pembeli(pelabur) akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pembeli hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.
Semasa hasil hendak dituai, pembeli akan dipanggil untuk membuat pengiraan hasil bersama. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pembeli dan syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 atau 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pembeli. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pembeli tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran.
Selepas tamat tempoh perjanjian, pembeli boleh memilih untuk mengambil induk untuk dipelihara sendiri, menjual induk tersebut atau menyambung perjanjian dengan menandatangani surat perjanjian baru. Sekiranya pembeli memilih untuk menjual induk tersebut, pembeli akan mendapat kembali 100% modal yang dibayar dulu atau mungkin lebih sekiranya semua induk masih hidup. Sekiranya pembeli ingin menandatangani perjanjian baru pembeli tidak perlu membayar apa-apa dan segala urusan penjagaan induk akan dijalankan seperti biasa seperti sebelumnya.
Sesiapa yang berminat boleh buka website ni untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut Very Happy
www.arowana.yolasite.com
kalau ada sebarang pertanyaan boleh ajukan di sini Rolling Eyes
Last edited by bobkham on Sun Nov 29, 2009 1:37 am; edited 3 times in total