ruzlam wrote:dominant star... aku paling tak suka lah org judge aku ni mentaliti nak kaya cepat... siapa2 pun tak mo lah... aku lg suka lau ko bg ilmu ko dengan cara yang baik ok... aku tau ko dah kaya sangat sampai ko lupa bahawa tidak semua melayu nak kaya cepat... lg satu aku suka dengan niche yang ko citer tapi itu lah yang aku cakap sebelum ni, aku tetap tak paham juga dengan bende yang ko cakap terutamanya Squidoo lens,Google Analytics atau Affiliate Prophet... aku ni masih baru dan buat sekarang aku hanya nak ceduk ilmu dari korang dulu... amacam bole ka bro?
Assalamualaikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh.
Aku masuk disini sebenarnya nak edit post yang di hantar guna nama aku tu. Alang-alang baca sekali this whole thread.. terpanggil plak nak reply.
First, aku bukanlah nak menyokong sangat Dominant Star... tapi semenjak kami mula sampailah sekarang... kami sentiasa ada masalah dengan bangsa kita sendiri. Yakni melayu. Ironi dan kadang kala menakutkan.
Sometimes aku wonder juga... adakah melayu tak boleh tengok bangsa sendiri hidup senang? Tak semua kan?? Mmg segelintir jer. Ironinya yg segelintir tu penuh disekeliling aku sewaktu aku mula. Yg tak semua tu hilang ntah kemana.
Yg pelik tu bangsa Cina dan lain-lain tak pernah beri masalah pada kami. Kai Kiske ok jer. Engrista ok jer (maybe ko x kenal kot.. takpelah kalau tak kenal). Kengkawan kami yg lain pon mmg semua ok la. Dah kawan. Tapi sanak saudara kami?? Rakan-rakan outside circle IM kami?? Sentiasa bercakap sesuatu yg cukup2 menyedihkan dan bukan sahaja down-kan aku punya semangat.
"Hahaha... Syam... kata nak kaya?? Mana duit dia?? X nampak sesen pon bai. Hahaha".
These kind of things are very common.
Lepas setahun bila nampak Integra DC5... mula lah datang merayu-rayu minta aku ajar.
Aku consider nak tolong bangsa sendiri... aku ajar lah.
Dua minggu jer... dia pergi heboh kat semua org ckp aku tipu dia lah. Kedekut ilmu lah.
Sebab apa??
Sebab dia kata, "Ini semua kerja susah bai. Aku nak duit laju mcm ko. Mcm AdSense tuh taruk iklan jer dpt duit. Ko mesti sorok benda yg btol2 ko buat kan??"
Bila kami ckp ttg mentaliti org melayu.. ada reasonnya.
Semenjak aku mula lagi... bangsa aku sendirilah yg asyik kondem aku sampai aku dua kali putus asa. Nak tau mcm mana aku boleh berjaya?? Sbb aku byk jumpa dan bergaul dgn bangsa lain mcm Jepun (ky kiske) dgn Cina (Engrista). Ko tak kenal diorang nih... tapi old time forummers putera kenal.
Aku sudah ada byk client yg aku ajar pasal niche dan website flipping. Lemme tell you about them.
Daripada 10 client / murid aku yg melayu... secara puratanya 9 akan berperangai mcm ni:
-Sentiasa byk tanya benda yg sama berulang-ulang. Alasan.. tak faham. Takpelah.. aku jawab gak sbb diorang bayar bukan sikit kat aku. Tapi esok lusa tanya lagi. Sampai seminggu stuck pada topik yg sama saja.
Org lain (mmt ni England mari punya... pakcik berusia 36 tahun yg dah fed-up dgn 9 to 5 hours a day job dia)... bila aku ajar dia tak banyak soal. Dia terus try di internet. Dia hanya bertanya
apabila dia hadapi masalah di internet. Dia akan test dulu before dia bertanya... in other words he learns through trying.
-Client melayu aku bila cukup dua minggu mula complaint kat aku:
"Ini semua perlu kerja berat la Sham. Kami tak mau kerja berat camnie."
Mamat England tuh plak:
"I see these all are hard to do. Nevermind.. I'll keep on trying. Thanks Magnolia."
Dua ni cukup.
Atas dasar ni bila ada orang melayu yg approach kami... kami always take stance bahawa dia pemalas dan nak kerja mudah. This stance only changes bila orang melayu tu berjaya 'prove otherwise'. Sbg contoh ubuntu90. Aku dan Crown via dia dulu sebagai org yg agak susah nak berjaya dan bermasalah skit. But tak lama lepas Area51... dia berjaya prove himself otherwise.
Sekarang dia antara the best yg ada dlm Tanya@Putera ni.
