by TOYSЯUS Mon Dec 14, 2009 10:26 pm
UNiSEL OK.
Tapi kalau dapat tawaran IPTA macam UiTM, better amik UiTM atau IPTA tu.
Kalau dapat tawaran yang tak best dari IPTA tapi yang best dari UNiSEL, still, amikla IPTA punya tawaran.
Then kalau dah abis belajar IPTA tu, boleh sambung IPTS pulak.
Tapi, kalau tak dapat tawaran IPTA, cuma dapat tawaran IPTS jer, amik UNiSEL.
Kisah tak kisah duduk Batang Berjuntai Bestari Jaya tu tak perlu difikirkan sangat.
Bestari Jaya tu bukannya hutan pun, cuma ladang kelapa sawit je sikit. Tak la teruk macam yang orang hebohkan.
Jalan pun diorang dah besarkan macam highway. So dah takde perasaan duduk dalam hutan macam yang budak2 1st batch UNiSEL BJ rasakan sekitar tahun 2005-2008. Tahun 2009 ni da tak berapa hutan sangat da.
Kalau dapat offer course berkenaan IT, macam Diploma IT ker, Mobile Application ke, grab je.
Sebab course2 ni memang senang faham diajar di UNiSEL. Markah pun senang dapat asalkan ada usaha. Market pun ada.
Actually aku graduan Diploma IT dari sini, dan sekarang ni pun masih proceed dengan Bac in Comp Science (Software Eng.), juga di UNiSEL ni.
Nak dapat kerja pun InsyaAllah mudah. Ramai kawan2 aku yang tamat Diploma sama2 hujung 2007 dulu pun dah dapat kerja best2.
Aku dengar course2 lain macam Engineering, TESL or even Business Management pun OK.
Tapi aku tak nak comment sebab aku tak amik course2 tersebut.
Antara beberapa faktor aku prefer UNiSEL berbanding IPTS lain:
1. UNiSEL bukan swasta sepenuhnya, tapi UNiSEL di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Sebab tu yurannya pun dikira lebih murah berbanding IPTS lain.
2. Senang nak transfer credit kalau kita proceed belajar di sini. So dapat kurangkan beberapa semester.
3. Lecturer2 dia memang best2, dan berpengalaman dalam apa2 subjek yang diorang ajar.
4. IT students especially, berpeluang untuk ambil Cisco dalam harga yang murah.
5. Selalu ada workshop tentang Linux, Project, blablabla.
Cuma beberapa perkara yang student perlu tabah sikit kalau belajar di UNiSEL:
1. Financial Management diorang kureng sikit, kadang2 diorang tercharge yuran terlebih. To prevent this student kena selalu update penyata dan simpan semua slip pembayaran yang pernah dibuat.
2. Hostel Management diorang kureng sikit. Kadang2 kerosakan kat hostel tu bukan kita buat (contohnya pintu pecah), tapi diorang akan tetap salahkan kita. To prevent this, korang kena buat report as soon as possible sebelum diorang buat spot check, atau sebelum tamat semester.
3. Panas. Kawasan UNiSEL tu panas la jugak sebab kurangnya pokok-pokok renek untuk kita berteduh2. Lorong jalan kaki pun takde bumbung. So to prevent sunburn pakai la payung. Tapi aku tak pakai payung pun cam geds je laki nak berpayung2 ni kan. Haha.
So kecimpulannya, pilihan di tangan anda.