by zamri_laundry Wed Jun 10, 2009 1:57 am
silverchair959 wrote:nak tanya TT....kalo nak setup dobi nih kos untuk wiring lebih kurang baper ek
Salam,
Kos wiring bergantung pada power consumption setiap mesin yang kita nak install, kalau setakat single phase, wiring tarik baru dari DB untuk 4 point dalam rm 800 sekali tukar ampier MCB yang besar sikit atleast 20mA. Kalau nak pakai point yang dah ada lagi jimat itupun kalau lokasi point asal sesuai dengan lokasi mesin, cuma check MCB untuk point yang dah ada tu atleast 20mA ahhh. Kalau ada letak steam iron bersama suction board dan boiler kena buat 2 point yang mana satu untuk suction board dan satu untuk boiler bersama steam iron, kalau ble MCB kena lah besar dalam 32mA.
Untuk 3 phase pula, kena tukar DB kepada 3 phase sbb biasanya kedai biasa selalunya dalam single phase. Kos bergantung berapa banyak point dan MCB yg kita nak letak...dalam anggaran ribu jugaklah nak tukar DB ni saja. Belum campur dengan nak tarik point dari DB ke mesin.
Di harap penerangan saya dapat membantu saudara.
Sekian , tq