saya ingat adalah saya tinggal bersama dua lelaki warga asing berusia 30-an dan seorang daripadanya individu yang melarikan saya.
¡°Sebelum kejadian, saya terbaca satu e-mel sebelum hilang ingatan,¡± katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, suspek melarikan diri dan usaha memburunya dilakukan pihak berkuasa.
Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata perbuatan pukau melalui peralatan moden boleh berlaku.
¡°Golongan yang menggunakan kaedah ini adalah pengamal ilmu sihir dan mereka bersaudara dengan jin serta syaitan.
¡°Dengan bantuan makhluk durjana ini, mereka mampu melakukan perkara luar batasan termasuk memukau sesiapa saja yang dikehendaki menerusi kiriman emel mahupun panggilan telefon,¡± katanya.
--------------------------------------------------
Korang rasa boleh jadik ker camnie... guna teknology plak nak pukau2 orang. Dari segi logik teknology digital boleh mentransfer bukan sahaja bytecode, tapi 'ghaib code'.... Kalau e-mail boleh pukau, YM, Skype per sumer tu.. even chatbox putera pun orang boleh guna untuk pukau... hati2 ler...