Assalamualaikum w.b.r.
Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi supaya agar kita bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah S.W.T.
Setelah memperhatikan tanda-tanda kiamat-kiamat kecil, antara yang dinyatakan bagi tanda kiamat kecil ialah munculnya gunung emas di Euphrat.
Daripada pemerhatian saya dengan isu yang berlaku akhir-akhir ini, kejadian seperti yang dinyatakan di dalam hadith di atas akan berlaku mungkin sahaja tidak lama sahaja lagi.
Ini berikutan, kebimbangan kerajaan Iraq bahawa sungai Euphrat akan menjadi kering seperti yang boleh dibaca disini: http://www.reuters.com/article/latestCrisis/idUSL7318197
dan yang terbaru adalah berita mengenai akibat kekeringan sungai Euphrat, ular mula mengganas dan menyerang penduduk kampung seperti yang boleh dibaca disini: http://www.independent.co.uk/environment/nature/as-iraq-runs-dry-a-plague-of-snakes-is-unleashed-1705315.html
jadi tidak mustahil selepas daripada peristiwa-peristiwa ini, khazanah Allah yang berada di bawah sungai ini akan keluar dan manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkannya seperti apa yang berlaku sekarang ini (mereka berebut air sungai Euphrat) sesuai dengan sabda baginda S.A.W.
Justeru, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk hari bertemu dengan Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh bertaubat kerana taubat tidak akan lagi diterima apabila waktu ajal & tanda besar kiamat muncul.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Daripada pemerhatian saya dengan isu yang berlaku akhir-akhir ini, kejadian seperti yang dinyatakan di dalam hadith di atas akan berlaku mungkin sahaja tidak lama sahaja lagi.
Ini berikutan, kebimbangan kerajaan Iraq bahawa sungai Euphrat akan menjadi kering seperti yang boleh dibaca disini: http://www.reuters.com/article/latestCrisis/idUSL7318197
dan yang terbaru adalah berita mengenai akibat kekeringan sungai Euphrat, ular mula mengganas dan menyerang penduduk kampung seperti yang boleh dibaca disini: http://www.independent.co.uk/environment/nature/as-iraq-runs-dry-a-plague-of-snakes-is-unleashed-1705315.html
jadi tidak mustahil selepas daripada peristiwa-peristiwa ini, khazanah Allah yang berada di bawah sungai ini akan keluar dan manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkannya seperti apa yang berlaku sekarang ini (mereka berebut air sungai Euphrat) sesuai dengan sabda baginda S.A.W.
Justeru, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk hari bertemu dengan Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh bertaubat kerana taubat tidak akan lagi diterima apabila waktu ajal & tanda besar kiamat muncul.
Sesunggunya Allah telah berfirman, bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-An’am, ayat 158)
firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.”