Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+17
daniel
sms_zana
datuk abu
Aku Tak Sengal
loy_azloy
miss_roxy
mattjack
ruzlam
TOYSЯUS
Jedi
rinoa1812
Hellghast
hampeh
nelza
teri-chan
crazy_labelle
mat bunga
21 posters

    hang tuah bukan melayu?

    neology
    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 38
    Registration date : 25/04/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by neology Wed Aug 05, 2009 6:22 pm

    aku rasa hang tuah xwujud pun..ia hanya rekaan masyarakat melayu dulu untuk menaikkan semangat orang melayu. kalo kita fikir logik pn..nama hang tuah wujud dalam beberapa *zaman kesultanan

    1.Sultan Muzaffar Syah(1445-1459)
    2.Sultan Mansur Syah(1445-1477)
    3.Sultan Alauddin Riayat Syah(1477-1488)
    4.Sultan Mahmud Syah(1488-1551)

    Jika Hang Tuah berkhidmat untuk Sultan Mahmud Syah..hang tuah masa tu dh berumur 44thn..(hang tuah lahir 1444)
    ..xkan la hang tuah tidak tua2..menjadi laksamana..kuat sgt ke hang tuah walaupun dh tua?

    jadi, kalo hang tuah xwujud..mana mungkin hang tuah asal berbangsa cina atau melayu..

    *malayuonline.com
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by hampeh Wed Aug 05, 2009 8:28 pm

    kata hang tuah tu hero , mestilah hidup lama kot Wink
    daniel
    daniel
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 108
    Age : 39
    Location : diatas bumi merdeka
    Job/hobbies : plok bantal bucuk
    Registration date : 17/03/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by daniel Wed Aug 05, 2009 8:44 pm

    ??????????? wrote:Leh cayer ke keris Taming Sari tu.
    Kalau betul keris tu masih ada sampai sekarang dan disimpan Sultan2, bermakna Sultan2 kita ni melakukan syirik?
    Sebab mereka mempercayai sesuatu itu mempunyai kuasa luar biasa, lalu mereka simpan ia dengan baik?
    Mungkin ada upacara tertentu untuk mengekalkan sihir yang ada pada keris tu?
    Hurmm..

    Tapi aku tak percaya kisah keris Taming Sari. Huhu.

    bukan mcm tu... keris taming sarikan ade mcm sumpahan nyer.... takut malapetaka akan belaku.... ini aku dgr kene ikut adat keris tu sendiri....
    lg satu yg keris hebat... keris laksamana bentan... keris ni pisau die bergerak2 mcm cacing..... keris ni saja yg bleh bunuh raja2 pd zaman kesultanan.... ? agaknyer kot?
    x tawu le.....
    hanya tuhan saja yg tawu
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by TOYSЯUS Thu Aug 06, 2009 2:46 am

    Erm.
    Entah la. Tapi (pada pendapat aku), aku tak percaya la keris-keris yang ada kuasa, atau keajaiban tertentu ni.
    Pada aku, keris-keris tak lebih dari sekadar sebilah pisau yang mempunyai likur2. Dan ia simbol kepahlawanan Melayu.
    Tu pada aku lah.

    Dulu kita pernah dengar, heboh diperkatakan tentang keris yang boleh berdiri tanpa ada orang pegang, atau apa-apa bantuan tali.
    Sedangkan itu cuma trick mudah. Aku dah pernah buat sendiri, sebab aku ada keris kat rumah. Sangat simple je trick nak bagi keris tu berdiri. Nasib baik lah aku tak panggil wartawan Metro. Kalau tak, mahu dituduhnya aku mengamal sihir. Lolz. Malangnya keris tu baru jer dicenderamatakan kepada orang US yang menumpang rumah aku minggu lepas. Adehh.
    Dan korang tau tak, batu sungai yang macam anak lesung batu tu, pun boleh diberdirikan atas satu sama lain setinggi bertingkat-tingkat (secara menegak, bukan mendatar).
    Bagi orang yang tak tau camner nak buat, mesti dia kata batu tu ada penunggu etc. Tapi trick nya sama dan sebijik macam trick menegakkan keris.

