Assalamualaikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh...
Saya dah baca section AM tu melalui id Crimson Star. Dan juga dah baca PM yang Crimson Star terima tu. 2 daripada rakan lama dalam forum ini juga. Tak ada masalah dengan mereka.
Saya juga dah baca yang pedas punya. Terus terang... saya terkejut sikit.. dan saya rasa kalau saudara saudari jadi kami pun tentu terkilan dan melenting.
Tapi tak mengapa... manusia ada hak nak bercakap apa yang mereka mahu. Juga ada hak nak menyampaikan apa jenis berita yang mereka mahu. Dan juga ada hak nak mempercayai apa jua berita yang mereka mahu.
Cumanya... hati-hati disini.. kalau berita itu benar.. ia jadi mengumpat. Bagaimana pun kalau atas dasar mengambil iktibar maka ada sedikit kelonggaran.. tapi kalau ia tak benar.. ia jadi fitnah.. dan itu lebih besar dan dahsyat dari dosa membunuh. Hati-hati dengan perkara ini. Kita ini orang yang mencari nafkah dengan perniagaan... jangan kerana sedikit berita atau 'assumption' dari pihak tertentu pintu rezeki kita habis ditutup terus.
Berkenaan sahabat kita yang masih belajar dan menjadi topik perbincangan tu (tak perlu sebut nickname... dia pemula segalanya di Putera lama.. semua orang patut kenal dia), dia dah ada matlamat dan sesuatu yang hendak dicapai. Saya sendiri encourage dia mulakan balik IM... lagipun matlamat yang dia hendak capai itu sesuatu yang baik dan disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Perkara macam ini perlukan duit dan dia ada kapasiti untuk buat benda itu melalui IM.. jadi janganlah ada yang rasa tidak selesa bila dia kembali buat IM.
Saya dan Crimson Star dah nekad dan kami buat keputusan tak nak melibatkan diri lagi dengan apa-apa yang ada kaitan dengan forum atau teaching via forum. Kami tak mahu terikat dan tak mahu jadi bahan perbincangan orang lain pula. Jadi mungkin as farewell gift saya boleh provide sedikit guideline pada mereka yang mungkin masih sangkut lagi dalam arena ini (cara posting ini diinspirasikan oleh Vibe.. saya belajar dari dia dan saya follow sebab ia serve the purpose of clustering post dalam forum untuk lebih mudah dibaca):
1. Wealthy Affiliate hanya sekadar start-up saja. Tapi jangan overlook Wealthy Affiliate. Ia adalah satu medan JV yang besar dan berita baru yang bagus. Dunia IM ini berubah sepanjang masa... salah satu tempat terbaik nak dapatkan berita terbaru adalah private forum macam WA.
2. PPC Player.. ini essential untuk belajar dan master PPC:
-Beating AdWords (basic sahaja.. tak ada pun tak apa).
-Campaign Blasting (method Matt Levenhagen yang kami olah sendiri kemudiannya.. pelajari method asal dan olah ikut kemampuan)
-Commission Blueprint (pelajari perkara ini untuk expand kedalam sesuatu niche dengan lebih serius).
3. Free Method.
-StomperNet (SEO purpose.. pelajari secara go-through saja.. tak perlu sampai pecah kepala).
-BUM Marketing Method
-One Week Marketing (tapi jangan terlalu pecah kepala dengan yang ini.. tengok method saja.. apply pada perkara lain.. sebab OWM dah agak competitive.. seolah-olah dah jadi nichenya yang tersendiri).
4. SEO method terbaik adalah link exchange. Sentiasa perhatikan WA dan organic listings untuk JV. Itu cara kami semua buat SEO. Kami tak buat link bombardment membabi buta... tapi hanya pursue quality linking sahaja. Sebab itu kami naik laju. Dan kami sentiasa maintain network linkage kami.
5. Nak capai tahap macam Crimson Star, Crown dan selainnya dengan berkesan.. hanya ada dua sahaja kuncinya. Email list dan niche authority site. Kunci kewangan kami bukan PPC.. bukan SEO method dan bukan BUM. Bukan juga sales copy dan bukan product sendiri tapi email lists yang kami miliki dan authority site yang kami ada.
6. Sentiasa cuba cari jalan untuk bina email list dalam niche yang saudara / saudari buat.
7. Niche authority site ni penting. Always maintain some.. walaupun tak ada pengaliran duit dari site itu. At some point ia akan break SEO dan masuk page satu.. waktu tu kita boleh buat apa yang kita nak dengannya.
8. Cari specialized niche masing-masing. Bila ada specialized niche pengetahuan kita dalam bidang itu akan expand dan mudah kita nak buat product sendiri dan sebagainya.
9. Jangan berlawan dengan marketers lain. Jangan menyusahkan diri nak buat bidding war. Kalau rasa macam competitive sangat undur diri. Jangan risau.. pintu rezeki kalian mungkin di dalam niche yang lain.
10. Jangan lupa pada Tuhan yang Maha Esa. Dan jangan marah-marah, jadi emosi tak tentu pasal. Ingat yang kita ni mencari rezeki sebagai hambanya yang hina... jangan selalu sangat buat perkara yang menyinggung hati orang lain.. jangan suka bawa khabar berita yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya dan entah betul entah tidak. Tuhan tu Maha Kaya... setiap perbuatan ada bahagiannya... dan tak mustahil semua akan jadi pada kita sendiri pula. Waktu tu baru nak menyesal.. kadangkala mungkin dah terlambat.
Sekian sahaja dari saya... tak ada apa sangat. Majoriti disini dah tahu perkara-perkara ini. Tak apalah.. kayuh pelan-pelan.. dan jangan putus asa ya.
Assalamualaikum...