by TOYSЯUS Fri Jun 12, 2009 9:57 pm
@hampeh
Yup nama itu bukan alasan untuk kita tolak isinya. Kalau tak suka nama, ambil isinya saja. Bukan katakan isinya pun busuk.
p/s: Sekarang kan kempen ban eman manan. Haha.
@naza
10 pegangan / konsep dalam Islam Hadhari tu bukannya konsep yang baru.
Berbicara mengenai tamadun manusia bukan hanya bererti penghijrahan manusia dari gua-gua ke sistem perumahan, atau dari menggunakan sistem barter kulit siput ke sistem kewangan.
Tamadun termasuklah kemajuan dari segi ekonomi, pembangunan negara, peradaban bangsa dan seterusnya.
Tamadun Islam selama ini cukup sempurna. Islam itu sendiri sudah sempurna sejak zaman Rasulullah s.a.w.
Tapi lama kelamaan selepas kewafatan baginda, kita lihat zaman kegemilangan / kemajuan Islam semakin ditinggal jauh oleh masyarakat bukan Islam. Bukan saya maksudkan kemajuan negara Islam semakin jatuh merudum, tetapi ia sekadar konsisten, sedangkan kemajuan
negara lain semakin futuristik dan meningkat maju ibarat bunga disirami baja.
Ambil sahaja contoh yang berlaku sekarang, semua orang memandang kemajuan Amerika Syarikat sedangkan kemajuan Islam dulu pernah berlangsung di negara Arab. Kenapa ia berlaku sedemikian?
Kerana kita semakin lupa bagaimana Rasulullah s.a.w memantapkan kemajuan Islam di zaman baginda.
Sehingga kini kita masih memperkatakan bahawa tamadun Islam dahulu lebih maju dari sekarang, tapi apabila ada usaha untuk kita
memajukan negara mengikut acuan dahulu, ada pula pihak yang tak bersetuju.
Jika kita lihat 10 prinsip Islam Hadhari (ditekankan sekali lagi, Islam Hadhari BUKAN sebuah agama, tetapi peradaban bangsa),
kesemua 10 prinsip itu sudah digunapakai sejak zaman kegemilangan Islam dahulu. Cuma Pak Lah bangkitkan semula ia dengan istilah Islam Hadhari.
Dan saya percaya, sekiranya nama Islam Hadhari itu adalah Hadhari Islamiyah, pasti ada juga yang akan menolak perlaksanaannya.
Semata-mata fahaman politik merekakah? Atau bagaimanakah? Wallahua'lam.
* btulkan kalau silap!
p/s: Mengenai Sisters in Islam, saya tak tahu ia ada kena mengena dengan Islam Hadhari atau tidak.
Tapi, saya pun kurang setuju dengan Sisters in Islam. Mungkin boleh bincang di topik baru?