Kita masing-masing Melayu... so kita tahu sebenarnya kita orang yg mcm mana. Ada sebabnya kenapa ekonomi org Cina saja yg conquer. Boleh saja kalau nak salahkan British sbb buat 'clustering' zaman dulu. Terpulanglah nak fikir mcm mana
Ko mention di atas tentang ko ttp tak paham juga. Biasa la tuh.. x paham kan? Org lain pun tak paham juga.
But let me ask something in return.
Apa inisiatif ko untuk 'memahamkan perkara itu'?
Mcm ubuntu90... dia pergi kaji sendiri satu persatu. Yg nampak menarik dia test. Sorang kawan aku yg berjaya lepas aku ajar (aku mention 9 dari 10 tadi kan?? Yg ni yg baki 1 punya.. yg berjaya membuktikan pada aku bahawa aku totally wrong dlm menilai dia)... sentiasa test new things yg dia nak fahamkan.
Dia baru mula belajar sehari jer... terus pergi bukak Akaun AdWords sbb dia nak fahamkan. Good person. Dan sekarang dia dah berjaya jugak mcm ubuntu90.
In the end it all boils down back to mentality. Org yg berjaya ada mentaliti yg berbeza dgn orang biasa.
Waktu niche mula diperkenalkan dalam forum ni... Phoenix ambil pendekatan tembak semua yg buat MLM, quick money program dan perigiduit. Agaknya ramai gak kot bengkek dgn dia. Tapi lepas tuh dia bukak thread niche marketing yg dah disave tuh.
It is at that point... yg mana bengkek dia dgn terus bengkek dgn dia. But sesiapa yg walaupun panas hati dgn approach dia... tapi ambil ia sebagai positive point... akhirnya gain a lot of things from the old thread.
Aku takde la nak ckp byk2 dah. Bukan platform yg bersesuaian lagi.
Cumanya... sedikit nasihat dari aku kalau ko btol serius nak buat niche:
1) Jgn sakit hati atau terasa dgn kritikan org. Maafkan saja. Bahkan ambil kritikan orang sebagai cabaran. Kalau kau mampu maka kejayaan disisi ko. Kalau tak mampu nak buat benda ni... maka ko kemungkinan besar akan kekal pada tahap ko sekarang. Aku ckp kemungkinan besar sbb kunci rezeki tu Allah S.W.T yg pegang. Ada kemungkinan ko tetap akan berjaya jauh lebih baik dari kami kalau itu kehendak Allah S.W.T.
2)Kalau X paham jgn harap pada orang. Search sendiri via Google dan cuba. Ini attitude semua org yg berjaya. Jgn bergantung harap pada orang sebab pergantungan kita hanyalah pada Allah S.W.T. Minta pada Dia kalau nak faham sesuatu. Minta pada Dia kalau nak sesuatu ilmu. Kadangkala kalau ada ilmu byk mana pun takkan berjaya jugak kalau bukan dgn kehendak Allah S.W.T. Fahamkan perkara ini kerana ini bukan lagi konsep tetapi hakikat.
3) Akan ada byk produk2 IM based yg wujud di muka Bumi ni yg ko akan jumpa. Nasihat aku... each time nak beli sesuatu... sentiasa tanya pada org. Tanya dlm forum ni pon boleh jugak sbb kami disini byk fokus produk outside Malaysia.
4) Jgn kerap bertanya soalan sangat. Tapi sentiasa meminta pendapat. Cuma ini ko pandai2 la. Jgn la asyik tanya "Niche apa aku patut buat ek??". Sebaliknya tanya: "Antara dua niche ni yg mana bagus ek??"
5) Nak berjaya... yg ni aku asyik explain pada client aku yg Islam.
JGN TINGGAL SOLAT DHUHA. Minima dua rakaat. Tapi sebaiknya 4 ke 6 rakaat. Nak lagi bagus... buat tahajjud setiap jumaat paling kurang 2 rakaat. Kalau mampu buat setiap hari. Kalau diizinkan Allah S.W.T... ko akan dapat lihat dan hayati sesuatu yg jauh lebih dahsyat, hebat dan menakjubkan daripada niche marketing dan pendapatan USD 75,000 sebulan. Semua tu actually is nothing compared to apa yg aku maksudkan tu. Dan apa yg aku maksudkan tuh hanya boleh ko rasai bila ko usaha merapatkan diri kepada pencipta kita yg Maha Agung.. Allah S.W.T.
Finally... good luck. Aku takkan budge in dalam thread ni dah sbb ini bukan platform aku.. dan aku x de niat nak potong rezeki ko ke apa. Minta maaf banyak2.
Dan akhir kata... maafkan lah semua orang yg pernah buat salah pada ko (termasuk lah si Dominant Star tuh). Ko akan dapati bila ko jadi seorang yg pemaaf pintu rezeki ko akan lebih mudah terbuka. Satu lagi adalah menyebarkan salam dan merapatkan silaturrahim. Itu pun buka pintu rezeki juga.
Assalamualaikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh.