by ashid Wed May 20, 2009 7:02 pm
bagus thread ni. boleh kita berkongsi maklumat. aku memang fancy dengan buku.
takdelah ulat buku sangat, tapi boleh dikatakan, dalam sebulan at least 2 3 buku aku baca.
Bagi aku, buku ni ibarat himpunan ilmu dan pengalaman. Beruntunglah sesapa yg membaca buku tersebut,
perolehi ilmu dan pengalaman yg lebih dari orang yg tak membaca.
Selalunya, buku yg jadi pilihan aku, yg berunsurkan motivasi (i'm so obsess with self help book) , dan juga informasi. Aku tak suka buku yg berunsurkan khayalan, macam sains fiction atau novel novel (terutamanya novel cinta). Yang aku perasan, orang kita bukanya tak suka membaca, tapi kurang membaca bahan informasi. Kebanyakkan suka membaca majalah hiburan, suka cerita pelik2, tahyul. Buktinya, bahan bacaan yg paling laris kat malaysia - majalah hiburan.
Antara bahan bacaan aku yg aku rekomenkan untuk korang (the best even i have read) ,
untuk motivase - "kisah gagak dan jar air" - cerita ni sangat mengingspirasikan hidup aku sampai sekarang. Penulisan oleh Kamal Hassan kalo tak salah. Aku akan pastikan aku membaca buku ni setiap kali bangun tido dan sebelum tido. Supaya hidup aku sentiasa bermotivasi dan semangat!
buku ke dua,
Yellow pages. Ini buku informasi yg aku maksudkan. Sampai sekarang, aku dah hafal yellow pages keluaran terbaru sampai pages 344, banyak informasi yg aku dapat. Selain dari informasi, aku jugak dapat mengasah minda aku supaya sentiasa aktif (apabila menghafal). Recommended!~
Buku ke tiga
kamus dewan jilid 3,
ini dah lama aku hafal, tujuan utama aku adalah supaya aku dapat berkomunikasi dengan lancar tanpa tergagap apabila kehilangan perkataan untuk di cakapkan. Buku ni juga membantu aku dalam membentuk cara penulisan yg lebih proper dan kelihatan perpendidikan universiti awam tempatan.