Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

+3
tasek16
dans kam
razilzaini
7 posters

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Tue Dec 08, 2009 11:50 am

    Salam semua rakan2 di putera.com ,

    Saya masih amat baru lagi dalam bab2 burn file/dvd/cd nie ... so saya minta sedikit bahan ilmiah/pandangan/jawapan bagaimana saya boleh lakukan :-

    1) Fail video atau fail maklumat berupa data dimasukkan ke dalam DVD atau CD...

    2) Copy DVD ke DVD yang lain ... apa langkah2 yg perlu dibuat?

    Tajuk thread telah diubah seperti di atas - Moderator
    dans kam
    dans kam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 172
    Age : 43
    Location : Wangsa Maju
    Job/hobbies : PHP
    Registration date : 19/02/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by dans kam Tue Dec 08, 2009 12:04 pm

    Lain kali kat tajuk tu tulis ape masalah ko..

    Dipersilakan forumer lain tlg jawabkan.. AKu bz skrg ni..
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Tue Dec 08, 2009 12:18 pm

    Salam Dans Kam ,

    Maaf dans kam saya masih agak baru dalam berforum nie ... beberapa fungsi dlm forum nie pon saya masih tak tau nak gunapakai ... huhu!

    Thanks dans kam atas nasihat anda tadi tue ...!

    Mintak tolong kepada Otai2 kat sini tolong saya mengatasi masalah saya , utk makluman saya ada perisian nero 9.0 dah beli tapi tak tau gunakan pulak dulu beli ingatkan mudah la nak pakai ... sekali aduss pening pulak kepala nak gunakan perisian ini utk buat kerja saya ...!

    Mintak tolong yer rakan2 ... !
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Tue Dec 08, 2009 12:26 pm

    Selamat datang ke forum putera

    sebelum member2 kat sini tolong selesaikan masalah ada beberapa soalan nak tanya
    1. Adakah video dan data nak diburn sekali dalam satu dvd/cd atau berasingan
    2. Adakah dvd tersebut hanya untuk di mainkan di pc sahaja atau pc dan tv
    3. Kalau video apa dan dari mana sumber asal video tersebut dan format apa

    kasi detail sikit sebab lagi banyak awak kasi details lagi details member kat sini cuba kasi solution... then macam dans kam cakap please write proper title..
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Tue Dec 08, 2009 12:45 pm

    tasek16 wrote:Selamat datang ke forum putera

    sebelum member2 kat sini tolong selesaikan masalah ada beberapa soalan nak tanya
    1. Adakah video dan data nak diburn sekali dalam satu dvd/cd atau berasingan
    2. Adakah dvd tersebut hanya untuk di mainkan di pc sahaja atau pc dan tv
    3. Kalau video apa dan dari mana sumber asal video tersebut dan format apa

    kasi detail sikit sebab lagi banyak awak kasi details lagi details member kat sini cuba kasi solution... then macam dans kam cakap please write proper title..

    Salam Tasek16 ,

    Terima kasih di atas teguran anda tersebut saya hargai ... maaf yer tasek16 saya nie mmg buat sikit bab2 cara guna forum ... masih baru dan lemah lagi mintak tunjuk ajar dr anda semua ....!

    Baiklah tasek16 maslah saya begini ...

    Saya ada beli nero 9.0 dan saya ada dapat DVD dari rakan jenis DVD ialah Video DVD. Kemudian saya nie nak cuba buat satu salinan semula DVD tersebut ke sebuah DVD kosong yg lain menggunakan nero yg saya beli tue (boleh ker?).

    1.) Yup nak diburn ke dalam satu DVD/CD (boleh terangkan apa beza burn ke DVD dan burn ke CD kena ikut DVD atau CD yg kita nak burn tu ker , maksud saya jika saya nak burn DVD so saya kena burn ke DVD jugak atau bagaimana?...

    2.) Dimainkan di pc dan tv...

    3.) DVD Video mmg asal dr DVD ... DVD nie baru jer beli ori ... (maaf tasek16 saya tak tau nak terangkan macam mana DVd yg tasek maksudkan tapi kat casing dia tulis DVD Video jer ..)

    Saya bercadang nak buat satu lagi DVD ini ke DVD kosong yg lain dan saya perlu hantarkan DVD tersebut kpd rakan sejawat saya... bolehkah saya melakukannya tasek16 ... nak buat copy ke atas DVD itu menggunakan nero 9.0 saya atau bagaimana?

    Pertolongan anda semua amat2 saya hargai ...!

    Thanks tasek16 di atas bantuan anda ....

    Kat mana saya nak upload gambar saya kat forum nie yer ...huhu! (maaf banyak pulak saya tanya nie .. maaf yer tasek16)
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Tue Dec 08, 2009 1:32 pm

    ahhhh...maknanya nak copy dvd video ke dvd kosong yang lain laa...

    ok actually simple ...most cd/dvd writing/burning software boleh buat
    kalau guna NERO pun simple...

