Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


4 posters

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by Falcon Fri Nov 27, 2009 11:02 pm

    Perasan x?

    Kebelakangan ni di Malaysia ada dua isu yg makin menjadi2 panasnya:

    -Isu khilaf perihal bid'ah (kes doa qunut, baca doa ramai2 lepas sembahyang, guna tasbih dan sebagainya)
    -Isu hadis dha'if, jemaah tabligh dan kewajaran amalannya


    Dua-dua panas.. terutama di kalangan golongan muda jenis rajin pergi masjid / surau dengan golongan pelajar universiti jenis kuat agama punya.

    Thread ni spesific nak bawak perbincangan ke arah hadis dha'if dan amalannya.


    Kisah di bawah mungkin fiction.. tapi mungkin juga betul.. bergantung pada korang nak interprete camner:

    Aku ada sorang kawan. Kuat beramal. Yang wajib dia jaga. Yang sunat apatah lagi.. bermacam2 dia buat. Dia ni juga join tabligh. All goes well selama lebih kurang 6 bulan jugak. Sampai satu tahap tu aku mmg yakin la kalau dia doa apa-apa insya'allah makbul.

    Satu hari dia jumpa sorang mamat ni. Pelajar jurusan Islam tapi style jenis moden punya. Ilmu mmg tinggi. Dia sembang dgn mamat kawan aku tuh.

    Sampai satu tahap diorang bersembang pasal tabligh. Dia condemn tabligh. Dia kata:

    "Tabligh ni mengamalkan ajaran yg meragukan sebenarnya. Diorang berpegang pada kitab Fadhilat Amal... sedangkan kitab tuh penuh dengan hadis-hadis yang dha'if. Hadis dha'if ni buat apa nk ditumpukan sangat?? Al-Qur'an dengan As-Sunnah dah ada...cukupla. Tak payah mengada-ngada nak amal benda-benda lain pulak yg ntah betul Nabi Muhammad S.A.W ada buat atau ntah tidak. Kita ni daripada berdakwah ajak orang itu ini... lagi baik berdakwah pada diri sendiri. Ini tidak... Shahih Bukhari dengan Shahih Muslim pun tak larat nak amal... tetiba memandai nak amalkan Fadhilat Amal pulak."

    Rupanya apa yg mamat tu cakap makan dalam gak kat kawan aku tu. Start dari situ dia mula slow sikit dgn tabligh.. dan dia mula jatuh.

    Kalau memula dulu dia selawat sehari 1000x... pastuh dari hari ke sehari dia makin kurangkan.. last-last tinggal berapa kali jer sehari. Dulu tasbih, zikir dgn tahlil beratus kali. Al-Qur'an berhelai-helai... sekarang bila aku datang melawat nampak dia tgh dengar 'My Chemical Romance' punya lagu. Dulu sembahyang awal waktu berjemaah. Sekarang sembahyang sorang jer.. tu pun lewat. Sib baik bukan di akhir waktu.



    Persoalan kita.... salahkah mengamalkan hadis dha'if?? Aku nampak dengan hadis dha'if dari Fadhilat Amal tu... dia mmg bersemangat habis berzikir dan beramal. Tapi bila dia stop follow... dia mula jauh.

    Isk..isk..
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by Jedi Sat Nov 28, 2009 6:40 am

    (Salam)

    Elok tak payah amal.

    Elok guna hadis sahih.
    Inshallah, takde keraguan.
    kamikase30
    kamikase30
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 410
    Registration date : 02/03/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by kamikase30 Sat Nov 28, 2009 8:31 am

    Isu hadis dha'if..

    Hadis ini boleh digunakan untuk beramal.
    Tapi tak boleh digunakan untuk berhujah.

    kawan ko tak habis belajar kot..

    Kitab Fadhail Amal disokong oleh 84 lain..

    1. Al-Quran
    2. Aini Syarah Bukhari
    3. Al-Muwahta'
    4. Awjazul Masaliki
    5. Baihaqi
    6. Durul Mantsur
    7. etc..

    Dia swt sahaja yang tahu..

    Wallahualam..
    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by Falcon Sat Nov 28, 2009 10:15 am

    aku ada pandangan lain sebenarnya.

    aku ni x la kuat sgt bab-bab ni..tapi aku nampak kalau dia follow ajaran tabligh punya hadith tuh (misal kata.. salah satu yg dia follow dari Fadhilat Amal iaitu hadis yg mengatakan penghuni syurga tidak ada sesuatu apa pun yg disesalkan kecuali masa di dunia yg berlalu tanpa zikir) mampu buat dia bersemangat nak berzikir..asalkan yg wajib tidak ditinggalkan dan hadis dha'if itu sendiri tidaklah pula bertentangan dgn syara'... aku rasa xde masalah.

    Tapi mamat jurusan Islam tuh terus tembak semua hadis dha'if dalam Fadhilat Amal sebagai tidak elok... last-last kawan aku tuh ganti zikir dia dengan lagu Metal and My Chemical Romance.