    Tapi, untuk memastikan kewujudan keris Taming Sari, kena pastikan dulu kebenaran wujudnya Hang Tuah di zaman dulu.
    Sebab keris Taming Sari diberi nama sempena empunya asal keris tu yang bernama Taming Sari, seorang panglima dari Majapahit yang dikerahkan untuk membunuh Hang Tuah.
    Maka, selagi kewujudan laksamana Hang Tuah tu kita tak dapat nak pastikan, apakah kita boleh mengesahkan kewujudan keris Taming Sari pula? Huhuhu.
    datuk abu
    datuk abu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 98
    Registration date : 20/03/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by datuk abu Thu Oct 08, 2009 1:56 pm

    salam,

    sesuatu yang menarik untuk dikongsi berkaitan Hang Tuah.

    Pada fasal di atas, masih pada halaman 5, bahagian bawah juga menarik dibicarakan oleh Raja Ali Haji mengenai Hang Tuah. Sebagaimana dimaklumkan dalam riwayat bahawa Hang Tuah berasal dari Sungai Duyung. Ayahnya bernama Hang Mahmud.

    Beberapa tahun lalu, ada orang mengemukakan pendapat bahawa Hang Tuah adalah seorang Cina, iaitu Hang Tu Ah. Menurut Raja Ali Haji dalam Tuhfat an-Nafis, beliau menulis, "pada masa kerajaan Sultan Mansur Syah mengutus ke Bugis kepada Raja Gowa dengan membawa beberapa bingkis dan hadiah kiriman. Maka dibalasnya oleh Raja Gowa dengan seorang anak raja-raja yang pada negeri kecil, iaitu bernama Daeng Mempawah. Akhirnya ia bergelar Laksamana Hang Tuah yang kemudiannya masyhur di Melaka serta menjadi hulubalang yang perkasa. Hang Tuah juga membunuh Hang Jebat yang menderhaka ..."

    Tulisan Raja Ali Haji di atas banyak perkara boleh kita bahas, bahawa nama Hang Tuah ketika kecil ialah Daeng Mempawah. Mempawah pada konteks yang lain pula adalah sebuah kerajaan di Kalimantan Barat.

    Raja Mempawah yang pertama ialah Upu Daeng Menambon. Sama ada nama Mempawah atau Upu Daeng Menambon banyak kali disebut dalam Tuhfat an-Nafis. Sekiranya kita berpegang pada kenyataan Raja Ali Haji, seperti yang disebutkan di atas, jelas bahawa pendapat yang mengatakan Hang Tuah atau Hang Tu Ah adalah seorang Cina, bukan Melayu atau pun Bugis tertolak dengan sendirinya.

    Rujukan: http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Tuhfat%20an-Nafis%20hurai%20perkembangan%20Islam.htm


    selain itu cerita seorang dgn nick name Pappriq dari silat-melayu.ning.com mengenai pandangan seorang guru silat mengenai Hang Tuah seorang cina.

