Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+4
Gunso
NazCYPHER32
hampeh
loy_azloy
8 posters

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by loy_azloy Tue Jan 12, 2010 12:34 pm

    salam semua...
    sedikit ulasan tentang tajuk ini :

    SEPERTI satu sandiwara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpatah balik daripada keputusannya untuk menaikkan Harimau Muda ke Liga Super, sebaliknya memilih mengekalkan pasukan kedua tercorot musim lalu, Pahang dalam keputusan yang pastinya akan mencetuskan dakwaan 'pilih kasih' di kalangan pengkritik bola sepak tanah air.

    Sejak sekian lama, teori konspirasi berlegar bahawa Pahang - negeri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah - akan diberi layanan istimewa dengan jawatankuasa pertandingan tempatan akan merombak format Liga Malaysia memastikan mereka kekal di pentas elit sungguh pun mereka sepatutnya beraksi pada Liga Perdana, musim depan.

    Walau pun dakwaan 'pilih kasih' dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh, sukar untuk difahami bagaimana pasukan yang diturunkan ke saingan divisyen dua pada 2010 diletakkan sebagai pasukan ranking teratas Liga Perdana sebelum musim bermula dan berada pada pilihan teratas untuk dinaikkan jika terdapat kekosongan di Liga Super.

    Andai mengikut keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan minggu lalu, Harimau Muda, T-Team, Johor dan Kuala Lumpur dinaikkan ke Liga Super berdasarkan kedudukan empat teratas Liga Perdana, namun FAM kali ini mengembalikan Pahang dan bukan pasukan tempat kelima, Proton FC.

    "Apabila kita susun balik Liga Perdana, kita mendapati Pahang menduduki tempat teratas. Tuanku (Sultan Ahmad Shah) awal-awal berkata bahawa dia tidak mahu dilihat sebagai pilih kasih.

    "Keputusan ini diambil berdasarkan majoriti ahli majlis," kata Che Mat pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis di Wisma FAM semalam.

    Lebih parah, FAM memilih untuk tunduk kepada desakan ahli gabungan mengembalikan pemain bawah 21 tahun Harimau Muda kepada pasukan negeri dengan pasukan itu yang dibentuk sejak sekian lama dipisahkan dan hanya dikumpulkan semula bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

    Kini Liga Super akan kekal dengan 14 pasukan manakala Liga Perdana buat masa sekarang mempunyai 11 pasukan termasuk Harimau Muda yang dibarisi pemain bawah 19 tahun.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by loy_azloy Tue Jan 12, 2010 12:35 pm

    Pahang dapat ihsan FAM

    Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
    wanfakhrul@kosmo.com.my


    REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan.

    Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersing- kir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot.

    Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Namun, Mesyuarat Majlis FAM semalam yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak 'menyelamatkan' pasukan negeri itu pada saat akhir sambil 'mengorbankan' skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.

    "Hari ini (semalam) mesyuarat Majlis FAM telah membuat sedikit perubahan untuk pasu- kan-pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan.

    "Setelah dibincang secara panjang lebar, Harimau Muda A dicadangkan untuk tidak beraksi dalam Liga Super 2010 supaya pemain-pemainnya dilepaskan beraksi untuk pasukan negeri masing-masing.

    "Bagi menggenapkan 14 pasukan, Pahang dinaikkan semula ke Liga Super. Liga Perdana pula, kami akan jemput satu pasukan dari Liga FAM untuk menggenapkan 12 pasukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh pada sidang media semalam.


    SULTAN AHMAD SHAH beramah mesra dengan pegawai yang hadir sebelum baginda
    mempengerusikan Mesyuarat Majlis FAM di Wisma FAM semalam.

    --------------------------------------------------------------------------------


    Mengulas lanjut perkara tersebut, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pahang dipilih menggantikan Harimau Muda A kerana 'kedudukannya' yang paling atas dalam senarai asal pasukan-pasukan Liga Perdana 2010.

    "Tiada soal pilih kasih. Keputusan ini telah dipersetujui oleh suara majoriti dalam mesyuarat Majlis FAM hari ini (semalam).

    "Harimau Muda B iaitu skuad B-19 kebangsaan akan kekal dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda A di bawah jurulatih Azraai Khor Abdullah hanya akan dikumpul apabila ada tugasan antarabangsa," jelas Khairy.

    Kosmo! pada 27 Julai lalu telah melaporkan tentang kemungkinan Pahang akan diselamatkan lagi oleh FAM daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana.

    Keputusan FAM semalam sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.



    --------------------------------------------------------------------------------


    FAM ketika itu mengubah format daripada lapan pasukan kepada 14 pasukan, sekali gus menyelamatkan Pahang yang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan pada Liga Super 2006.

    Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah dalam titah baginda ketika mesyuarat semalam memberitahu, Datuk Gulzar Mohammad telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden FAM secara sukarela berkuat kuasa 22 November lalu atas alasan kesihatan dan tumpuan kepada pernia- gaannya.

    Selain itu, pada tarikh yang sama, FAM turut melantik Tan Sri Mohd. Noor Abdul Rahim sebagai Bendahari FAM yang baru mengganti- kan Datuk Cheong Keap Tai.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by loy_azloy Tue Jan 12, 2010 12:37 pm

    maaflah kepada peminat pahang kerana aku rasa korang pun malu kerana Sultan korang punya perangai...dah tua dah...bila la nak 'jalan' dari FAM...

    mari bawa Pahang ke piala dunia...!!!
    mari kuburkan pasukan muda Malaysia...!!!
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by hampeh Tue Jan 12, 2010 6:11 pm

    Patut pasukan negeri ni bungkus semua , bazir duit je walaupun bagus jugak kerajaan amik tahu dan ingin malaysia menghasilkan pemain bertaraf dunia .

    Patut takde pasukan yang dibiaya kerajaan negeri, biar semua ditaja swasta atau glc(kalau kerajaan nak gak join) , baru ada persaingan dimana nak rebut tajaan,pemain dan piala2 yang ada kat malaysia ni .

    Ni pandangan aku yang tak mengikuti sangat liga bola sepak di malaysia , kalau nampak yang tak betul tu dalam post aku maaf awal2 Very Happy
    NazCYPHER32
    NazCYPHER32
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 373
    Age : 33
    Location : Seremban
    Job/hobbies : FSsimming,racing sim,3dmodelling
    Registration date : 04/03/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by NazCYPHER32 Tue Jan 12, 2010 6:51 pm

    biase la sultan ahmad shah,satu2 nye sultan yg bole mkn tembikai smbil bdiri ngn rakyat...huhu...kalo heli AS-355N die kalo jatuh thempas arini,esok bole beli baru..huhu..stakat nk angkat team negeri xjadi hal pnye la



    ps;aku ank pahang
    Gunso
    Gunso
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 137
    Location : Dalam kokpit zaku...
    Job/hobbies : Smuggling & Trafficking Sayur Sawi
    Registration date : 07/05/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by Gunso Tue Jan 12, 2010 7:46 pm

    hah.. kalau mcm nih tak kemana tak liga m'sia nih...

    kalau mcm nih ler jugak jgn harap nak tgk pasukan yg bagus muncul...

    kalau pasukan bagus tak muncul mcm mana nak carik pemain yg bagus utk main kat peringkat antarabangsa..

    main bagus pon tak leh pegi kemana kalau takde kable baik punya..

    nak cakap salah.. krg kene tangkap pasal ngata sultan...

    tak cakap pon tak sedap... dah ternampak mende yg dah nampak semacam...

    kesimpulannya malas dah aku nak ambik tau... terlebih cakap krg kene tangkap lak...
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by TOYSЯUS Tue Jan 12, 2010 8:40 pm

    Kalau lah orang bukan Melayu mengata pasal Sultan, bukan main lagi kita marah mereka kerana tidak menghormati Sultan.
    Masa gambar Sultan kena guris baru-baru ini, bukan main lagi polis memburu suspek.
    Kalau bertemu Sultan di mana-mana, bukan main lagi "Ampun tuanku" dihulur, bersalam cium tangan lagi.

    Tapi bila tiba pasal bolasepak, semua rasa hormat tu entah ke mana.

    Sultan of Pahang is the tiel of the constitutional head of Pahang state in Malaysia.
    The current sultan is Ahmad Shah. He is the Head of the Religion of Islam in the state and the source of all titles, honours and dignities in the state.
    source: wikipedia
    Tahu tak, tidak menghormati Sultan sama lah dengan tidak menghormati Ketuanan Melayu?
    Kalau kita sendiri gagal nak menghormati Ketuanan Melayu, bagaimana kita nak expect untuk orang bukan Melayu untuk menghormati Ketuanan Melayu?
    Ini bukan kali pertama aku nampak forumer putera mengutuk seorang Sultan semasa berposting di dalam forum putera.forumms.net ni.
    Fikir-fikirlah.