    Dia punya jawapan..bila aku tanya:

    "Nak zikir pun susah.. dahlah x boleh guna tasbih sebab bid'ah. Nak ikut hadis pun x boleh.. baik aku dengar lagu. Bid'ah takde... protokol hadis mana nak ikut pon x de."


    Aku jadi sedey bila dengar...


    Dari satu aspek mmg betul hadis dha'if ni mmg ada beberapa isu...tapi aku rasa x salah kalau dia motivate orang ntuk beramal. Aku ada baca Fadhilat Amal tuh di masjid kampung aku baru-baru ni. Hadis-hadis dia mmg perghh.. dia cerita fadhilat berzikir, solat dan sebagainya tuh (fadhilat untuk akhirat) dalam cara yg mmg kita rasa mmg best dan rasa x sabar nak beramal. Siapa yg tulis buku tuh mmg hebat. Tapi aku perasan ada pelajar-pelajar jurusan Islam yg memandang serong pula buku tuh atas alasan buku tuh mampat dgn hadis dha'if.

    Pendek kata.. prinsip diorang adalah "cukuplah Al-Qur'an dan As-Sunnah kalau nak beramal... tak perlu Fadhilat Amal ke buku apa-apa dah ke".

    Tapi aku rasa prinsip atas tuh dah tak boleh apply pada kawan aku dah. The moment dia drop dari follow ajaran buku tuh dan follow tabligh.. terus dia jauh dari amalan2 yg dia selalu buat tuh. Sad
    kamikase30
    kamikase30
    Moderators
    Moderators


    Number of posts : 410
    Registration date : 02/03/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by kamikase30 Sat Nov 28, 2009 12:21 pm

    Selagi boleh aku xnk run topic ni, but sedikit sebanyak kesian gak aku see member ko tu.. Just doakan dia..

    Spoiler:
    erm...
    Maybe aku betul, Maybe aku silap..
    Dia (swt) sahaja yang tahu..
    Geekspro
    Geekspro
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 30
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi
    Job/hobbies : Surf Internet
    Registration date : 19/06/2009

    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by Geekspro Fri Dec 04, 2009 10:42 am

    Hadis Itu Dari Sudut Diterima Atau Ditolak Terbahagi Kepada Dua Bahagian :

    1. Hadis Maqbul(Hadis Yang Diterima)
    2. Mardud (Hadis Yang Tertolak) (Hadis Mauduk = Hadis Palsu)


    Hadis Maqbul

    Hadis maqbul ialah hadis yang diterima di sisi ulama hadis iaitu :

    Hadis Sahih

    Dapat dikatakan, bahwa hadis sahih adalah hadis yang mengandung syarat-syarat berikut;
    1. Hadisnya musnad
    2. Sanadnya bersambung
    3. Para rawi (periwayat)nya adil dan dlabith
    4. Tidak ada syadz (keganjilan)
    5. Tidak ada ilah (cacat)

    Hukum Beramal
    Menjadi hujah dan dalil syara'
    X boleh mengingkari kerana memenuhi ciri utama syarat hadis sahih


    2. Hadis Hasan
    sama dengan hadis sahih cuma kurang sikit dari sudut dhobitnya

    Hukum beramal
    Boleh dijadikan hujah dan dalil syara (maqbul)


    3. Hadis Dhaif

    - kurang salah satu dari syarat hadis sahih & hasan.


    Hukum Beramal
    -Boleh beramal untuk perkara2 bersangkut dengan fadhailul a'mal (kelebihan beramal)
    - Tidak boleh beramal untu perkara2 yang bersangkut dengan akidah & ibadah


    Pendapat aku tak patut kawan dia p hentam cakap macam tu coz hadis dhaif yang memberi motivasi kepada kita untuk beramal masih termasuk dalam kategori maqbul dan hadis itu bukannya berkaitan dengan akidah & tatacara ibadah.


    Perlu diingat standard/status hadis ini ditetapkan oleh ulama Hadis bukannya dari Nabi jadi kadang2 hadis ini boleh jatuh martabat kepada dhaif hanya kerana dalam rangkaian perawi hadis itu ada seorang rawi yang pernah berdusta dalam hidupnya. Mana kita tahu sewaktu dia meriwayatkan hadis ini dia betul2 jujur tapi ulama hadis tetap akan mengira ia sebagai hadis dhaif ekoran kecacatan pada perawinya boleh jadi hadis ini memang betul2 datang dari Nabi. Sebab itu hadis ini masih boleh digunakan tapi dengan syarat ia tidak terlalu dhaif.

    Sebenarnya banyak faktor lain lagi yang menjatuhkan martabat hadis itu kepada dhaif oleh itu jangan suka2 cakap hadis dhaif ini tidak boleh dipakai tanpa pengkajian dan penelitian yang mendalam dari sudut sanad dan matan hadis.

    Sponsored content


    Hadis Dha'if - Nak amal atau tak?? Empty Re: Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Tue May 21, 2024 12:08 am