    First: buka nero STARTSMART

    START---->Programs----->Nero----->Nero StartSmart so dia kan keluar lebih kurang macam ni.. ok aku pakai Nero 8.. aku rasa nero 9 lebih kurang sama
    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Nero1-1
    Click pada Copy Disk
    dan masukkan original disk tu dalam dvd drive dan tekan copy
    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Nero2

    dan ikut arahan seterusnya..tunggu sehingga selesai

    NOW...dalam keadaan lain..kalau DVD original especially dari hollywood diorang guna DVD9 atau juga disebut dual layer dvd..normally data video dalam dvd9 ni lebih besar dari dvd biasa atau juga disebut dvd 5.. let say masa burn nero cakap tak boleh burn sebab saiz besar untuk dimasukkan dalam dvd kosong, ikut cara tutorial yang aku buat kat bawah ni:
    http://tasek16.co.cc/?p=11

    ok kalau ada apa-apa kurang jelas..boleh tanya lagi..insyallah aku dan member2 kat sini cuba bantu...

    good luck
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Tue Dec 08, 2009 1:47 pm

    Salam tasek16 ,

    Baiklah saya akan cuba dahulu tutorial ini dan tutorial tambahan anda tue... !

    Thanks a lot tasek16 dan kawan2 yg lain saya akan stick with this forum for my referrences...

    Baiklah tasek saya cuba dulu yer ... ada apa2 nanti saya maklumkan di sini.

    Jazakumullahu Khairan Khatiraa!!

    Salam sukses , RazilZaini.
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Tue Dec 08, 2009 2:17 pm

    Salam tasek16 dan semua rakan2 di forum ini ,

    Saya sedang mencuba pelajari tutorial yg tasek16 berikan , mmg mantap tutorial yg tasek16 kongsikan ... saya stil cuba nie ... insya'ALlah boleh nie .. boleh sangat ... huhu!

    Terima kasih kengkawan semua ... !

    @Tasek16 - blog wordpress anda tue pakai hosting mana yer ...?! Saya akan merujuk kpd tasek sekiranya ada masalah timbul lagi kelak ... banyak jugak yg saya nak belajar pasal cara nak create DVD nie ... harap dapat bantuan dr tasek16 lagi.

    Owh yer tasek16 , saya nie masih buta sikit fungsi2 di forum ini macam mana yer saya nak upload gambar saya dan buat setting yg lain ... maaf tasek16 saya mmg tak tau sangat ... hanya tau nak tanya soalan jer dan taip soalan jer ...huhu ..!

    Terima kasih tasek16 dan rakan2 yg lain.
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Tue Dec 08, 2009 3:36 pm

    razilzaini wrote:Salam tasek16 dan semua rakan2 di forum ini ,
    @Tasek16 - blog wordpress anda tue pakai hosting mana yer ...?! Saya akan merujuk kpd tasek sekiranya ada masalah timbul lagi kelak ... banyak jugak yg saya nak belajar pasal cara nak create DVD nie ... harap dapat bantuan dr tasek16 lagi.

    Owh yer tasek16 , saya nie masih buta sikit fungsi2 di forum ini macam mana yer saya nak upload gambar saya dan buat setting yg lain ... maaf tasek16 saya mmg tak tau sangat ... hanya tau nak tanya soalan jer dan taip soalan jer ...huhu ..!
    Terima kasih tasek16 dan rakan2 yg lain.
    Pasal web tu boleh terus pergi ke http://www.tasek16.co.cc . Dalam blog tu ada button Contact Me..klik pada button tu untuk tulis email. BTW kalau ada masalah lebih elok di postkan di sini..so sebarang masalah dan solution dia boleh dikongsi dengan user yang lain..Actually web/blog ni aku create just as mirror untuk tutorial yang aku buat untuk forum ni.. bukan apa forum ni masih dalam keadaan sementara sebelum di pindah ke server yang official.. so kalau dah official nanti aku just copy balik...

    pasl hosting aku guna server.. http://www.internet-webhosting.com kalau nak buat laman web ke apa ke..boleh langgan hosting kat sini..but bukan free hahahaha..

