Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+11
khairul anwar
hampeh
kikoz
teri-chan
Morphasella
TJ-Ariff
akuccputsedut
ryna168
TOYSЯUS
Miss U.A
harriz
15 posters

    Menyambut tahun baru hukumnya.......

    avatar
    Morphasella
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 95
    Registration date : 20/02/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by Morphasella Fri Jan 08, 2010 3:04 pm

    aku g konsert sbb aku nak appreciate lagu2, vokal2 dan show2 yg best.
    aku jaga batas aku.

    haram ke?
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by khairul anwar Sun Jan 10, 2010 2:12 pm

    Morphasella wrote:aku g konsert sbb aku nak appreciate lagu2, vokal2 dan show2 yg best.
    aku jaga batas aku.

    haram ke?


    ape kate ko appreciate ulamak, g dengar2 ceramah2
    malah, malaikat pun akan appreciate ko sekali..


    pasal konsert nie,.. sebenarnye leh jatuh haram (kot)
    pasal,.

    kalau kita lihat pada konsert2 kat malaysia nie,
    laki2 ngan pempuan semua bercampur gaul, pastu pakaian lak,

    lu pikir sendiri la...


    Spoiler:
    avatar
    Morphasella
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 95
    Registration date : 20/02/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by Morphasella Tue Jan 12, 2010 11:20 pm

    ulamak pun appreciate jugak, lagu pun appreciate jugak

    "laki2 ngan pempuan semua bercampur gaul, pastu pakaian lak, " <-- aku g pasar, shopping, tgh wayang, g showroom keta, exercise kat taman, keje, apa lagi, macam ni gak enviromentnya.
    Hellghast
    Hellghast
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 102
    Location : dimana2 sahaja
    Job/hobbies : cari duit nak kawin/termenung
    Registration date : 13/07/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by Hellghast Wed Jan 13, 2010 11:16 am

    kebanyakkan mereka2 yang pandai mengatakan itu haram,ini haram tapi buat juga,dah banyak aku tgk terjadi,itu tak boleh buat,ini tak boleh buat tapi kena tang diri sendiri senang je diaorg jawab,"takpelah bukan selalu","owh aku rasa sekali sekala tak boleh keras sangat","kena la bertolak ansur"...pigidah...!!! Laughing
    geniousboy
    geniousboy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 25
    Age : 36
    Registration date : 25/02/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by geniousboy Fri Jan 15, 2010 9:56 am

    aku pernah g skali je, mase sambutan 2009..
    cukup la skali, just nak merasa, nak tgk ape yg org laen buat mase sambutan tu..
    bagi aku la, x pergi pon xpe kot..
    baik dok rumah, wat pape yg lagi berfaedah.
    jam, sesak, huru-hara, perangai budak2 kl yg gile yg menyakitkan mata n hati..
    fuh. cukup la 1 time experience..
    ztecon
    ztecon
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 540
    Age : 66
    Location : North Planet Zargus
    Job/hobbies : Thinking Out Of Board
    Registration date : 13/02/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by ztecon Fri Jan 15, 2010 2:20 pm

    assalammualaikum...

    macam saya tak penah sambut tahun baru ke ape ke..tak berminat...rasa sama saja
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by Miss U.A Sat Jan 16, 2010 9:21 pm

    Setiap tahun masyarakat di seluruh negara akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah pada tahun-tahun mendatang.

    Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.

    30. Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya.


    31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau. (Al-A’raf: 30-31)

    Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda, sama seusia dengan penulis. Menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. Penulis merasakan perlunya kita hari ini mengubah kaedah menyambut tahun baru ini dengan pergi ke masjid-masjid atau duduk di rumah seorang diri dan bermuhasabah diri mengenai setiap amalan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini. Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah-olah diri kita terlalu jauh dengan Tuhan disebabkan kesilapan-kesilapan lalu. Namun, sebenarnya kita tersilap bahawa keampunan Tuhan itu sebenarnya melebihi dugaan kita dan amatlah Pemurah dan Maha Pengampun.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)

    Masa yang singkat sebelum tibanya tahun baru ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebenarnya memerlukan masa untuk merancang mengenai kehidupan kita yang seterusnya. Ambillah peluang pada malam tahun baru untuk merancang prestasi hidup kita untuk tahun yang berikutnya. Siapa yang pernah terfikir untuk berbuat demikian, melainkan mereka yang sentiasa inginkan peningkatan dalam diri dan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. Ingat, peruntukkan dalam sehari untuk melatih diri merancang perjalanan dan menetapkan matlamat kita.

    Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

    Peluang membaca doa selamat pada awal tahun baru merupakan amalan yang baik bagi menggantikan perbuatan berteriak dan menari-nari di pusat hiburan. Kesedaran dalam diri masyarakat dan mengamalkan ajaran agama pada hari ini amatlah penting bagi membina benteng pertahanan diri dari segala penyakit hati. Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini.

    Apa yang penulis hantar ini merupakan suatu alternatif kepada yang lebik baik, supaya dapat generasi hari ini membina kehidupan yang lebih sejahtera dan lebih selesa.

    Sumber: Ehsan Ibn Zaid


    Spoiler:

    Sponsored content


    Menyambut tahun baru hukumnya....... - Page 2 Empty Re: Menyambut tahun baru hukumnya.......

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun May 19, 2024 5:41 pm