    ..wallahu'alam..
    ..cerita saudara mengingatkan saya pada kisah lalu di zaman saya sekolah..
    ..ingin saya berkongsi kisah tersebut sewaktu saya bertanya kepada seorang pengamal bela diri yang arif dan juga alim dalam ilmu agama..
    ..pendapat beliau tentang Hang Tuah dan sahabat2nya..
    .."selagi apa-apa ilmu bela diri yang diakukan sebagai warisan asli dari mereka itu tidak melanggar syariat dan aqidah..pelajarilah akan ia..
    ..apa pun jenis bela diri luaran..samada dari negara luar atau dalam malaysia pun..asalkan ianya tidak membawa kepada perkara2 khurafat dan menjauhkan diri dari tuhan..tuntutilah..
    ..dan jangan kerana sikap yang biasa leka dan khusyuk untuk mempelajari sesuatu yang baik..membuat kita alpa pada suruhan tuhan..sehingga solat dan ibadah menjadi tertangguh..maka sikap itu harus diperbaiki dahulu melebihi dari tuntutan mendalami ilmu"..
    ..dan beliau berkata lagi kepada saya..
    .."siapa pun Hang Tuah dan saudara2 mereka..dan apa pun bangsa mereka..atas ilmu dan pengetahuan yang ada..diketahui umum mereka itu beragama Islam..maka doalah kebaikan untuk mereka..kerana mendoakan kebaikan untuk orang yang telah meninggal dunia..lebih2 lagi untuk kedua ibu bapa..sangat2 digalakkan"..
    ..dan beliau menyambung..
    .."dan setelah meninggal dunia kelak..kita tidak akan ditanya siapakah mereka semua ini..hatta siapa pemimpin negara ketika waktu kita menghembuskan nafas juga tidak ditanya..
    ..hanya akan ditanya tentang amalan kita, ilmu yang kita baktikan, anak didik kita dan perkara atas ketauhidan kita pada Yang Esa"..
    ..dan beliau terus menasihatkan saya..
    .."jadi untuk apa tuan (ditujukan kepada saya dan rakan yang berada dihadapan beliau ketika itu) amat ingin mengetahui siapa Hang Tuah..atas kebaikan apa berkenaan Islam yang tuan2 ketahui ada padanya..amalan zikirnya?..solatnya?..tingkah lakunya?..kitab2 yang pernah dihasilkannya?..cuma apa yang tuan2 ketahui..hanya melalui karangan2 sejarah dan tiada sebarang bukti yang zahir berkenaan baktinya"..
    .."berdoalah untuk nya jika betul beliau wujud dan Islam..dan pertanyaan saudara (ditujukan kepada saya pulak tuh!!) dan pertikaian berkenaan bangsa beliau dan siapa dan apa asal usul beliau..tidak membawa sebarang makna atas diri kita pada Allah di hari akhir kita kelak"..
    ..dan nasihat (waktu zaman tuh..saya anggap bebelan) beliau..memberi kesan mendalam pada saya..
    ..sejak itu..saya hanya sekadar berbangga..Hang Tuah Pahlawan Melaka..lagenda yang tiada buktinya (namun hingga kini masih menanti kenyataan sebenar dan meyakinkan)..bukan berbangga apa bangsanya..namun berbangga atas ilmu bela dirinya yang telah disampaikan dan diwarisi turun temurun hingga ke hari ini..
    ..dan jauh disudut hati..sentiasa berdoa..agar semua roh2 Islam para pejuang/pahlawan/pendekar/pewaris dan pengembang ilmu persilatan Melayu dicucuri rahmat olah Allah..diampunkan segala dosa2 mereka dan dimasukkan ke syurga kelak bersama para2 syuhada lain..
    ..semuga segala ilmu2 yang pernah mereka curahkan..dan amalan mereka yang baik yang sampai ke tangan kita ini..membawa kebaikan jua kepada mereka..aminnnnnnnnnnnnnnn..
    ..wallah'ualam..
    luqolas
    luqolas
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 101
    Age : 39
    Location : Seremban
    Job/hobbies : PC Gaming
    Registration date : 17/05/2009

    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by luqolas Thu Oct 08, 2009 2:43 pm

    Lalalaaa.... aku penah menetap kat Melaka, diorang lebih banggakan Hang Jebat dari Hang Tuah. Tapi aku lebih banggakan Pahlawan2 seperti Mat Kilau, Dato' Bahaman, Imam Rasu(Tok Gajah) dan geng2 seperjuangan.

    Sponsored content


    hang tuah bukan melayu? - Page 3 Empty Re: hang tuah bukan melayu?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 6:38 am