    most image/gambar kat sini aku uploadkan ke http://photobucket.com so boleh daftar kat sini...lepas daftar boleh upload gambar kat photobucket then dia kasi bberapa code untuk kita pastekan kat forum misalnya.. but untuk tujuan pastekan kat forum image jangan besar sangat... lebar gambar dalam 500-600 pixel.. is enough
    LanoG
    LanoG
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 537
    Location : Petaling Jaya
    Job/hobbies : Basuh Pinggan
    Registration date : 04/05/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by LanoG Tue Dec 08, 2009 4:00 pm

    tasek16 wrote:
    Pasal web tu boleh terus pergi ke http://www.tasek16.co.cc . Dalam blog tu ada button Contact Me..klik pada button tu untuk tulis email. BTW kalau ada masalah lebih elok di postkan di sini..so sebarang masalah dan solution dia boleh dikongsi dengan user yang lain..Actually web/blog ni aku create just as mirror untuk tutorial yang aku buat untuk forum ni.. bukan apa forum ni masih dalam keadaan sementara sebelum di pindah ke server yang official.. so kalau dah official nanti aku just copy balik...
    Wahh... ko pakai co.cc gak sekarang ye tasek16.... hehehe Very Happy
    ayoi
    ayoi
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1090
    Age : 94
    Registration date : 04/03/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by ayoi Tue Dec 08, 2009 4:06 pm

    razilzaini wrote:
    Owh yer tasek16 , saya nie masih buta sikit fungsi2 di forum ini macam mana yer saya nak upload gambar saya dan buat setting yg lain ... maaf tasek16 saya mmg tak tau sangat ... hanya tau nak tanya soalan jer dan taip soalan jer ...huhu ..!

    Terima kasih tasek16 dan rakan2 yg lain.

    click di icon ni Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Picture paste link click OK

    before tu copy link gambar tersebut contoh link ini

    saya copy link dan paste kat icon di atas https://2img.net/i/fa/wysiwyg/picture.png

    kuar gambar sama di atas Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Picture

    manual plak just tambah [ img ]https://2img.net/i/fa/wysiwyg/picture.png[ /img ]
    rapatkan kesemuanya ...

    jadi cam ni
    Code:
    [img]http://2img.net/i/fa/wysiwyg/picture.png[/img]
    tebuanjantan
    tebuanjantan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 96
    Registration date : 23/03/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tebuanjantan Tue Dec 08, 2009 4:50 pm

    tima kasih tasek16.. toturial yg sangat berguna.. lepas ni ringan sikit HDD..boleh copy ke DVD terus.. toturial ni banyak membantu..
    nk tau jgk mcmna cara nk buat supaya Data yang ada didalam DVD tak boleh dicopy sebarangan(fungsi encryption CSS)
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Tue Dec 08, 2009 7:47 pm

    LanoG wrote:
    Wahh... ko pakai co.cc gak sekarang ye tasek16.... hehehe Very Happy
    Smile benda free kan....
    tebuanjantan wrote:tima kasih tasek16.. toturial yg sangat berguna.. lepas ni ringan sikit HDD..boleh copy ke DVD terus.. toturial ni banyak membantu..
    nk tau jgk mcmna cara nk buat supaya Data yang ada didalam DVD tak boleh dicopy sebarangan(fungsi encryption CSS)
    Ada dua solution sebenarnya satu burn dalam dvd-r satu lagi compressed kan supaya jadi lebih kecik cth ke avi divx atau xvid..cth macam tutorial aku kat sini:
    http://tasek16.co.cc/?p=8
    kalau compressed ke avi divx/xvid pun still boleh burn ke CD-r sebagai data then play kat player yang support mp4 divx/xvid..

    pasal encryption tu..hanya apply pada dvd yang di press di kilang...not for dvd-r biasa. Sebabnya hanya boleh di apply diperinggkat mastering . Normally dvd ori cth dari hollywood diorang setkan master dalam DLT tape then kat kilang akan replicate jadi banyak. So kalau dvd-r biasa kita tak boleh apply css ni...BTW kalau boleh sekali pun very easy to decrypt..cthnya macam guna software AnyDVD..even latest encyption method yang digunakan dalam Blu-ray movie sekarang ni..very easy to decrypt...Smile
    Satu lagi any dvd/blu-ray yang di setkkan encryption kita kena bayar fee cthnya pada DVD Copy Control Association.. itu sebab kalau kita tengok DVD original tempatan diorang tak apply CSS ni kat dvd diorang.. Smile
    tebuanjantan
    tebuanjantan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 96
    Registration date : 23/03/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tebuanjantan Wed Dec 09, 2009 9:00 am

    Oooo..patut la.. jelas skrg.. tentang toturial Movie DVD9 to DVD5 aku dah boleh ikut sbb kita boleh buang yg mana xnk..cuma sekarang dok pening tentang Saiz Installer Game yg bersais hampir 8G pulak..camna nk buat..slama ni aku zipkan fail ISO tu jadi kan part by part contoh ada 80 rar fail --> 40 rar masukan ke DVD 1 dan selebihnya ke DVD 2
    harap dapat membantu..
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Wed Dec 09, 2009 1:11 pm

    tebuanjantan wrote:Oooo..patut la.. jelas skrg.. tentang toturial Movie DVD9 to DVD5 aku dah boleh ikut sbb kita boleh buang yg mana xnk..cuma sekarang dok pening tentang Saiz Installer Game yg bersais hampir 8G pulak..camna nk buat..slama ni aku zipkan fail ISO tu jadi kan part by part contoh ada 80 rar fail --> 40 rar masukan ke DVD 1 dan selebihnya ke DVD 2
    harap dapat membantu..
    Compress video dengan compress data (software etc) actually benda yang berbeza.. Compressed video dia buang some data to make it smaller..but untuk normal data dia panggil lossless compression using some algorithm untuk jadikan file tu jadi kecik..then de-compressed untuk jadi file tadi balik macam saiz asal.. aku pernah download satu file just 10MB then de-compressed jadi 600MB..woww..then try run file tak ada masalah...

