ramai lagi yang tak faham agaknya pasal GC nie.
selalu la aku tengok :
sebelum beli:
"9500GT nak buat main crysis boleh tak?" - "boleh"
lepas beli:
"kenape gambar buruk?" - "..."
atau
sebelum beli:
"agak2 PC aku boleh masuk tak 4870/5850 etc? aku pakai X2 3600+." - "boleh"
selepas beli:
"kenape rase semacam je? member aku pakai GC lagi murah tapi gambar lagi best, setting lagi tinggi" - "..."
ok, aku share sikit pengalaman aku.
nak beli GC, jangan hentam keromo. sebab:
GC + Proc + PSU + Monitor, sume berkait, satu slack, habiss....
GC + Proc:
ok, aku nak terangkan detail kang tak paham or kang korang lak merepek, so kite buat perbandingan dengan observation sahaja.
proc kite bahagikan beberapa jenis:
low end a.k.a proc cipan untuk 2009:
-Pentium dual core dan anak beranaknyer.
-AMD X2 4200+ kebawah
-Pentium 4 kebawah
mid end a.k.a selalu la kite beli buat main game:
-Core 2 duo/C2D/conroe/ dan anak beranaknyer
-AMD X2 5000+ keatas
-AMD Phenom X2, X3 dan sebagainyer.
-Intel Core 2 Quad dan anak beranaknyer.
-*BARU* Intel I5 (masih dikira mahal)
high end a.k.a "kaye gile ko beli semate2 main game":
-Intel I7 keatas dan anak beranaknyer
-Intel Core 2 Quad QX series
-AMD Phenom 2
-AMD Opteron (gile kalau beli ni buat main game, saje nak berlagak)
-Intel Xeon (pon same berlagak)
ok, GC seperti ATI 4870 keatas (termasuk 5000 series), NVIDIA 260+ keatas, hanyalah SESUAI digunakan untuk proc high end tadi (dan beberapa mid end cam QX series ngan I5)
GC2 yang lagi murah selain yang aku tulis kat atas tu, sume mid end boleh sebat, jangan risau.
yang low end tu.... sila consider upgrade kalau korang berangan2 nak main Guitar hero world tour ke, starcraft 2 ke, dirt 2 ke, tiberium twilight ke. kalau keje korang buat assignment, menaip dengar lagu je, tak payah upgrade pon takpe.
OK, MENGAPA?
sebab, kalau korang still degil jugak, kalau aku letak nilai performance GC tu 100%, tak kesah la model ape pon, GC korang akan beroperasi pada kadar 90% atau rendah, silap2 bawah 50% dalam sesetengah kes. jadi GC korang yang 'murah' tu akan ditapau oleh GC orang lain yang lagi murah sebab kes proc tak fit je. bende ni kite panggil BOTTLENECK.
GC + PSU:
ni pon satu. selalu spisis kite2 ni beli PC pastu kalau boleh casing nak yang paling cipan, PSU paling cipan (sebab free dapat dengan casing), janji PC jalan.
INI SALAH.
kenapa korang tengok PC kat universiti awam/pejabat2 awam walaupon korang tengok umurnya dah cecah 4 tahun ketas, tapi masih boleh pakai?
salah satu sebab, PSU.
PSU yang bagus menjamin 'kesihatan' PC. ayat mudah: aliran eletrik PSU murah tak stabil, macam cipan, dan ini merosakkan hardware2 PC sikit demi sikit. nasib baik, tahan la 2-3 tahun. nasib tak baik, silap2 2 bulan pon dah kong.
kaitan dengan GC:
GC adalah hardware PC paling kuat makan eletrik selain proc dan mobo. jadi nak support GC power/sedang2/sukati ko la, beli la PSU yang bagus dan tinggi watt nyer. supaya mase main game takdela restart PC tu, gelap la, ape la.
kalau GC kategori cipan cam:
8500GT kebawah
9500GT kebawah
4350 kebawah
3450 (ade ke? ntah)
sukati la korang nak pakai PSU cipan yang free tu.
kalau GC kategori:
8600GT ketas
9600GT keatas
GTX250+ keatas
3850 keatas
4850 keatas
5850 keatas
sila la invest untuk memastikan korang dapat main game dengan tenang, tak frust, takde makian, carutan dan sebagainya SERTA menjamin korang dapat main untuk 2-4 tahun lagi.
berbaloi tak?
Berbaloi baloi bang. Serius. PSU boleh tahan sampai 5 tahun keatas. silap2 korang tukar PC 3 kali pon masih pakai PSU yang sama. aku dah 3 kali tukar PC dalam 3 tahun dan masih pakai PSU yang sama untuk 3-3 PC tu.
PSU apa nak beli?
2 ni feveret aku, cukup nak memuaskan nasfu main game korang:
-Acbel E2apetah 510watt (RM190 - RM220 keatas, bergantung pada penjual)
-Silverstone Strider 560w (RM335 keatas, bergantung pada penjual)
tapi... kalau berangan nak SLI @ CFX, sila cari model lain yang lagi power ye....
