by pekwan Mon Dec 28, 2009 2:42 pm
Microsoft Security Essantial...klik sini
Penilaian AV Comparative baru-baru ni senaraikan MSE terbaik untuk antivirus percuma. Pastikan anda menggunakan Windows ori. Kalau tak guna, pandai-pandai la macam mana nak guna. Sebab ada genuine test.
Kalau nak lagi bagus, guna Kaspersky Internet Security untuk pengguna internet tegar. Dah 2 tahun guna, tak pernah kena virus, trojan, spyware dengan adware. Serangan daripada orang yang berniat jahat pun tak lepas. 4.5/5 aku bagi kat KIV ni.
Sepanjang aku melibatkan diri dalam dunia komputer ni, kebanyakan pengguna sanggup untuk tidak menggunakan antivirus berbayar atas alasan terpaksa mengeluarkan duit. Fungsi dan kelebihan antara edisi berbayar dan percuma jauh berbeza. Kalau yang guna antivirus percuma, janganlah nanti bising-bising kena virus la apa la. Data, maklumat, dokumen habis hilang sebab tak buat backup. Pendrive pun bersepah-sepah dengan virus. Pengalaman aku memasang dan memformat pc orang. Lain la kalo korang ada ilmu nak elakkan daripada virus walaupun guna yang percuma.
Kepada yang malas nak memformat pc berulang-ulang kali, yang nak cucuk pendrive sesiapa pun tanpa rasa bimbang, kaspersky la aku sarankan. Kadang-kadang pelik juga kedai yang menjual pc tak cadangkan kepada pengguna dengan antivirus berbayar, strategi perniagaan untuk mendapatkan duit daripada pengguna yang tidak tahu apa-apa.