"Kalau nak main game, beli AMD. Kalau nak buat kerja/multitasking, beli Intel."
Selalu la kita dengar ayat2 ni tak kira la dalam forum ke, mintak pendapat orang2 kat luar (sesetengah) dan jugak sesetengah pomen PC kat luar.
Tak silap aku istilah ni mula time AMD tapau Intel time AMD keluarkan AMD Athlon 64, sedangkan Intel baru nak hype pasal Pentium 4.
Persoalannya:
1. Betul ke? Setahu aku kalau dah boleh buat multitasking, mesti jugak la power main game. Ape pulak AMD power main game tapi tak power multitasking.
FYI, aku penah run sekaligus Firefox 1.5 10 tabs, Winamp 5.0 (time2 baru keluar, memory usage tak se-efisyen foobar2000), Adobe Photoshop CS2 80 layer + filters banyak + effects banyak, Adobe Illustrator CS2 40 layer + amat banyak paths, vector objects atas AMD X2 3600+ + 2GB DDR2 667 + WinXp Sp2, agak berat la jugak tapi paling berjanggut time nak save la. No wonder atas proc camtu. Tapi keje still can be done. Multitasking berat tu. Aku rase proc yang setara dengan proc tu cume Pentium D or Pentium Dual Core tapi performance tak jauh beza.
2. Ada sesiapa tak boleh beritahu KALAU LA BETUL, dari segi apa proc AMD menang dalam gaming? Proc Intel menang dari multitasking? Mungkin tak sama sebab banyak jenis model, tapi at lest dari segi architecture proc tu dah boleh kira membantu banyak juga la.
3. Lately aku ade try The Sims 3 World Adventure atas AMD X2 5000+ + ATI 3850 256MB DDR3 + 1024x768 (15" monitor), memang berat game ni. Guna resource CPU amat banyak dan proc aku cecah 85C - 90C time main. Of course sebab game ni real time 3D processing, so no wonder. Bunyik beeep memanjang (sebab aku letakkan threshold 80c bunyik beep). Tapi ni jugak menunjukkan AMD takde la power mane men game. member aku men game yang same on c2D e7400 klo x silap, tenang je dier main.
As for my opinion, memang Intel superior dari ape jua bentuk architecture proc sejak zaman C2D. Beat in gaming dan multitasking.
So what's your opinion guys? Aku ni part time tukang pomen PC, so takde la hebat mane nak explain on benchmark and such. Just nak mengelakkan kekeliruan time aku nak setup PC orang. AMD or Intel?
p/s: sila elakkan unsur fanboyism dalam ni. X nak la just tulis "AMD power sebab ok je aku gune AMD dari zaman Duron lagi." Give the forumers here some valuable and informational input please.