Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Peraturan-peraturan di bahagian e-Income

    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Peraturan-peraturan di bahagian e-Income Empty Peraturan-peraturan di bahagian e-Income

    Post by TOYSЯUS Wed Nov 25, 2009 7:28 am

    PERATURAN-PERATURAN DI BAHAGIAN E-INCOME

    Bahagian e-Income disediakan bagi memberi peluang kepada anda untuk mempromosikan dan berbincang tentang perniagaan dan pendapatan melalui internet.
    Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa percubaan untuk menipu (scam).
    Oleh itu peraturan pada bahagian ini telah dipertingkatkan demi menjaga reputasi laman web Putera.com dari semasa ke semasa.

    Berikut adalah peraturan terkini untuk bahagian e-Income.

    1. PENGIKLAN
    1.1. TIDAK DIBENARKAN sekali-kali cuba untuk menjalankan perniagaan berunsur penipuan.
    1.2. TIDAK DIBENARKAN meletak Referral Link / ID di dalam kiriman anda. Referral Link / ID hanya dibenarkan diletak pada signature sahaja.
    1.3. TIDAK DIBENARKAN menyelindung pautan ke laman web perniagaan, atau Referral Link anda menggunakan apa-apa servis link shorter atau redirector (seperti bit.ly, simurl.com dan sebagainya).
    1.4. TIDAK DIBENARKAN mengiklan apa-apa jenis perniagaan yang anda sendiri tidak pasti akan kesahihannya.
    1.5. TIDAK DIBENARKAN membuka topik yang sama berulang kali, termasuklah sekiranya topik tersebut telah dibuka di luar bahagian e-Income.

    2. PELANGGAN
    2.1. PASTIKAN anda telah selidik terlebih dahulu perniagaan internet yang ingin anda sertai walaupun modalnya adalah percuma.
    2.2. PASTIKAN anda mendapatkan nasihat dari ahli yang berpengalaman terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana perniagaan internet.
    2.3. JANGAN beri maklumat peribadi seperti nombor akaun dan nombor kad pengenalan kepada individu yang anda tidak kenal.
    2.4. LAPORKAN kepada moderator bertugas sekiranya anda curiga tentang sesuatu perniagaan internet yang diiklankan di sini.
    2.5. LAPORKAN sebarang penipuan yang anda kenalpasti kepada moderator bertugas.

    Bahagian e-Income ini juga tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Am Putera.com.

    PENAFIAN
    * Peraturan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, dan akan diubah bila-bila difikirkan perlu.
    * Pihak Putera.com berhak untuk mengubah, memindah atau menutup mana-mana topik yang tidak bersesuaian atau melanggar peraturan di bahagian ini tanpa notis.
    * Pihak Putera.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang mungkin timbul akibat penyertaan anda ke mana-mana perniagaan internet yang diiklankan melalui bahagian ini.

      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 7:35 am