    Antara compression utility yang boleh buat extreme compression ni macam KGB Archiver boleh compress more than half from the original file size.. but it takes time to compress..and depends on how powerful kita punya pc.
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Thu Dec 10, 2009 12:40 am

    Salam Tasek16 ,

    Saya ada kekeliruan , nak minta tolong dan minta pendapat :

    Masalah 1 :

    Saya baru2 nie guna Nero 9 saya dan saya buat burning data pada sekeping DVD+R (dvd nie ada tulis 'RW') , so bila saya buat burning data pada pertama kali ia berjaya burn data tersebut - data yg saya nak burn itu ada di hard disk saya tapi kenapa ia tak boleh burn sekali data2 video yg ada di dalam folder hard dosk saya itu? Adakah data2 video caranya lain pula tasek16 kalau nak burnkan ... maaf la saya tanya perkara ini kerana mmg saya tak berapa faham sangat lagi burn-burn nie ..? Apakah pulak maksud burning data itu - adakah ia bermaksud hanya boleh burnkan data2/fail2 berbentuk maklumat sahaja atau bagaimana yer ...?

    Masalah 2 :

    Saya dah buat burning data pada masalah pertama , so saya lihat di dalam DVD+R itu ada lagi space bila disemak ... jadi saya nak burnkan lagi data tapi tak boleh pulak ... kenapa yer .. tapi kat DVD+R itu ada tulis 'RW'? ... Saya sedikit keliru dengan masalah ini ... harap Tasek16 boleh tolong tak jelaskan apa yg berlaku sebenarnya dan apakah perbezaan +R , -R pada DVD tersebut..

    Masalah 3 :

    Saya sekarang ini sedang cuba utk memahami bagaimana utk saya masukkan maklumat2 ke dalam DVD kosong yg mana maklumat2 yg saya nak masukkan itu nanti mempunyai data2/maklumat2 seperti klip2 video (format klip video ialah .avi , .swf , .wmv , .mp3) dan fail2 microsoft/pdf ... Kemudian maklumat2 ini boleh dimainkan di pc/laptop. Saya harap Tasek16 bisa membantu saya ... maaf Tasek16 jika soalan saya ini banyak sangat ...huhu!

    @Kepada Ayoi dan rakan2 yg lain terima kasih kerana memberikan tips kpd saya bagaimana nak isi gambar profile di forum ini nanti saya cuba ... maaf kawan2 saya nie mmg masih mentah sangat ttg ruangan forum dan IT .. masih belajar2 lagi katakan ... fungsi "copy dan paste" pon saya tak tau sebelum ini walaupun selalu online dah hampir 4 tahun ... itulah asyik YM jer ... sampai ttg dunia IT pun tak tau ...huhu (saya la tue).

    @Kpd Tasek16 .. saya harap dapat jawapan yg sebaik mungkin dari saudara Tasek16 ... anda dah banyak membantu meningkatkan kefahaman saya ...TQ .. Jazakumullahu Khairan Khatiraa!
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Thu Dec 10, 2009 1:47 am

