by teri-chan Mon Nov 16, 2009 9:43 pm
Scarecrew,
terimalah teguran dari ahli lain dengan ikhlas. takde org nk tegur kalu kita tak silap. even kalu aku salah pun org lain boleh tegur dan aku terima ngn ikhlas. jgnlah pabila org dh tegur kita pulak melatah.
berkaitan dengan sumpah:
Mufti Mesir, Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf (1945-1950) dalam kitabnya, Fatwa Syariyyah ketika menjawab soalan mengenai hukum bersumpah dengan mushaf memetik pendapat Al-Imam Al-Aini iaitu:
“Jika seseorang bersumpah dengan mushaf atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata; Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Hambali.’’
Shaikh Muhammad Abu Zuhra dalam bukunya Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhra dalam jawapannya kepada soalan tentang hukum bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan atas mushaf menyatakan;
“Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”
jadi kira sumpahan TS ni mmg sumpah yg sah kerana gunakan nama Allah.
dengan kata lain:
Sumpah tu yang sah tidak boleh ditarik balik
Tetapi orang yang bersumpah dengan sesuatu yang tidak wajar hendaklah melanggar sumpahnya dan membayar kaffaarah.
Kaffaarah sumpah ada disebutkan dalam quran
(ayat 89 surah al Maaidah)Sila rujuk ayat 89 surah al maaidah
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ
........................maka kafaratnya ialah:
Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
Atau memberi pakaian untuk mereka,
Atau memerdekakan seorang hamba.
Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu ....................
Pilih satu daripada 3.
Bila semua 3 pilihan tu tak mampu barulah puasa 3 hari.