teri-chan wrote:Tp aku rasa apa yg aku dh copy paste 2 jelas dh. Kalu umur bwh 4bln kalu gugur hukum die harus sbb roh belum ditiupkan lg. Unless kalu lepas 4bln dlm kandungn, gugurkan hukum die haram.
mintak mahap teri, aku boldkan sbb takut medatangkan kekeliruan..perkare
HARUS tuh kesemuenye dengan alasan konkrit..
kenape harus dalam article nih...spt
aku c/p balik
Hukum dan Syarat menggugurkan anak.
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainyaHukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan,
HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.Hukumnya :
HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogolHukumnya :
HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?
Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim,
titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.
Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna.
Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki
jadi dlm kes puan ini maka:Hukum menggugurkan kandungan Janin.
Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.
Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)
Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan
harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.
- Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM -
pandangan aku
-seandainye janin puan tak mendatangkan mudarat(mati) kepade puan hukum ttp HARAM (
orange)
-harus puan gugurkan bile perkare disebut di atas berlaku (
merah)keatas diri puan dan janin.
-ayat
hijau umpama memberi green light pd puan untok gugurkan janin tersebut namun dimatikan hujah tersebut oleh
colour
OLIVE-
biru cair menyatakan adalah tanggung jawab puan tuk memelihara janin puan sehingga menjadi bayi dan
maknusia yg sempurna
menjadi persoalan saya, adakah puan nak gugurkan janin puan hanya disebabkan tekanan??dan masalah keewangan??
seandainya itu yg menjadi sandaran puan...HARAM hukumnya
Insyaallah, anak itu adalah anugerah daripada Allah..
Allah menguji maknusia dari perbagai sudut..dan ujian Allah pda setiap umatnya adalah tidak sama, namun Allah menguji setiap maknusia itu adalah pada tahap kemampuan maknusia itu sendiri..
puan sebenarnya mampu untuk menghadapi ujian itu sebenarnya cuma mungkin pada waktu ini puan dalam keadaan tiada keyakinan terhadap qada dan qadar Allah..
seperti mana puan mampu menghadapi suami puan sebagai seorang penagih dengan redha sebaiknya puan juga redha dengan ujian yg baru ini..
Allah menjanjikan kebahagiaan pd umatnya yg redha terhadap qada dan qadarnya..
siapa tahu dengan kepayahan puan mendidik anak anak puan sehingga menjadi seorang maknusia yg bertanggung jawab
Allah pulangkan puan kebahagiaan..dimana waktu itu puan menjadi idola pada anak anak puan diatas kejayaan mereka??
tp kan semua itu tidak datang berglek melainkan puan didik mereka dengan sifat keibuan..
saya berpegang pada gurindam melayu lama yg mana berbunyi "siapa sangka tangan yg membuai mampu menggoncang dunia"
mungkin susah "tangan" untuk mengoncang dunia (diri), namun "hasil tangan" (anak anak) adalah tidak mustahil kan??
Insyaallah..
pendapat peribadi saya, puan selesaikan lah masalah antara puan dah suami terlebih dahulu. jangan "diselesaikan" anak yg tak berdosa..
puan ada hak sebagai seorang isteri dimana lafas taklik yg dilafaskan oleh suami puan semasa bernikah dahulu..
dimana puan berhak menuntut fasak bilamana suami puan tidak dapat memberikan puan nafkah zahir/batin selama 4 bulan tak silap saya(kalu salah betulkan, aku mals nak bkk sijil nikan) dimana puan berhak keatas kedua-dua hak tersebut..(termasuk apa bila suami dipenjara puan ttp berhak)
dari apa yg saya baca permasalahan puan. puan yg menyara keluarga...apa-apa pun seandainya puan ingin membuat tuntutan fasak ni sila rujuk dahulu ke jabatan agama. dan sebelum membuat permohonan pastikan kesemua yg diperkukan lengkap selengkapnya bg melancarkan permohonan..
maaf saya pinta..bukan niat nak merobohkan namun ini hanya pandangan ikhlas saya..adalah lebih baik berbincang dengan suami puan..namun permasalahan ini saya lihat datang dari suami puan , bukan anak anak puan..mereka adalah mangsa keadaan..dan perceraian adalah jalan terakhir..
membelakangkan suami adalah dosa besar namun menegakan benang basah adalah mustahil...
jadi daripada puan terima suami adalah lebih baik puan terima anak..keputusan ditangan puan..
menuntut hak puan bukan membelakangkan suami, itu adalah hak puan dan ISLAM itu adil, Insyaallah
saya doakan puan tabah, sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah dah "bersebab"
kepayahan dan kesukaran adalah ujian dan penghapus dosa-dosa kecil, Insyaallah
sekali lagi maaf saya pohon seandainya pendapat saya adalah berat
-ikhlas-
p/s kalu aku silap kengkawan tegur naaa