by ashid Fri Jul 03, 2009 10:18 pm
ehehe.. jgn la camtu siput sedut.
biar la dia dengan pilihan hatinya. Memana MLM pon, kena caranya, kaya.
mmg betol ramai yg kaya. yg kayap pon ramai, tapi cerita cerita orang kayap ni tak la se popular cerita orang yg kaya.. so, standard la bila kita dengar MLM cerita kaya ja yg sampai kat telinga. And cerita tu lak selalunya "cerita kawan aku yg kaya" , jarang sangat nak dengar "cerita aku kaya".
Bermula dari bawah, seorang penghantar surat (atau boleh tukar dengan student,suri rumah - bergantung pada target market), hidup melarat, duit tak cukup, hutang keliling pinggang..cuba macam2..tapi tak bejaya, cuba plak _______ (nama kompeni) fuh.. meletop, tak sampai setahun.. BMW (yg selalu takda no plate dalam fryer tu) 3 4 biji..rumah besar ngalahkan masjid.. shopping lebih banyak dari zakat. semua cerita tu nak tunjukkan semua orang boleh buat, semua orang boleh kaya. Tak susah. Yg rasa diri dia mmg takda peluang nak kaya (malas skolah, malas keja, malas semuanya) mesti meleleh punya kalo dengar. Ditambah lagi dengan janji upline "kami akan menolong anda" fuh.. bonus lagi untuk orang malas. Penyudahnya.. yg malas tetap tak dapat apa.
AKu terbaca somewhere, dalam MLM, people buy the company and the sponsor. maksudnya kalo business planya bagus , syarikat establish, orang yg sponsor (aka upline) pon bagus, takda sebab untuk tak join. Yg aku nampak, selalunya tak jadi masalah dengan kompeni, tapi ada masalah dengan orang yg sponsor. Kalo encik kakiss kita ni memang ada ciri ciri upline yg bagus, mmg dia akan buat banyak downline (aka duit).
Aku tak berapa setuju dengan "semua orang boleh buat" , buktinya dari 100 orang yg join, berapa yg di iktiraf berjaya? bukan 100 kan? so, terbukti tak SEMUA boleh buat. Ada faktor faktor kenapa seseorang tu berjaya and tak berjaya, kepada kakiss.. kaji la faktor faktor tu.. insyaallah akan berjaya, if tak jutawan pon, at least ko berjaya menjadi orang yg bukan "kebanyakkan".
dalam sibuk sibuk kita kejar duit, title. Jgn abaikan solat (ni pesanan ayah aku untuk aku sebenarnya) , aku perasan, sangat mudah untuk kita terpesong kalo takda pegangan yg kukuh (agama kita), tak perlu jadi jutawan, dapat 3 4 ribu bersih sebulan pon bleh tak tentu arah hidup. Soal haram halal kena beri penekanan lebih, kadang2 kita tak suka baca or amik tahu hal haram sebab kita sangat yakin dengan business kita yg "diperakui" halal. Hakikatnya, dalam business apa pon, ada faktor faktor (even kecik such as niat) yg boleh menukarkan perkara halal kepada haram. Amik perhatian yang lebih soal tu ya..