Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Hobi Remote Control Heli...

    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Hobi Remote Control Heli... Empty Hobi Remote Control Heli...

    Post by loy_azloy Thu Feb 11, 2010 4:34 pm

    salam...
    aku nak kongsi hobi terbaru aku,iaitu Remote Control Heli ataupun dlm bahasa melayu Helikopter kawalan jauh.
    aku nak tau sape2 yang ada,pernah dan sedang melayani hobi ini boleh kita bertukar2 pendapat.pastu kalau sape2 yang berminat tapi tak tau nak dapatkan khidmat nasihat kita sama2 boleh berikan jawapan bagi masalah anda.

    ok,aku start main heli 2 minggu sebelum Hari raya tahun lepas,masa tu aku ke Bukit Bintang cari robot Gundam,lalu aku terpandang satu kedai menjual alat2 mainan elektronik.kebetulan staffnya sedang mempromosi rc heli,setelah melihat aku dgn kawan aku pun beli la heli jenis apache 3 channel jenama toy city.
    pastu aku tak puas hati dgn pergerakan 3channel aku pun cuba cari channel 3.5 yang lebih stabil dan mudah dikawal,aku pun beli la jenama SYMA gyro medium size,agak enjoy juga main petang2.kebetulan member aku(member pdc lama) pun ada beli size yang agak besar.
    pastu semalam aku baru beli heli kecil sebesar tapak tangan,tapi yang kecil untuk indoor,kalau main kat luar alamat melayang la...
    so sekarang aku dah ada 3 buah rc heli,akan datang aku nak cuba dapatkan 4 channel saiz besar pulak huhuhu...

    korang pula kalau ada pengalaman,atau tak tau mana tempat yang murah atau tak pasti jenama mana yang boleh dipercayai sila la bertanya...kalau aku boleh bantu aku bantu...lagipun aku ni baru sangat dalam bidang ni,namun adalah juga pengalaman dari member2...

    P,S pic nanti aku post kat sini...
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Hobi Remote Control Heli... Empty Re: Hobi Remote Control Heli...

    Post by loy_azloy Thu Feb 11, 2010 4:55 pm

    Bagaimana Untuk Memilih Dan Memulakan Hobi RC Heli

    Memang kebiasaannya kita sebagai orang baru (newbie) sentiasa tercari-cari manakah satu heli yg sesuai utk kita. Saiz yang mana serta jenama apa yg patut dibeli?, persoalan yang sentiasa berlegar dalam kotak fikiran kita. Jadi disini saya paparkan pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumber untuk panduan kita buat pemilihan.

    Memang banyak pilihan sehingga sukar untuk buat keputusan. Memang tak dinafikan heli yang bersaiz lebih besar adalah lebih mudah dilihat, mudah diterbangkan, mudah untuk belajar dan lebih tingkatkan proses pembelajaran serta mudah utk maintain. Ia juga bermakna lebih mahal harganya serta kos kerosakan (crash cost) yg tinggi berbanding heli yg sama daripada saiz yg lebih kecil.

    Pilihan antara Elektrik dan Nitro sebenarnya tiada perbezaan ketara dan ianya lebih kepada isu cara hidup seperti berapa banyak masa dan berapa kerap kita dapat terbangkan heli tersebut, dan samada kita suka kepada bunyi/bau asap/challenge daripada model yg berinjin.

    Elektrik lebih terkenal kerana kebersihannya, cepat & senang untuk 'on' serta 'off'. Kita boleh sumbat heli, Transmitter dan beberapa bateri dalam kereta, terus ke padang kosong berhampiran dan terbang beberapa pack bateri dan balik kerumah dalam masa setengah jam (biasanya diikuti pula beberapa jam untuk cas bateri!). Kita boleh terbang dalam perjalanan pergi kerja, semasa waktu makan tengahari atau dalam perjalan pulang jika ada lokasi yg sesuai utk terbang. Ianya lebih mudah utk disesuaikan dengan komitment harian kita. Terbang elektrik bermakna kita perlu belajar tentang bateri/lipo, ESC, motor, charger dan balancer. Bermakna perlu pelaburan awal untuk beli charger/balancer dan beberapa biji bateri/lipo. Ia juga bermakna perlu lebih masa untuk baby-sitting bateri/lipo semasa charging (jangan biarkan lipo tanpa penyeliaan semasa charging atau charge semalaman sambil kita tidur). Perkara ini mungkin akan akibatkan kita perlu penambahan kos utk charger tambahan sekiranya kita nak kurangkan masa menunggu. Selain masalah charging, kos maintenance utk elektrik Heli adalah rendah.

      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 5:28 am