    Sekian spam dari aku.
    Gunso
    Gunso
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 137
    Location : Dalam kokpit zaku...
    Job/hobbies : Smuggling & Trafficking Sayur Sawi
    Registration date : 07/05/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by Gunso Tue Jan 12, 2010 9:00 pm

    rasanya semua org tau.. dan dlm sejarah pon dah tercatat dan juga pernah berlaku...

    mana yg baik akan disanjung... sebaliknya pula... ko org pon tau kan apa jadik...

    kalau tak tau gak pi ler baca sejarah melaka sana...

    sekian juga spam dari aku...
    NazCYPHER32
    NazCYPHER32
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 373
    Age : 33
    Location : Seremban
    Job/hobbies : FSsimming,racing sim,3dmodelling
    Registration date : 04/03/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by NazCYPHER32 Tue Jan 12, 2010 9:07 pm

    NazCYPHER32 wrote:sultan yg bole mkn tembikai smbil bdiri ngn rakyat...huhu...
    ps;aku ank pahang

    hehe..tu bkn kutukan ler..itu gmbaran sultan tu mesra rakyat..le..trignat dulu pesta air kt benteng kuantan
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by hampeh Tue Jan 12, 2010 9:12 pm

    yup , sultan pahang ni aku nampak lebih mesra rakyat selalu turun padang.
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by TOYSЯUS Tue Jan 12, 2010 9:17 pm

    @Naz
    Huhu bkn encik punyer post kot yg saye maksudkan.

    -
    Huhu no comment. Sila2 teruskan perbincangan dengan sihat.
    NazCYPHER32
    NazCYPHER32
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 373
    Age : 33
    Location : Seremban
    Job/hobbies : FSsimming,racing sim,3dmodelling
    Registration date : 04/03/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by NazCYPHER32 Tue Jan 12, 2010 9:26 pm

    TOYSЯUS wrote:@Naz
    Huhu bkn encik punyer post kot yg saye maksudkan.

    -
    Huhu no comment. Sila2 teruskan perbincangan dengan sihat.

    xde,nnti ade yg slh phm..huhu...yeah,trus bincang dgn sihat cheers

    ps;1 spam xpe kn silent
    Hellghast
    Hellghast
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 102
    Location : dimana2 sahaja
    Job/hobbies : cari duit nak kawin/termenung
    Registration date : 13/07/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by Hellghast Wed Jan 13, 2010 8:41 am

    ini berkaitan dgn pilih kasih dalam bolasepak,kita jangan salahkan Pahang tapi salahkan Sultan dan pihak pengurusan...anda boleh search kat mana2 forum bolasepak,ramai yang tak suke dengan cara pengurusan dan pilih kasih.nak bola maju?jika begini cara pengurusan,aku mati hidup balik pun jgn harap msia boleh pegi piala asia kalau bukan jadi tuan rumah.
    kita bukan bincang sultan makan buah dgn rakyat...tapi kita binsang sikap profesional dalam pengurusan,setakat makan buah dgn rakyat tiada kaitan.

    Malaysia nak hantar pemain berlatih di UK?kenapa perlu berbelanja besar?jika untuk berlatih kenapa tidak dihantar ke Thailand,singapura,korea atau jepun?ataupun hantar ke belanda yang mmg gemar mencari dan mengetengahkan bakat dari asia terutama PSV,AJAX...

    P.S FAM dapat 10 juta dari kerajaan...kenyang la...paham2 ajelah ye... Smile
    neiny_nani
    neiny_nani
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 59
    Age : 43
    Location : putrajaya/ muar
    Job/hobbies : at moF / main ngn kucing...
    Registration date : 09/06/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by neiny_nani Fri Jan 15, 2010 9:17 am

    ape la masalah ngn FAM ni kan..tak abis2....
    fadi
    fadi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Age : 36
    Location : Ampang
    Job/hobbies : Main game ngan layan forum
    Registration date : 18/02/2009

    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by fadi Fri Jan 15, 2010 10:31 am

    ai mcm 2 rupanya.....
    patut la member2 aku semua x nk tgk liga malaysia...
    ada pasukan yg bagus x dinaikkn ke liga super... Sad
    yg x bagus gak yg kekal...

    Sponsored content


    Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!! Empty Re: Pahang diselamatkan oleh FAM tahniah!!!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon May 13, 2024 1:31 am