Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


5 posters

    Man Anta? Siapakah Kita?

    mfaiz
    mfaiz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 107
    Age : 35
    Location : Cyberview
    Job/hobbies : IT Exec
    Registration date : 18/02/2009

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by mfaiz Tue Jan 05, 2010 1:21 am

    بسم الله الرحمن الرحيم

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Ballighu `anni walau ayah. Sekadar tazkirah ringkas untuk renungan bersama, semoga bermanfaat, insyaAllah...

    Siapakah kita? Man anta? Siapakah Anda?

    Siapakah orang yang sombong?
    Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang angkuh & sombong diri.

    Siapakah orang yang telah mati hatinya?
    Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwanya untuk kesal, insaf & bertaubat.

    Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

    Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Allah tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan dosa kemaksiatannya.

    Siapakah orang yang kuat? .
    Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia di dalam kemarahan.

    Siapakah orang yang lemah?
    Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

    Siapakah orang yang bakhil?
    Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca & mengucap selawat keatas junjungan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

    Siapakah orang yang buta?
    Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. Serta tidak nampak bukti kebesaran dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

    Siapakah orang yang tuli?

    Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

    Siapakah orang yang sibuk?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

    Siapakah orang yang manis senyumannya?

    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata lagi, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini.", sambil mengukir senyuman.

    Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

    Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingati akan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menyesal akan dosa-dosanya yang lalu sehingga mengalir air matanya.

    Siapakah orang yang kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada & sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

    Siapakah orang yang pandai?
    Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini hanya permainan dan hanya sementara, manakala akhirat kekal abadi.

    Siapakah orang yang dung*u?
    Orang yang dung*u adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan & dilupakan.

    Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
    Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

    Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
    Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

    Siapakah orang yang gila itu?
    Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat, kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

    Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

    Siapakah orang yang selalu ditipu?
    Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang-orang tua.

    Siapakah orang yang paling cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa iman & amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa iman & amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

    Siapakah orang yang mempunyai akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



    Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

    والله أعلم

    شكرا جزيلا على حسن متابعتكم

    جزاك اللهُ خيراً


    Last edited by mfaiz on Wed Jan 06, 2010 4:46 pm; edited 1 time in total
    SkyZer
    SkyZer
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 28
    Registration date : 04/01/2010

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by SkyZer Tue Jan 05, 2010 9:38 am

    terima kasih atas satu peringatan ini.
    sama2 lah kembali ke jalan yange benar...
    ahaksz28
    ahaksz28
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 507
    Location : Rumah Parent
    Job/hobbies : Gaming
    Registration date : 13/02/2009

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by ahaksz28 Tue Jan 05, 2010 8:51 pm

    terima kasih TS.. Smile
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by Jedi Wed Jan 06, 2010 12:01 am

    Alhamdulillah.
    Sama2 muhasabah diri.
    OngBok
    OngBok
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by OngBok Wed Jan 06, 2010 7:47 am

    Ka sini pun boleh baca untuk keterengan lanjut;
    Siapa Kita?
    mfaiz
    mfaiz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 107
    Age : 35
    Location : Cyberview
    Job/hobbies : IT Exec
    Registration date : 18/02/2009

    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by mfaiz Wed Jan 06, 2010 4:47 pm

    Ballighu `anni walau ayah...

    Sponsored content


    Man Anta? Siapakah Kita? Empty Re: Man Anta? Siapakah Kita?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 6:38 am