Akhirnya, keputusan bedah siasat Raja Pop Dunia, Micheal Jackson (MJ) telah terbocor kepada pihak media di Barat dan ia menunjukkan hasil yang mengejutkan.
Antaranya, rambut Michael Jackson dikatakan hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu. Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis pil yang sudah larut. Berat tubuhnya hanya 51.8 kilogram dan ia berada di bawah berat badan ideal bagi lelaki setinggi 180 sentimeter.
Selain itu, peha, pinggul dan bahu Michael Jackson dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit.
“Rambut beliau banyak yang sudah gugur dan badannya terlalu kurus. Sebelum mati, Michael Jackson tidak menjamah makanan langsung dan hanya makan pil saja,” memetik kata sumber.
Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.
Beberapa tulang rusuk Michael Jackson patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering.
Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut Michael Jackson pernah terbakar.
Terdapat 13 parut dikesan daripada pembedahan kosmetik. Namun pembedahan rawatan kanser kulit di dada Michael Jackson berjaya dan lukanya bebas jangkitan kuman.
Keluarga Michael Jackson dikatakan tidak berpuas hati dan meminta agar bedah siasat kedua dilakukan kerana bedah siasat pertama tidak menunjukkan tanda-tanda MJ meninggal dunia kerana perbuatan khianat.
sian dia.....rupanya dia dah sakit teruk sebelum ni......