    razilzaini wrote:Salam Tasek16 ,

    Actually kalau burn sebagai data tak kira apa file sekalipun samada normal file atau video atau audio. Sepatutnya tak ada masalah cuma kesemua data ni hanya boleh di buka atau dimainkan di pc. Ada juga data dalam bentuk video cthnya avi, mpg4 divx, xvid boleh dimainkan di videoplayer/dvdplayer but dvdplayer tu kena support file format tadi..begitu jga dengan audio most dvd player sekarang support data audio macam mp3, wma, acc dsbnya. Dalam kes you ni aku tak pasti apa masalahnya..BUT some file kekadang tak boleh di burn guna nero..sebagai cth aku pernah burn raw image cth .nef(raw image dari camera nikon) tak boleh dibrn sebagai data sebab nero tak support file tu.. so aku guna Imgburn untuk burn file .nef sebagai data..no problem..so soalan sekarang apa format video tu..kemungkinan juga nero tak support format video tu..even kita nak burn sebagai data.
    razilzaini wrote:
    Masalah 2 :
    Saya dah buat burning data pada masalah pertama , so saya lihat di dalam DVD+R itu ada lagi space bila disemak ... jadi saya nak burnkan lagi data tapi tak boleh pulak ... kenapa yer .. tapi kat DVD+R itu ada tulis 'RW'? ... Saya sedikit keliru dengan masalah ini ... harap Tasek16 boleh tolong tak jelaskan apa yg berlaku sebenarnya dan apakah perbezaan +R , -R pada DVD tersebut..
    Ok benda ni ramai yang confuse..most dvd drive sekrang support untuk burn pelbagai jenis CD atau dvd cth kalau dvd ada Dvd-r, dvd+r , dvd-rw, dvd+rw, dvd-r DL(double layer) ..and so on. Now ok let say dvd drive kita support semua tu...tak semstinya kita boleh burn berulang kali atau padam dan burn balik.. sebab dia bergantung apa yang ditulis pada disk kosong tu... kalau cd/dvd tu just tulis cthnya DVD-r atau dvd+r ia bermakna dia boleh write tapi tak boleh erase. BTW ada option lain untuk jenis dvd jenis ni.. kita boleh sambung burn DENGAN SYARAT masa mula-mula burn kita setkan burning proses sebagai MULTISESSION.. most burning software termasuk nero ada option ni..BUT mesti di setkan pada mula-mula kita burn ni.. kalau kita tak setkan option ni..dvd atau cd tadi tak boleh diburn lagi even ada banyak ruang kosong dalam kes ni DVD atau cd tadi di panggil single session..faham kan

    Now berbalik jenis DVD atau CD tadi..kalau DVD-rw atau DVD+rw kita boleh burn kemudian padam kemudian burn balik dan seterusnya...BUT kalau kita tak setkan MULTIsession pada mula-mula kita burn..kita tak boleh sambung juga even masih ada banyak ruang..kalau nak jugak burn pada dvd-rw atau dvd+rw juga kita mesti erase atau format dvd disk tadi..SO apa yang perlu kita kena ingat..masa mula-mula nak burn..kita kena tanya..nak sambung burn selepas ini atau tak...kalau nak sambung SETKAN MULTISESSION PADA PERMULAAN BURNING...
    Satu lagi dvd-rw atau dvd+rw kita boleh buat macam thumbdrive cthnya kita boleh drp dan drag ke dalam dvd tu atau kita boleh buang mana-mana file yang kita tak nak BUT kita mesti formatkan dvd tadi sebagai UDF DVD..CUMA satu kelemahan dia..hanya pc yang support UDF format saja boleh baca.. so in this case kalau pc lain yang tak support UDF ni..tak boleh baca apa yang ada dalam dvd udf tu..

    recap:
    DVD-r atau DVD+r: tak boleh erase but boleh buat multisession pada mula2 burn untuk sambung burn
    DVD-rw atau DVD+rw: boleh erase but kena erase semua file..boleh buat multisession pada mula2 burn untuk sambung burn

    razilzaini wrote:
    Masalah 3 :
    Saya sekarang ini sedang cuba utk memahami bagaimana utk saya masukkan maklumat2 ke dalam DVD kosong yg mana maklumat2 yg saya nak masukkan itu nanti mempunyai data2/maklumat2 seperti klip2 video (format klip video ialah .avi , .swf , .wmv , .mp3) dan fail2 microsoft/pdf ... Kemudian maklumat2 ini boleh dimainkan di pc/laptop. Saya harap Tasek16 bisa membantu saya ... maaf Tasek16 jika soalan saya ini banyak sangat ...huhu!
    In this case just burn sebagai data..kalau dalam nerostart smart atau nero express disebut DATA BURNING..
    razilzaini wrote:
    @Kepada Ayoi dan rakan2 yg lain terima kasih kerana memberikan tips kpd saya bagaimana nak isi gambar profile di forum ini nanti saya cuba ... maaf kawan2 saya nie mmg masih mentah sangat ttg ruangan forum dan IT .. masih belajar2 lagi katakan ... fungsi "copy dan paste" pon saya tak tau sebelum ini walaupun selalu online dah hampir 4 tahun ... itulah asyik YM jer ... sampai ttg dunia IT pun tak tau ...huhu (saya la tue).
    @Kpd Tasek16 .. saya harap dapat jawapan yg sebaik mungkin dari saudara Tasek16 ... anda dah banyak membantu meningkatkan kefahaman saya ...TQ .. Jazakumullahu Khairan Khatiraa!
    Aku dan member di sini try as much as possible to help kalau kitoarang mampu nak tolong..harap sama jugak awak satu hari nanti bantu member2 yang memerlukan..

    good luck
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Thu Dec 10, 2009 2:16 am

    Salam Tasek16 ...

