Hairul, kalau nak citer bab boot location nie memang panjang dan teknikal sikit.
sebab ia melibat sector pada disk tersebut.
Kita semua tahu bahawa setiap disk, tak kiralah HD ke, FD ke, ataupun CD disk, semuanya ada ruangan untuk menyimpan maklumat. Ruangan ini dipanggil sector.
Kalau HDD, kita kena buat partition dulu, partition ini umpama sebidang tanah,
kemudian baru kita format, format ni pula umpama lot atau tapak tanah, pada lot ini dibentuk sector. Ia umpama rumah. Bila dah siap sector2 ini (rumah) , barulah boleh dimasukkan data, ia umpama barangan dalam rumah..
setakat ni faham kut... he he..
Jadi setiap tapak2 sektor ini mempunyai alamat tersendiri.. supaya senang nak dicari.
pada setiap sebidang tanah itu tadi (disk) disediakan secara taknikal satu sector yang dikhaskan untuk boot. ia terletak pada sector 0 .
apa apa saja fail yg berbentuk boot fail akan dibenamkan ke sector ini, Ia dilakukan secara automatik yang telah siap diset pada setiap chip kawalan, tak boleh dilakukan secara manual.
Jadi kalau kita gunakan arahan copy atau xcopy atau apa saja arahan seumpama nya maka sistem akan membenamkan data tersebut ke sector2 dialamat yang telah disediakan, tetapi bukan ke sector 0.
Kalau ko perasan, jika menggunakan perisian partitionmagic , bila kita nak membuat partition bagi HD baru, software tersebut akan bertanya adakah HD tersebut nak disediakan sistem fail. Jika kita pilih Y, maka PM akan membuat satu boot sector untuk diisi dengan fail2 sistem.
Harap faham, dan kalau tak faham juga, buat2 ler faham..
kalau ada yang tersesat dalam ajaran aku tu,
harap jika ada yang lebih tahu, dapat menerangkannya dengan lebih betul.
Itulah sebabnya kenapa kita tidak boleh copy sistem fail secara terus untuk membuat boot disk.
*p/s: penah buat untuk win95 boleh ler pulak... he heWassalam...