GC + Monitor
bab penting! ingat kalau korang nak main game untuk 10 tahun lagi!
ade raser nak terjuling mate tak tengok gambar tu? bende ni lah yang berkait rapat bile korang main game.
aku cube untuk terangkan sesimple mungkin:
Hukum GC + Monitor:
"Sesungguhnya monitor besar adalah untuk GC yang besar/power untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum"
korang lari je rules ni, memang main game tak puas la untuk standard manusia biasa.
basic rules resolusi monitor, kalau lari dari ni pegi adjust balik, kecuali atas sebab2 istimewa(mate rabun x nampak tulisan kecik dsb.):
*semua ni basic setting dan berubah ikut model monitor a.k.a kesukaan hati pengilang.
*w untuk widescreen
monitor 13" - 800 x 600
monitor 13"w - 800 x 480
monitor 15" - 1024 x 768 (standard web)
monitor 15"w - 1024 x 600
monitor 17" - 1280 x 1024
monitor 19" - 1280 x 1024
monitor 19"w/19.5" - 1280 x 768
monitor 19"w/19.5" HD - 1280 x 720 (HD 720)
monitor 20"w - 1280 x 768
monitor 21"w - 1600 x 1200
monitor 22"w/21.5"w - 1600 x 1200
monitor 22"w/21.5"w HD- 1920 x 1080 (HD 1080)
monitor 24"w - ntah, 2048 x 1356 kot.
atas lagi patutnyer korang paham, sebab pakai lagi atas dari ni selalu enthusiasts a.k.a otai je pakai.
penat siot aku mengira resolusi tu.
ok, GC cipan,
sebesar mane pon monitor korang, sila la pakai:
800 x 600
800 x 480
1024 x 768 (standard web)
1024 x 600
1280 x 1024
@ ape yang game korang kasik, tengok game gak, tapi dalam range ni je la.
untuk mengelakkan GC korang, overload, panas. main game gagap, dan sebagainya.
ok, GC sederhana:
adjust ikut kesesuaian game korang, kekadang ade nak reso rendah, AA nak on sume, anistrophic on la ape la. ade nak reso tinggi, lain off.
ok, GC power:
sukati korang la nak adjust camne pon. kalaua de raser gagap2 sket/FPS rendah, adjust2 le sket, jangan kerek sangat.
lagipon banyak game sekarang dah ada auto adjust kan? gune je la yang tu.
tambah sikit:
RAM GC:
-RAM GC ngan RAM PC takde kaitan sangat. lantak la lain2 DDR pon. DDR2 +GDDR3 ke dsb.
-beli GC ngan GDDR yang lagi latest (GDDR3,GDDR4,GDDR5)
-kalau compare GDDR2 ngan GDDR3, macam mane besar GDDR2, macam mane kecik GDDR3, GDDR3 lagi power. dan begitu jugak kalau compare ngan yang lagi atas.
-kalau dapat model 1GB cantik dah. sambar je. janji GDDR3 keatas. lagi2 monitor besar. sebab ini akan support reso monitor, so korang boleh main ngan reso lagi tinggi.
sebelum aku menamatkan post ni, aku lupe tulis, GC macam mane yang cipan, mane yang sedang2, mane yang power?
*ikut pasaran oktober '09.
GC cipan:
8500GT kebawah
9500GT kebawah
4350 kebawah
3450 kebawah
8600GT, 9600GT jangan beli. tak berbaloi.
GC sedang2:
8800GT
9600GT
9800GT
9800GT+
9800GTX
9800GTX+
9800GX2 (ye, sedang2 je skang)
3850
3870
3870X2
4650
4770 (boleh dikategorikan sedang sebab bawah sikit dari 4850)
GC power:
GTX250
GTX250+ (ade ke? aku x folow sangat nvidia ni)
GTX260
GTX260+
GTX280
GTX280+
4850
4870
4870X2
4890
5850
5870
*aku takkan reply balik topic ni. nak tanyer tanyer otai lain. Aku tak suke sangat putera semetara ni sebab jadi 'Biro Pertanyaan Awam bagi bidang ICT'. Takde lagi discussion yang advance. Otai advance pon dah lari gi forum lain.
*Untuk newbies@yang tak tahu sahaja. Kalau lain2 nak baca, dipersilakan.
*Kalau nak kutuk ayat aku kurang ajar dsb, tak payah post. Tiap orang ade stail post sendiri.
*Kalau setakat nak copy paste info dari forum lain cam Loyat.net, baik korang pegi loyat.net. Kongsi sikit ilmu tu ngan newbies2. Kalau copy paste info review @ website bukan forum, sile letak kredit ye.
*Orang lain yang nak tambah dipersilakan. Aku harap topik ni jadi khusus untuk 'panduan' sahaja. Bukan nak tanyer2 ke ape.
*Kalau salah info harap betulkan. Ni aku tulis base on experience.
*Aku pakai 5000+, 3850 256MB, monitor 15" 1024 x 768 dah 1 tahun setengah. terbaik dari ladang.
*EDIT:aku cube untuk buat tips dengan bahasa yang mudah dipaham, orang yang just nak tahu biase2 je, bukan advance2. so kalau aku tak sebut benchmark, memory clock, OC dsb, don't flame me.
Last edited by Nezict on Mon Oct 12, 2009 8:51 am; edited 1 time in total