    Ya... Allah! Bersemangat saya dengar jawapan tasek16 tue ... dapat jugak saya input sikit2 dan makin bertambah nie ... tapi still kena belajar pelan2 ada jugak yg masih blur2 lagi nie ...

    Oklah ... file video tue tak silap saya dia tulis hujungnya .flv . Itu format file video tu la kan ...?? So macam mana pendapat tasek16 ... adakah boleh dimasukkan format video itu ke dalam DVD saya yg blank tue atau mungkin saya ada buat kesilapan ... Sekarang baru saya tau pasal nakl kena buat multisession dulu yer baru boleh sambung semula utk burn jika ada space lagi dalam DVD tue ... gitu rupanyer ..!

    Macam nie tasek16 , saya cuba nak belajar buat satu DVD yg mana DVD itu mengandungi video2 dan fail2 tutorial utk saya edarkan pada anak2 murid saya , saya nie guru kebajikan di kampung saya ... guru tak bertauliah - GURU KHIDMAT MASYARAKAT TAJAAN KETUA KAMPUNG! Ajar bebudak darjah 6 dan tingkatan 3 pasal math dan sains. So saya sedang explore bagaimana nak buatkan semua maklumat yg saya ada((data2 berupa video tutorial-video nie ada yg saya buat sendiri dan ada juga yg saya download dr internet , fail2 microsoft/pdf)) dimasukkan ke dalam DVD utk dijadikan rujukan utk anak2 darjah saya. Harapan saya agar tasek16 dapat huraikan serba sikit caranya (step by step) pada saya yg dalam kekeliruan ini ... Jutaan terima kasih diucapkan sekiranya tasek sudi utk memberikan jalan penyelesaiannya.

    Tak sangka saya soalan saya dibalas dengan cepat sekali dari saudara tasek16. TQ ..
    Dengan rendah hati saya berharap saudara tasek16 bisa memberikan jalan bagaimanan nak saya jadikan DVD yg saya maksudkan di atas - DVD yg mengandungi fail2 tutorial dan fail2 yg berkaitan ...!

    SEKIAN TERIMA KASIH TASEK16 ...!
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Thu Dec 10, 2009 7:15 am

    Salam Tasek16 ,

    Mungkin masa buat burning guna Nero nie saya tersilap masuk menu dia kot ... Masa saya nak burn saya terus ke menu burning data ... betul tak cara saya nie ... atau saya kena pergi menu burning rom atau macam mana tasek16 ...? Saya minta nasihat dan pembetulan dr saudara tasek16 - langkah2 utk ke menu yg mana perlu saya masuki dahulu di dalam Nero ini.
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Thu Dec 10, 2009 1:34 pm

    razilzaini wrote:Salam Tasek16 ....
    Oklah ... file video tue tak silap saya dia tulis hujungnya .flv . Itu format file video tu la kan ...?? So macam mana pendapat tasek16 ... adakah boleh dimasukkan format video itu ke dalam DVD saya yg blank tue atau mungkin saya ada buat kesilapan ...
    Macam aku cakap kat atas kalau burn data sepatutnya tak ada masalah..since aku sendiri tak pasti masalahnya..kalau guna Nero burning rom pilih option DVD-ROM (ISO) ..maksudnya sama mcam burning data..macam ni kalau ada masa YM kat aku...YM id : tasek16.. pukul 9.00 pm ke atas..
    razilzaini wrote:
    Macam nie tasek16 , saya cuba nak belajar buat satu DVD yg mana DVD itu mengandungi video2 dan fail2 tutorial utk saya edarkan pada anak2 murid saya , saya nie guru kebajikan di kampung saya ... guru tak bertauliah - GURU KHIDMAT MASYARAKAT TAJAAN KETUA KAMPUNG! Ajar bebudak darjah 6 dan tingkatan 3 pasal math dan sains. So saya sedang explore bagaimana nak buatkan semua maklumat yg saya ada((data2 berupa video tutorial-video nie ada yg saya buat sendiri dan ada juga yg saya download dr internet , fail2 microsoft/pdf)) dimasukkan ke dalam DVD utk dijadikan rujukan utk anak2 darjah saya. Harapan saya agar tasek16 dapat huraikan serba sikit caranya (step by step) pada saya yg dalam kekeliruan ini ..
    Ok actually banyak cara boleh kita buat..
    1. Buat based on HTML..sama macam kita buat website..cuma instead of kita access data dari server but kita just acces data dari DVD/CD. Aku pernah buat cara ni untuk satu cd . Tapi itulah..kita kena ada knowledge sedikit sebanyak dalam HTML atau tahu serba sedikit macam mana nak buat website..Kalau kita tak pernah buat..memang payah sikitlah. In this case kalau awak nak benda ni urgent minta tolong sapa-sapa yang mahir tolong buatkan dulu..sebab kalau awak nak buat sendiri dalam masa terdekat ni..mungkin problem.. Kat sini boleh mintak bantuan kat Bro Ongbok..dia mahir pasal benda...bagi upah sikit laa.. Smile so from there kita boleh belajar step-by-step..tapi kita kena faham...kita tak boleh expert dalam satu-satu benda overnight..it takes time
    2.Menggunakan Flash..but lebih susah dari cara HTML..sebab kita kena expert Flash ..tapi kalau kita expert..this isthe best way buat DVD/cd presentation atau interactive dvd/cd.. most interactive dvd/cd rom based on flash

