Saya agak terperanjat bila mendengar pengakuan ikhlas dari seorang rakan dengan secara terangan mengatakan hubungan itu biasa. Ia tidak lagi diangap telanjur atau melakukan zina, malahan ia seperti satu kewajipan. Apakah budaya ini juga kita angap biasa sepertinya?
Mungkin remaja sekarang berfikiran lebih terbuka sehinggakan kesucian diri mereka bukan lagi terletak pada dara. Pemikiran begitu yang menghumban remaja kelembah kemaksiatan. Sebenarnya mereka tidak sedar mereka bukan saja mencemarkan diri malah mencemarkan hubungan itu semua. Seks dan Cinta sangat berbeza, itu pandangan saya.
Hari ini kita sering digemparkan dengan kes buang bayi. Yang menyayatkan hati kenapa bayi yang tidak berdosa itu dihukum atas kesalahan ibu bapa mereka? Adakah ini punca cinta durjana? Ketika peluh nafsu membasahi badan mereka, akal dan minda tertutup dari memikirkan apa yang akan berlaku. Bila telah puas berasmara barulah dirasakan kesalnya.
Kalau bercakap soal dosa pula, tentulah mereka menempelak dengan pelbagai alasan. Mereka boleh katakan perbuatan itu tidak berdosa. Jadi apa lagi yang boleh menghalang dari perkara ini?
Jawapan saya : Jangan lah bercinta..Pendapat anda pula bagaimana?
http://alhishamz.blogspot.com