by malaynux Wed Dec 09, 2009 2:19 pm
Jangan libatkan kerajaan dalam hal begini.
Kerajaan pada dasarnya, sedaya upaya untuk menghapuskan amalan dan tabiat perokok tegar. Kempen, naikkan cukai tembakau, mufti dan alim ulama mengeluarkan fatwa haram.
Kalau nk dikira, pendapatan dari hasil tembakau tidak cukup untuk merawat penyakit yg disebabkan oleh rokok. Sakit barah, mati pucuk, ank kurang matang, etc2.. semua kena ke hospital.. Kerajaan tanggung banyak kt sini.
Sama cam dadah, Haram..tetapi bekalan tetap ada. Sebabnya - apa pelanggan yg sanggup bayar harga tinggi utk dadah.
Kalau rokok diharamkan terus dari di jual di dalam negara, ada kemungkinan boleh cetuskan huru hara dalam negara.
Apa kerajaan buat;
1. menghapuskan penanaman tembakau dan menggantikan dengan penanaman kenaf (di kelantan byk ni) - (rakyat komplen sebenarnya).. Harga kenaf RM 900/tan manakala tembakau RM 1200-1300/tan). LTN (Lembaga tembakau negara) dikecilkan operasinya.
2. Kempen dalam TV, media elektronok, media cetak, masjid, hospital2. Signboard besar2 di letakkan di tepi jalan. "Merokok Menyebabkan Mati Pucuk". Rawatan percuma di hospital untuk menghilangkan ketagihan rokok kepada yg mahu berhenti - sehingga sembuh, juga diberikan ubat percuma.
3. Kotak rokok, ada gambar2 ngeri penyebab (bala) dari asap rokok.
4. Mursyidul Am PAS negeri Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengatakan perokok boleh di samakan dengan lembu - sebab tidak mendengar nasihat (stupid like cow).
Nik Abdul Aziz adalah orang yg berpengaruh, dihormati, di sanjung, disayangi..sampaikan selipar dia pun orang curi sebab nk buat berkat - tetapi bila sampai bab rokok, perokok tidak lagi menghormati pandangan beliau walaupun dia penyokong PAS yang tegar. Tegar lagi pada rokok dari Parti rupanya.
Wassalam...