    BUT satu perkara kita kena ingat..bila kita buat dvd/cd macam ni..kita kena pastikan semua pc boleh main atau displaykan apa yang kita buat..cthnya kalau kita masukkan video..pastikan semua pc boleh mainkan video tadi...sebabnya bukan semua pc boleh main certain format video...mungkin pc kita boleh main tapi tak semestinya pc lain...cth video file dalam format .Flv, pc kita boleh main sebab dalam pc dah diinstall codec untuk format ni..belum tentu pc lain boleh..even Windows 7 pun tak boleh main file dalam format flv unless kita install codec yang bersesuaian..macam tu juga dengan file2 lain..

    so for now minta bantuan sapa-sapa yang mahir pasal benda ni..aku suggest buat guna HTML atau website style..sebab more compatible denagn almost pc/platform as long as ada internet browser cth Internet explorer..firefox etc

    razilzaini wrote:Salam Tasek16 ,

    Mungkin masa buat burning guna Nero nie saya tersilap masuk menu dia kot ... Masa saya nak burn saya terus ke menu burning data ... betul tak cara saya nie ... atau saya kena pergi menu burning rom atau macam mana tasek16 ...? Saya minta nasihat dan pembetulan dr saudara tasek16 - langkah2 utk ke menu yg mana perlu saya masuki dahulu di dalam Nero ini.
    Kalu guna nero burnig rom...Tekan NEw--->dia keluar satu New Compilation windows Klik pad DVD-Rom (iso) untuk burn sebagai Data DVd...

    good luck
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Fri Dec 11, 2009 1:15 am

    Salam Tasek16 ,

    Terima kasih tasek16 nampaknya saya semakin jelas akan apa yg saudara tasek nak sampaikan dan saya ada buat percubaan mengikut tutorial yg di blog tasek16 itu dan saya berjaya buat satu burn ... yahooo! Berjaya jugak akhirnya tapi mmg betul kena makan masa jugak utk belajar benda2 baru nie ... mmg seronok jugak la saya tadi pasal boleh burn satu file yg ada video berpandukan tutorial di blog tasek16 tue..

    Tasek16 nak tanya kenapa semasa saya nak mainkan video yg sayaa telah burn tadi di pc ia hanya boleh dimainkan oleh realplayer software saja dan nero saja ... bila saya nak mainkan video itu dengan winamp dan window media player ia tak support... mmm... kenapa yer tasek ....? Ada idea ... ? Setakat ini Alhamdulillah saya berjaya la sikit2 utk menguasai cara nak burn data ... tapi masih slow-slow jugak ...ok lah tue..!TQ Tasek16 atas tutorial anda yg bermanfaat dan amat membantu tersebut ...

    Harap dapat belajar lagi tanpa jemu dengan saudara tasek16 , insya'Allah!
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Fri Dec 11, 2009 5:47 pm

    Ok antara sebabnya sestengah player tak support certain video format. Ini kerana player tersebut tak di built-in kan codec untuk video format tersebut.. What is codec??? Codec in simple word macam translator... so bila satu-satu video dimainkan translator ni faham apa format video tu..so dia akan mainkan video tu..btw tak semua player ada codec untuk mainkan certain video format.. in this case kalau tak boleh dimainkan dalam winamp atau windows media player maknanya tak ada codec yang di attached pada player.. so what the solution????..so kita intsall third party codec.. atau juga disebut codec pack...once kita install codec pack ini.. almost all video formats can be played in almost all video players...
    pasl benda ni aku dah buat tutorial masa putera lama dulu..btw korang bolh baca balik..tutorial yang aku buat di sini:
    Nak play popular video format di pc
    good luck
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Sat Dec 12, 2009 12:58 pm

    Salam Tasek16 ...,

    Bantuan anda sepanjang saya di forum ini amatlah dihargai. TQ tasek16...!

    Terima kasih kerana ada post bantuan pasal codec tue barulah video tersebut dapat saya mainkan di wmp dan real player saya ...huhu , TQ!

