by TOYSЯUS Fri Jul 24, 2009 5:11 pm
Buat pengetahuan kamu saudara, saya menulis setelah saya fikir apa yang saya nak tulis, bukan menggunakan emosi.
Tetapi kalau kamu membacanya secara emosional, itu bukan masalah saya.
Menjawab soalan-soalan kamu:
1. kenapa mahu ditolak bila sesuatu yang boleh memajukan bangsa sendiri??
Sebab telah terbukti ia bukan memajukan. Kalau anda buka mata dan minda, rajin membaca, rajin mendengar dan rajin mencari maklumat, anda akan jumpa bukti ianya merosakkan dan menggagalkan ramai murid.
2. dan mana tau srjk hanya tekankan bahasa ibunda??
Aku ada banyak bukti, tiga daripadanya:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/8/mstar_berita/20090708190132&sec=mstar_berita
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/16/nation/20090716115031&sec=nation
Kalau malas membaca, jangan cuba bermain kata.
4. apa masalah dgn bahasa inggeris bg org melayu??
Tiada masalah. Tapi apa masalah dengan BAHASA MELAYU bagi ORANG MELAYU?
5. kalau ilmu kita dah tolak, kenapa perlu ada matapelajaran sains dan
matematik sedangkan ramai org melayu yg kerja dalam pertanian,
peruncitan dan sebagainya yg tiada kena mengena dgn mata pelajaran tu???
Kita bukan menolak ilmu, jangan putar belit fakta. Belajar dalam Bahasa Melayu juga adalah ilmu. Subjek Matematik dan Sains adalah perkara asas untuk kemahiran hidup. Sektor pertanian, peruncitan dan sebagainya memang memerlukan Matematik dan Sains. Tapi adakah ia memerlukan pengiraan matematik dan sains itu dalam bahasa Inggeris semata-mata?
6. satu lagi, ko ambik berapa saat utk berfikir dan menterjemah dalam masa yg sama.....
Kalau ko faham Matematik dan Sains, ko tak payah fikirkan bahasa apa dia guna pun ko dah boleh settlekan masalah. Sebab Matematik tu bahasa flexible, refer post aku sebelum2 ni. Kalau ko faham bahasa Inggeris, ko boleh settlekan Sains dengan syarat ko kena faham Sains.
7. dan nak ke kita tgk generesi akan datang tidak serasi dgn jargon ini apabila kerja di syarikat antarabangsa???
Memang tak mahu, sebab itu perlu banyakkan syarikat local dengan bahasa kita sendiri. Sampai bila nak kerja bawah arahan orang?
Kaum Cina di Malaysia dah ada inisiatif sendiri, sebab tu mereka buka banyak syarikat sendiri, dan guna bahasa Mandarin.
Kamu pula sibuk suruh orang Melayu kerja dengan syarikat luar, dan guna bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hilang ke mana?
8. dan kenapa kita perlu jd sebegini emosional bila 2 matapelajaran SAHAJA ditukar ke bahasa inggeris??
Bukan emosional tapi tegas dan yakin dengan pendapat sendiri. Kalau kamu yang emosional, sekali lagi, itu bukan masalah saya.
2 matapelajaran ditukar ke bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Persoalannya kenapa ditukar? Dah elok dalam bahasa yang mudah difahami, disukarkan pula. Ya, bahasa Melayu mudah bagi kanak-kanak. Bukan bahasa Inggeris. Sebab itu bahasa Inggeris digunakan di universiti. Untuk persediaan menghadapi PNP dalam bahasa Inggeris di universiti, budak-budak patut diasah bahasa Inggerisnya, bukan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
9. dari segi penterjemahan buku2 ilmiah dari luar, kebanyakan penterjemah
hanya menggunakan terjemahan secara terus di mana kadang kala boleh
menyampaikan sesuatu terjemahan itu tersasar dari terjemahannya.....
Kebanyakan penterjemah hanya menggunakan terjemahan secara terus, tu dalam subtitle di kaca TV boleh lah cakap. Beri kelulusan kepada orang yang tak lulus BI untuk menterjemah ayat?
Anything else?