    Tasek16 , jika saya nak burn sesuatu data yg datanya ada beberapa fail pelbagai format ke dalam blank DVD/CD , so saya kena pergi ke menu "Burning Data" yer di dalam nero 9 saya tue ...? Atau saya kena pergi ke menu "Burning Rom"... kat menu "Burning Rom" nie saya tengok barulah ada menu utk buat setting pada MULTISESSION macam yg Tasek16 cakapkan kalau kat "Burning Data" tue saya tak tau nak buat macam mana cuma dia terus burn jer ... Minta nasihat dari Tasek16 bagaimana perlu saya buat jika saya pilih menu "Burning Data" utk buat MULTISESSION ..?

    Sekian , terima kasih.

    RazilZaini ( saya semakin meningkat maju melalui forum ini , TQ )
    tasek16
    tasek16
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 188
    Registration date : 13/10/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by tasek16 Sat Dec 12, 2009 1:26 pm

    razilzaini wrote:
    Tasek16 , jika saya nak burn sesuatu data yg datanya ada beberapa fail pelbagai format ke dalam blank DVD/CD , so saya kena pergi ke menu "Burning Data" yer di dalam nero 9 saya tue ...? Atau saya kena pergi ke menu "Burning Rom"... kat menu "Burning Rom" nie saya tengok barulah ada menu utk buat setting pada MULTISESSION macam yg Tasek16 cakapkan kalau kat "Burning Data" tue saya tak tau nak buat macam mana cuma dia terus burn jer ... Minta nasihat dari Tasek16 bagaimana perlu saya buat jika saya pilih menu "Burning Data" utk buat MULTISESSION ..?
    Ok dalam package nero ada beberapa software untuk burn.
    1.NeroStart Smart
    2.NEro Express
    3.Nero Burning rom

    Untuk function Multisession kalau tak salah aku hanya ada pada Nero Express dan Nero Burning Rom
    untuk Nero Express..dragkan file kebahagian yang disediakan then tekan Next. Pada Final Burn Setting ada option untuk multisesion macam ka bawah.. click pada option untuk buat multisession..then click pada burn...
    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Neroms
    avatar
    razilzaini
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 13
    Registration date : 08/12/2009

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by razilzaini Sat Dec 12, 2009 1:55 pm

    Salam Tasek16 ,

    Saya ada menghantar mesej di pm box saudara OngBok utk mengetahui cara2 utk buat DVD yg boleh present di web browser seperti yg saudara Tasek16 bagi tau saya sebelum ini. Saya harap saudara OngBok dapat membantu saya ... Baiklah saudara Tasek16 , saya nie masih baru nak belajar dan saya sekarang nie mmg rajin/kuat belajar bab2 IT dr forum ini. Sebagai pemuda kampung yg di Taja Oleh Ketua Kampung menjadi Guru Kebajikan Masyarakat2 di desa saya , saya sedang giat berusaha utk menyampaikan maklumat2 melalui medium IT kpd anak2 org kampung di desa saya ini.

    Saya di sini ingin memohon jasa baik saudara tasek16 ada tak tutorial bagaimana utk saya hasilkan DVD yg boleh present maklumat2 di dalamnya di web browser. Jika saya nak upah seseorang buat masa ini saya mmg kurang mampu tapi nanti kalau ada rezeki lebih , insya'Allah saya akan balas jasa baik saudara2 sekelian. Saya nie dulu penggangur jer kat kampung saya tapi sekarang dah nampak jalan utk berubah kerana diberi peluang utk jadi Guru Tajaan Ketua Kampung - Guru tak bertauliah tapi diberi upah dan amanah utk membantu anak2 orang kampung di dalam pelajaran mereka - kelulusan saya pon hanya SPM saja! Tapi saya insaf dan giat belajar utk mendalami ilmu2 IT nie (pasal saya amat minat sangat IT nie...) nak belajar mmg tak mampu - keluarga orang susah! Tapi saya tekad utk belajar di forum ini dan ingin buktikan yg saya boleh berjaya.

    Harapan saya dapatlah saudara OngBok nanti reply mesej saya dan kpd saudara Tasek16 saya berharap saudara dapat tunjukkan saya tutorial utk saya menghasilkan DVD tersebut dr mula pembikinannya hingga ia siap (besar sangat permintaan saya ini... segan saya sebenarnya nak minta pertolongan ini tapi lebih baik saya meminta dari jadi jahil berterusan). Buat masa ini saya terus terang mmg kurang mampu jika diminta utk membuat pembayaran terhadap tutorial ini tapi saya akan balas kembali jasa baik saudara2 semua setelah saya dapat upah dari kerja saya nanti - walaupun upah tak seberapa tapi saya akan tetap balas jasa tuan2 semua di sini!

    Semoga , anak2 orang kampung di desa saya ini maju dalam dunia IT ...!

    RazilZaini (pemuda kampung yg insaf)- PPRT ,Parit 16 Sg. Besar , Selangor D.E.

    Sponsored content

    Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r Empty Re: Macam mana nak copy DVD video ke DVD-r

    Post by Sponsored content

      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 6:26 am